BAB 42 | SAKIT

1.1K 164 11
                                    

SETELAH 10 minit berlalu, kini tibalah pula giliran kumpulan keempat, kelima dan keenam. Fasha dan mereka yang lain terus bangun dari duduk. Dibersihkan semua debu tanah dan kotoran yang melekat pada pakaian. Pandangannya naik memandang sekeliling. Tidak semena-mena, matanya bertembung dengan mata yang penuh dengan kebencian itu. Fasha terus dijeling tajam oleh Sarah. Fasha berdecit.

"Heh! Ada dia juga ke? Asal aku pergi mesti ada dia! Meluat betullah!" gumam Fasha tidak berpuas hati.

Dia memandang ke sebelah kiri pula. Muncul figura Wardina yang ceria melambainya. Lambaian gadis itu terus dibalas. Terbit pula rasa rindu dan sedih kerana tidak dapat bersama gadis itu sepanjang kem ini berlangsung. Terpaksalah mereka berpisah untuk seketika.

"Baiklah! Kumpulan keempat, kelima dan keenam boleh bergerak sekarang mengikut urutan. Pemantau yang akan turut bersama kamu semua adalah Sir Fahrin, Encik Alif dan Puan Tina. Baiklah! Kamu semua boleh ikut pemantau kamu sekarang!" kata Encik Ramdan lagi.

Dengar sahaja sebaris nama itu, serta-merta bibir Fasha mengukirkan senyuman manis. Fahrin yang sedang berbincang dengan pegawai hutan itu ditatap lama. Rizal yang kebetulan memandang berkerut hairan. Gadis itu lantas ditegur sehingga membuatkan mereka semua terus mengalihkan perhatian kepada Fasha.

"Ehh, Fasha! Kau kenapa senyum sorang-sorang? Biul?" Mati terus senyuman Fasha. Pipinya mula berona merah tetapi wajah tenang berusaha untuk dikekalkan.

"Ehh tak adalah! Aku sebenarnya excited nak tracking. Yelah, because this is my first expirence," jawab Fasha sambil menayang sengih.

"Ohh ye ke? Patutlah pun. Aku ingatkan kau excited ternampak atau terdengar nama crush kau kena panggil. Kalau ya, boleh aku korek rahsia kau," kata Rizal lagi tanpa memandang Fasha. Dia menunduk lalu tali kasutnya yang sudah terlerai itu segera diikat.

Fasha hanya menayangkan senyuman nipis, sekadar untuk menutup perasaan gugup di dalam hati. Matanya dilarikan dengan memandang pokok-pokok yang menumbuh tinggi di dalam hutan itu.

"Tak adalah," balas Fasha. Ringkas.

Zairul yang tidak lepas memandang Fasha itu sudah berkerut hairan. Tidak mungkin senyuman gadis itu menunjukkan dia teruja. Baginya, mata Fasha yang memandang ke satu arah tadi sangat sarat dengan perasaan yang bernama cinta. Begitu juga senyuman gadis itu tadi. Mulut boleh menipu tetapi bukan mata dan hati yang terkandung seribu satu perasaan dan cerita.

Pandangan mata Zairul terus dialihkan apabila mereka semua sudahpun muka bergerak meninggalkan kawasan tapak perkhemahan. Perlahan-lahan mereka berjalan mengikut, masuk ke dalam hutan yang lebih tebal.


























•¤•























LALUAN yang pada permulaannya rata kini mula menjadi sedikit berbukit dan berbatu-batu, menambahkan lagi cabaran dan kesukaran buat semua peserta dari segi fizikal dan mental. Matahari yang mula meninjak naik mula terasa bahangnya. Peluh dan keringat mula membasahi pakaian masing-masing. Nasib baik, mereka dilindungi pokok-pokok besar di sini. Justeru, bahang dan kelelahan meneroka alam ini tidak terlalu terasa.

Sakit yang terasa pada buku lalinya kian terasa pedih. Bibir Fasha terus berdesis sakit. Dia dan Farah mengambil keputusan untuk berehat seketika. Dibiarkan para peserta yang berada di belakang melepasi mereka. Kasut sukannya terus dibuka bersama stokin.

"Fasha, awak okey tak?" tegur Farah dengan lembut. Fasha hanya mengangguk. Buku lalinya terus dilihat. Farah terkejut melihat luka itu. Wajah Fasha tang menahan sakit itu dipandang simpati.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now