BAB 29 | ORIENTASI

1.1K 203 3
                                    

SETELAH memesan makanan, Fasha dan Wardina segera duduk di tempat yang kosong. Nasi lemak berserta ayam goreng di hadapannya ini dipandang. Wardina yang sedang makan dengan penuh selera itu diperhati. Setelah itu, gadis itu memakan pula kuih. Fasha hanya menjongketkan kening.

"Kenapa awak tak makan lagi? Ini nasi lemaklah, " ujar Wardina apabila dia mula perasan pandangan mata Fasha yang mahu membunuh itu.

"Ya. Saya tahulah ini nasi lemak."

"Jadi? Kenapa?" tanya Wardina. Pelik. Fasha mengeluh.

"Awak tahu tak yang nasi lemak ni ada terlalu banyak kalori! Lagi-lagi ayam goreng ni. Ia berminyak dan ada kalori yang tinggi jugak! Awak tak takut gemuk?" kata Fasha.

Lagaknya seperti nasi lemak itu telah melakukan kesalahan yang besar pula. Wardina memandang dengan mata yang terkebil-kebil. Tidak lama kemudian, dia ketawa besar.

"Kenapa awak ketawa? Saya seriuslah!" kata Fasha dengan wajah yang garang. Wardina hanya mengulum senyum.

"Alahai. Saya ingatkan orang yang macam awak ni ada dalam novel dan drama je. Tak sangka pula saya berkawan dengan awak," kata Wardina bersama gelak tawa yang masib bersisa. Fasha terus menyilangkan tangan ke dada. Mata dikecilkan. Kecil besar kecil besar sahaja dia tengok!

"Mestilah. Saya seorang yang menjaga badan dan penampilan tahu. Bagi saya, itu yang penting! Nanti gemuk tak cantik,"

"Ehh gemuk memang tak cantik. Tapi comel!" kata Wardina sambil mengerdipkan mata. Pipinya dipegang dengan kedua belah tangan.

"Ish! Tak sangka saya yang awak ni annoying juga ye!" kata Fasha. Wardina hanya senyum.

"Mana ada annoying. Saya ni suka mengusik sikit je," kata Wardina sambil menunjukkan isyarat jari 'sedikit'. Fasha hanya menggeleng. Dia malas mahu melayan! Sudu dan garfunya diambil lalu nasi lemak itu disua ke dalam mulut.

"Ehh. Tadi awak kata nasi lemak ada banyak kalori," kata Wardina. Fasha terus memandang.

"Hari ni ada orientasi. Awak nak saya gastrik dan pengsan masuk hospital macam dalam drama ke?" kata Fasha dengan geram. Wardina hanya sengih.

"Hoi! Bangun! Ini tempat kamilah!" ujar satu suara secara tiba-tiba. Meja itu ditepuk kuat. Nasib baik Wardina tidak tersembur.

Fasha terus memandang Sarah dengan pandangan yang tajam. Kelihatan Dalila turut berada di sisi Sarah. Mereka hanya senyum sinis. Hmm... Sedikitpun tidak pernah berubah.

"Apa? Saya tak dengar. Boleh ulang balik tak?" tanya Fasha. Sarah mengetap gigi.

"Aku kata ini tempat kami! Berambuslah!" kata Sarah dengan sedikit kuat.

Nasib baik kafe itu tidak ramai orang. Kalau tidak, boleh timbulkan gosip murahan! Fasha terus memerhatikan segenap meja itu. Wardina hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur.

"Oh ye ke? Tak ada pula nama kau di sini," ujar Fasha selamba sambil memandang keliling meja. Dia terus menyambung makan semula. Sarah berdecit. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Fasha sudah memintas terlebih dahulu.

"Oh ya. Aku tengok, kafe ni berlambak lagi meja kosong. Kalau kau nak meja ni jugak, boleh je. Aku cop untuk kau. Nanti di atas meja ni, aku tulis 'ini meja milik Sarah sahaja'. Tapi tu lah, takut kau malu pula," kata Fasha dengan senyuman sinis.

Sarah hanya menahan geram. Dia terus mengajak Dalila pergi dari situ. Fasha terus menyambung makan.

"Wah! Saya tak sangka awak ada sisi yang lain ye," kata Wardina.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now