BAB 30 | NIAT

1.1K 177 3
                                    

SETIBANYA giliran Zairul memperkenalkan diri, mata jejaka itu tidak lepas memandang Fasha bersama senyuman. Semua orang sedar akan hal itu termasuk Fahrin.

Fasha hanya memandang tempat lain. Entah mengapa dia berasa tidak selesa dengan tatapan mata jejaka itu. Fasha dipandang buat seketika. Terus mata Fahrin beralih kepada Zairul semula.

"Zairul, jaga mata kamu. Kamu tahu kita di mana kan? Peraturan di sini melarang kamu bercinta. Kalau kamu tak boleh ikut peraturan di sini, sila pergi ke tempat lain. Tempat yang membolehkan kamu bebas," ujar Fahrin. Selamba.

Mata jejaka itu ditatap lama. Zairul tidak berani membalas pandangan pensyarahnya itu. Segera dia menunduk dan meminta maaf.

"Maaf, Sir Fahrin."

"Hmm," balas Fahrin dengan ringkas. Dia membelek-belek kertas yang diberikan. Sarah memandang Zairul dan Fasha dengan tajam. Hatinya berasa panas!

'Kenapalah ramai sangat lelaki minat perempuan ni! Huh! Tak apa, selagi lelaki tu bukan Sir Fahrin. Sir Fahrin hanya milik aku je!' monolog Sarah. Menyampah!

"Baiklah. Dalam kertas ni, saya disuruh untuk menguji kamu dalam asas rukun Iman dan Rukun Islam. Saya rasa, ini pengetahuan asas. Sesiapa sahaja boleh tahu. Ada sesiapa mahu mencuba?" tanya Fahrin.

Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, Fasha sudahpun diamuk resah dan gelisah. Jantungnya berdegup kencang. Habislah! Satu apa pun dia tidak tahu. Jari jemarinya digenggam. Takut sekiranya dia dipilih.

Fahrin terus memandang Fasha. Jelas gadis itu seperti gelisah. Dia faham situasi gadis itu. Tidak mungkin Fasha tahu jawapan soalan itu walaupun ia terlalu mudah.

"Sir! Saya cadangkan Fasha. Ilmu agamanya macam tinggi. Budak yang berumur 7 tahun pun boleh tahu. Inikan pula dia yang berumur 18 tahun," kata Sarah dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

Semua mata terus memandang gadis itu. Menunggu jawapan. Fasha terus memandang tajam.

'Tak guna! Kau memang sengaja kan, Sarah!' marah Fasha dalam hati. Fahrin hanya mampu mengeluh perlahan.

"Tak payah nak suruh-suruh orang, Sarah. Kan lagi bagus kamu yang cadang diri sendiri. Tak kan kamu tak tahu? Rukun Iman dan Islam ni penting sebagai asas keimanan kita," ujar Fahrin. Sarah terus mengetap bibir.

"Baik, sir."

Fasha pula hanya mampu menunduk. Dia terasa dengan kata-kata Fahrin. Nampak sangat dia jahil tentang agama. Soalan yang senang itupun tak mampu dijawab. Dikelilingi dengan orang yang serba tahu tentang agama membuatkan dia berasa sangat kerdil dan rendah diri. Rasa macam tak layak pula berada di sini.

"Sudahlah. Mari kita sambung aktiviti seterusnya," kata Fahrin. Kertas tadi diselak. Fasha hanya dipandang dengan ekor mata.

'Nak atau tak, dia dah pilih jalan ni. Dia kena tanggung risiko yang mungkin akan berlaku,' bisik hati kecil Fahrin.


















•¤•














"ADUH. Penatnya," kata Fasha sambil melepaskan lelah. Tudung bawal yang dililitnya segera dibuka lalu ditanggalkan. Dia segera baring di atas katil.

Wardina yang memerhati hanya senyum dan menggelengkan kepala. Orientasi selama dua hari itu akhirnya berjalan dengan lancar. Segera dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai mandi, Wardina terus mengejutkan Fasha yang sudah tertidur itu. Bahu gadis itu digerakkan sedikit. Fasha merengek perlahan.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now