BAB 44 | PETI KECEMASAN

1.1K 161 15
                                    

"WAH! Cantiknya!" jerit Farah dengan nada yang teruja. Setelah berpenat lelah menghadapi cabaran dan halangan, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi!

Fasha yang berjalan perlahan itu sekadar mengukirkan senyuman. Matanya dijamu dengan aliran sungai yang menghasilkan irama yang sangat indah.  Ditambah lagi dengan bunyi-bunyi kicauan burung yang sedang bermain-main di atas dahan pokok.

"Fasha, Farah! Jomlah main air!" ajak Syafiyah yang sudahpun sampai. Kedalaman air sungai itu tidaklah terlalu dalam. Hanya paras sekadar betis sahaja.

Farah terus berlari dan menceburkan diri ke dalam sungai. Air sungai yang jernih itu ditatap bersama riak wajah yang teruja. Kelihatan beberapa ekor ikan sedang berenang berhampiran kakinya. Terus segala penat dan lelah hilang pergi begitu sahaja.

"Ya Allah! Cantik dan jernih betul air sungai ni! Dapat tengok ikan!"

"Fasha! Awak buat apa di situ lagi? Marilah sini!" ajak Najiha. Fasha hanya mengukirkan senyuman.

"Tak apalah! Aku nak rehat sekejap. Nanti aku datang ye!" kata Fasha kemudian berlalu pergi. Najiha hanya menggaru pipi dan mengangguk.

Fasha memerhatikan sekeliling, berharap yang tiada siapa dapat melihatnya ketika ini. Dia duduk bersembunyi di sebalik batu yang agak besar. Perlahan-lahan kasut dan stokinnya dibuka. Bibir Fasha berdesis sakit.

"Auch!"

Kakinya yang berlumuran darah itu dipandang lalu dia mengeluh. Beg galasnya dibuka lalu dia mengambil tisu basah. Dilap darah-darah yang bersisa di kedua kakinya. Setelah memastikan kakinya itu dilap sehingga bersih, lukanya dipandang.

"Allah... Besarnya luka ni. Itulah kau, Fasha. Degil lagi!" marah Fasha kepada dirinya sendiri.

"Fasha! Yeay! Jumpa juga kau!" sergah Wardina dari belakang. Fasha sedikit terkejut.

"Ish engkau ni! Bukan nak bagi salam dulu!" Wardina hanya menayang sengih.

"Assalamualaikum akak cantik!"

"Hmm... Waalaikumussalam. Baru sampai?" tanya Fasha.

Wardina mengangguk. Matanya jatuh pada luka kaki Fasha dan tisu-tisu yang berlumuran darah di atas tanah. Matanya membesar. Baru sahaja gadis itu mahu membuka mulut, Fasha terlebih dahulu menekup mulut Wardina.

"Em! Huh!" Lengan Fasha dipukul berulang kali oleh Wardina. Fasha ketawa kencil lantas diturunkan tangannya itu.

"Ish engkau ni! Sengajalah tu tak nak aku membebel kan? Tapi, tak kira. Aku akan membebel juga! Ni kenapa dengan kaki kau ni? Melecet? Lepas tu disebabkan kau tak nak patah balik dan menyusahkan semua orang, kau sanggup tahan sakit ni seorang diri! Macam tu? Ish! Kau ni memang keras kepala dan degil kan?" kata Wardina dengan nada yang geram. Fasha dipandang tajam.

"Err sorrylah. Dah separuh jalan, tak kan nak patah balik pula kan?" Sekali lagi Fasha hanya sengih. Pipinya digaru.

"Itulah kau. Aku dah pesan banyak kali dah. Lain kali pakai kasut yang aku sarankan tu. Ini tak. Pakai juga kasut yang kau rasa cantik dan berfesyen ni. Keselamatan diri sendiri tak fikir." Kali ini, Fasha hanya buat tidak dengar. Dipekakkan sahaja telinga. Lengan gadis itu terus ditampar kuat oleh Wardina.

"Ish! Aku pesan bukan nak dengar! Ini macam mana dengan luka kau ni? Kau nak buat apa? Besar juga luka kau ni, " kata Wardina sambil membelek luka pada kaki Fasha.

"Hmm... Nak buat apa lagi. Biar je lah." Wardina terus menampar lengan Fasha sekali lagi tatkala mendengar jawapan gadis itu. Degil!

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now