BAB 43 | JAWAPAN

1K 159 9
                                    

PERJALANAN mereka sepanjang meneroka hutan itu sememangnya mendatangkan perasaan gembira dan teruja buat semua orang. Pengalaman yang mereka peroleh ketika ini hanya sekali sahaja seumur hidup. Halangan demi halangan mereka tempuh dengan semangat yang tidak pernah berputus asa.

Zairul, Nazmi dan Farah yang sedikit ke hadapan membuatkan Fasha mengambil kesempatan itu untuk melihat buku lalinya. Terbeliak matanya apabila melihat stokin nipis bewarna merah jambu itu sudah bertukar merah. Fasha sedikit risau. Kepalanya ligat berfikir tentang bagaimana mahu menutup kesan itu.

Beberapa helai daun yang telah gugur di atas tanah diambil lalu diselitkan di celah kasut sukan, menutup kedua-dua buku lalinya yang sudah semakin membesar lukanya. Perilakunya itu dipandang Farah apabila dia mula sedar Fasha tidak berada di sisinya. Cepat-cepat Fasha melayangkan senyuman.

"Kau okey tak, Fasha? Buat apa tu?" tanya Farah.

"Oo tali kasut aku terbuka. Aku nak ikat sekejap tau. Kau jalanlah dulu. Nanti aku kejar," kata Fasha lagi. Farah hanya mengangguk.

"Cepat sikit!" kata Farah kemudian berpaling semula ke hadapan.

Fasha mengeluh lega. Setelah selesai menutup kesan lukanya itu dengan beberapa helai daun, dia segera berlari anak mengejar Sarah. Mukanya berkerut menahan sakit. Setelah sampai ke sisi gadis itu, dia segera mengukirkan senyuman, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Fasha, aku nak tanya kau beberapa soalan boleh?" tanya Farah. Fasha menjongketkan kening.

"Oo boleh. Tanyalah."

"Kau suka Sir Fahrin, kan?" tanya Farah bersama sengihan. Fasha terkedu lalu dia berhenti melangkah. Farah dipandang tidak percaya.

"Tak adalah. Aku dengan sir Fahrin cuma rapat sebagai pelajar dan pensyarah je. Tak lebih dari itu pun," kata Fasha yang berusaha menutup resah diri hati. Farah hanya gelak kecil. Tangan gadis itu dicapai lalu ditarik supaya mereka melangkah bersama.

"Fasha, aku tahulah sinar dalam mata kau sewaktu ada sir Fahrin tadi. Kau ingat aku tak tahu? Aku ni ada belajar psikologilah. Jadi, aku tahu kau tipu dan aku betul," balas Farah lagi. Fasha hanya mendiamkan diri.

"Aku rasa, mungkin sir pun suka kat kau. Yelah, tengoklah tadi bukan main risau dia bila kau duduk kat situ tadi, kalau-kalau kau cedera. Tapi, tiba-tiba pula datang si Sarah tu pergi mengacau! Hish!" Farah berkata dengan nada yang marah. Fasha hanya tergelak kecil. Dia yang cemburu dan sakit hati tetapi Farah pula yang terlebih sakit hati dengan Sarah.

"Tak payah buat andaian sendirilah, Farah. Tidak mungkin dia sukakan aku. Aku ni jahil. Banyak dosa. Aku tak layak untuk dia, Farah. Sarah is better," kata Fasha dengan senyuman yang kelat. Pahit untuk dia luahkan tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

"Aku tak tahu apa yang kau maksudkan dan maaf aku tak tahu kisah hidup kau. Aku tak ada di tempat kau. Tapi, pesan aku, janganlah terlalu merendah diri. Tapi, rendahkan hati." Fasha berkerut pelik.

"Rendahkan hati? Maksud kau? Ada beza ke rendah diri dan rendah hati? Bukan sama ke?" tanya Fasha. Farah menggeleng tidak setuju.

"Randah diri dan rendah hati sangat berbeza. Rendah diri itu ialah apabila kau berasa diri kau terlalu banyak kekurangan jika mahu dibandingkan dengan orang lain yang lebih banyak kelebihan. Rendah hati itu pula ialah bila kau rasa diri kau ada kekurangan, maka kau berbalik kepada Allah. Begitu juga kalau kau ada banyak kelebihan. Kembalikan juga kepada Allah," kata Farah lagi.

"Dan lagi satu, bukti kau cintakan seseorang ialah apabila kau sebut namanya dalam doa. Biarpun bisikan kau hanya dapat didengari tanah, sebenarnya doa kau juga bergema di langit tinggi sana. Cuma, aku harap kau jangan terlalu mengejar cinta dunia, Fasha," sambung Farah lagi. Fasha hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, dia ketawa kecil. Farah lantas memandang hairan.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now