CUACA pada hari ini, sangat menyenangkan hati. Tidak ada ribut dan hujan yang lebat. Malah, cuaca juga kelihatan tidak terlalu panas. Hari yang baik untuk membeli-belah di Pavillion.
Fasha dan Puan Sri Elivia terus memasuki sebuah butik pakaian yang berjenama. Kehadiran mereka disambut baik oleh semua pekerja di butik itu. Maklumlah, butik ini hanya selalu dikunjungi oleh para VVIP sahaja. Fasha dan Puan Sri Elivia terus bergerak ke arah ruangan pakaian wanita. Sehelai dress pendek yang berwarna merah diambil.
"Fasha, tengok ni. Cantik tak?" tanya Puan Sri Elivia. Dress merah yang ketat itu dipadankan dengan tubuhnya.
Rasa sukanya terhadap pakaian yang sebegitu tidak pernah pudar walaupun usianya sudahpun mencecah 42 tahun. Tidak terdetikpun di hatinya untuk bertaubat dan berubah menjadi lebih baik disebabkan kehidupannya yang bebas pada masa dahulu di London.
Berubah itu mungkin mudah. Tetapi, mahu istiqomah itu yang susah. Berapa ramai manusia yang berubah secara drastik menjadi seperti para ustaz dan ustazah dan akhirnya, mereka berubah kembali menjadi makhluk yang lebih jahat daripada Iblis dek kerana amalan baik yang dilakukan secara terpaksa dan hanya mahu menggandakan pahala.
Tidak salah untuk membuat amalan yang boleh menggandakan pahala. Tetapi, janganlah dilakukan semuanya sekali gus kerana belum tentu dapat dikekalkan sehingga hujung nyawa. Bukankah Allah dah pernah katakan bahawa, Dia lebih suka hamba-hambaNya itu melakukan amalan yang sedikit tetapi berterusan? Fasha mula menilik baju itu. Agak cantik dan sesuai dengan mamanya yang langsing dan awet muda.
"Cantik. Memang sesuai dengan mama," kata Fasha. Puan Sri Elivia terus tersenyum gembira. Baju itu segera diberikan kepada seorang pekerja wanita yang berdiri di situ.
"Nah. Saya ambil yang ini," ujar Puan Sri Elivia.
Pekerja itu terus mengambil dress itu lalu dia menunduk hormat. Pelanggan perlulah diutamakan walaupun mereka ada pelbagai ragam yang menjengkelkan. Kalau tidak, memang disaman atau dibuang kerjalah jawabnya.
"Baik, puan."
Fasha kembali mencari pakaian yang menepati cita rasanya. Puan Sri Elivia pula terus mengambil telefon pintarnya di dalam beg tangan apabila terdengar bunyi notifikasi. Nama rakan baiknya, Datin Laila ditekan lalu mesej itu dibaca.
"Fasha, kamu kenalkan anak aunty Datin Laila?" tanya Puan Sri Elivia secara tiba-tiba. Fasha terus mengerutkan dahi. Pelik. Wajah mamanya dipandang.
"Tak. Fasha tak kenal pula," ujar Fasha. Dia memang tidak kenal dengan anak aunty Laila itu. Walaupun wanita itu selalu datang ke rumah, tidak pernah sekalipun dibawa anak perempuannya itu.
"Oh. Nama anak aunty Datin Laila tu Dayana. Dia baru sahaja tamat pengajian di University Oxford. Bakal bergelar doktor katanya," ujar Puan Sri Elivia. Fasha sekadar mengangguk. Patutlah tidak pernah nampak. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan rupanya.
"Baguslah. Cakaplah dekat aunty Fasha kata congratulations. Fasha tumpang gembira," ujar Fasha. Dia mula kembali fokus mencari baju yang sesuai. Puan Sri Elivia terus mengangguk. Jarinya lincah menaip mesej.
"Fasha... Kamu tak teringin ke nak melanjutkan pelajaran di University Oxford tu? Ataupun dimana-mana sahaja universiti yang hebat?" Pergerakan tangan Fasha terus terhenti. Dia melepaskan keluhan. Wajah mamanya yang penuh dengan pengharapan itu dipandang.
"Sudahlah, mama. Fasha dah buat keputusan," ujar Fasha.
"Mama akan beri Fasha masa. Fikirkanlah semula." Bahu Fasha ditepuk perlahan. Nampaknya, mamanya itu masih belum mahu mengalah. Puan Sri Elivia terus meninggalkan Fasha yang mula berasa berat hati. Dia bergerak menuju ke ruangan pakaian yang lain pula. Fasha hanya diam.
YOU ARE READING
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]
Storie d'amore𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperib...