𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲
FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperib...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
•¤•
"BAIKLAH! Saya akan terangkan kepada kamu semua tentang langkah-langkah keselamatan yang patut kamu patuhi. Saya nak ingatkan yang hutan ini bukan tempat untuk bersuka ria! Banyak risiko yang akan berlaku. Sebagai contoh, kamu terjatuh dari tebing atau berlaku kekejangan dan suka saya nak ingatkan kamu semua, bukan kamu sahaja penghuni di hutan ini. Ada banyak lagi penghuni lain yang kamu tidak boleh lihat dengan mata kasar. Jadi, tolong ambil serius tentang hal ini. Faham?"
"Faham, tuan!" jerit mereka semua serentak.
"Bagus! Langkah yang pertama, jangan berseronok sangat dan lupa diri. Banyakkan berdoa. Langkah yang kedua, kamu akan masuk ke dalam hutan secara berperingkat. Jadi, pastikan kamu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan jangan sesuka hati pergi ke tempat lain sehingga kamu terlepas daripada kumpulan. Langkah ketiga! Ka-"
"Ehh! Ada penghuni lain ke dalam hutan ni? Tak boleh dilihat mata kasar? Seriouslah?" tanya Fasha dalam keadaan bingung.
Fikri, Zairul, Nazmi, Rizal, Najiha, Syafiyah dan Farah serentak memandang Fasha lalu mereka berpandangan sesama sendiri. Terkejut. Fasha menjongketkan kening.
"Apa? Kenapa kau orang padang aku macam tu?"
"Shh!" Fikri meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Kemudian, matanya melilau memandang sekeliling. Takut-takut ada yang memerhati dan mendengar. Bukan manusia tetapi makhluk lain. Fasha turut memanjangkan leher.
"Kau cari apa, Fikri?"
"Ish kau ni! Tak sangka pula kau ni lurus bendul juga! Muka nampak pandai," kata Rizal. Fasha hanya membuat muka selenga.
"Fasha, penghuni lain yang tidak boleh dilihat mata kasar tu sebenarnya ialah syaitan." Najiha yang merupakan pelajar jurusan keagamaan itu memberitahu.
"Syaitan? Alaa, syaitan je pun. Bukan dia hanya berbisik kejahatan pada manusia je ke?" Fikri sudah menepuk dahi.
"Kau tak pernah tengok cerita hantu ke? Kalau kat mana-mana, comfirm ada hantu! Lagi-lagi bila kita ada kat hutan. Banyak! Tempat tinggal dia orang tu!" kata Fikri dengan bersungguh-sungguh.
"Sorrylah. Tetapi saya memang tak percaya hantu. Dia orang tak wujud pun," kata Fasha dengan menjulingkan matanya ke atas. Mereka yang lain terkedu dengan jawapan berani mati Fasha itu. Paling cuak wajahnya sekali semestinya Nazmi. Dia sudahlah penakut! Segera badannya didekatkan dengan Rizal. Jejaka itu berpaling.
"Ish engkau ni! Harap je lelaki tapi penakut!" kata Rizal.
Nazmi hanya buat tidak peduli. Posisinya tetap dikekalkan. Dia mula menghadap Encik Ramdan. Lebih baik mendengar penerangan orang tua itu. Jika tidak, dia juga yang mendapat susah. Sudahlah dia seorang yang cemerkap!