BAB 48 | BENCI

1.3K 167 35
                                    

"كل شيء بيد الله، فطمئن يا قلبي."

"Segala sesuatu itu ada di tangan Allah,
Jadi, tenanglah wahai hati.




•¤•





FASHA melangkah lemah. Turut dibawa sekali hatinya yang sudah luka berdarah. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati,  melepaskan semua yang menyesakkan dada dan fikiran. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

Fasha berhenti melangkah lalu dia mendongakkan kepala. Keluhan berat dilepaskan. Langit biru yang diselubungi awan putih itu kelihatan kabur dek air matanya yang asyik mengalir. Dia sebak.

'Ya Allah... Mengapa begitu berat sekali ujian yang telah Engkau timpakan kepadaku? Mengapa begitu besar sekali dugaan yang Engkau jatuhkan kepadaku untuk aku tanggung? Ya Allah, aku sekadar hamba-Mu yang lemah. Aku rapuh sepertimana awan yang asyik dibawa pergi ke hulu dan ke hilir apabila ditolak angin. Aku tak kuat, Ya Allah... Aku tak kuat..." bisik hati kecilnya.

'Ya Allah... Adakah ini kifarah buat diriku? Ataupun ini tanda cinta Engkau kepadaku? Aku hamba-Mu yang hina, Ya Allah. Aku hamba-Mu yang berdosa, Ya Allah. Aku hamba-Mu yang jahil, ya Allah. Aku tak layak untuk menetap di Syurga-Mu. Tapi... Aku juga tak sanggup untuk menanggung azab seksaan api neraka-Mu, ya Allah... Maafkan aku. Ampunkanlah dosa-dosaku, Ya Allah. Aku merayu...'

Tangisan Fasha semakin lebat mengalir. Siapa sahaja yang sanggup bertahan apabila diuji dengan dugaan yang bertimpa-timpa? Siapa sahaja yang kuat? Siapa sahaja yang boleh menahan air matanya daripada terus mengalir?

Apatah lagi dirinya bukan Nabi mahupun sahabat Nabi yang lain. Dia bukannya seperti Saidatina Khadijah mahupun Saidatina Aisyah dan Fatimah. Dia hanyalah gadis akhir zaman yang rapuh, yang selalu lupakan Ilahi. Yang selalu mengikut kehendak duniawi.

Fasha terus memandang ke bawah apabila kakinya dapat merasakan sesuatu yang berbulu di kakinya. Seekor kucing putih itu mula menggeselkan mukanya pada kaki Fasha. Gadis itu terus duduk mencangkung.

"Ya Allah, adakah Kau hadirkan kucing ni sebagai pengubat hati aku yang terluka?" tanya Fasha bersama air mata yang bersisa. Kucing itu seperti faham setiap bait patah perkataannya lalu ia turut sama duduk menghadap Fasha.

"Meow!" jawab kucing itu seolah-olah mengatakan 'ya'. Fasha semakin sebak.

"Kucing, adakah kau hadir menjadi peneman saat aku kesedihan?" tanya Fasha lagi.

"Meow!"

Fasha terus terduduk. Wajahnya terus ditekup dengan kedua-dua belah tangan. Esakan mula kedengaran. Kucing yang pada mulanya duduk di atas jalan tar itu terus melabuhkan duduk di atas riba Fasha.

"Ya Allah... Terima kasih atas jawapan-Mu, ya Allah. Ujian yang Engkau hadirkan ini bukannya tanda kifarah mahupun kebencian Engkau kepadaku tetapi sebagai tanda cinta dan rindu. Terima kasih kerana Engkau telah hantarkan makhluk ini sebagai pengubat hatiku yang sedang berduka lara. Terima kasih, ya Allah... " ujar Fasha bersama senyuman.

Kucing itu dibelai dengan perasaan kasih dan sayang. Jika dahulu dia menganggap kucing ini sebagai kucing yang kotor dan 'peminta sedekah', kini dia salah. Dirinya sebagai manusia yang diberikan akal dan fikiran terasa lebih hina dan kotor berbanding kucing yang naif ini. Sekurang-kurangnya, haiwan ini tidak akan diazab dengan api neraka Allah kelak.

"Hoi, perempuan!" ujar satu suara. Fasha terus mengangkat kepala dan bangun berdiri. Kucing itu diletakkan ke tepi. Fikri dan Rizal menayang sengih.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now