BAB 34 | PARIS

1.1K 185 13
                                    

TELEFON IPhonenya segera ditutup lalu dimasukkan ke dalam poket semula. Dia tergelak kecil. Agaknya, bagaimana reaksi lelaki itu ya?

Matanya mula jatuh pada barang-barang milik Fahrin. Semua kotak, kertas kerja, buku dan beberapa aksesori di bilik itu diperhati. Dia bercekak pinggang. Bilik itu luas tetapi bersepah!

Lengan baju disinsingkan ke paras siku. Dia tersenyum manis. Gembira! Hari ini, dia bermula dengan sangat baik walaupun dia dikenakan denda. Tetapi, dia langsung tidak kisah! Kenangan bersama jejaka itu lebih berharga!

"Okay, lets start!" ujar Fasha dengan ceria.








•¤•












"SARAH! Tengok ni! Handsome kan lelaki ni!" ujar Dalila sambil menunjukkan telefon pintarnya itu. Waktu tengah hari yang lengang itu digunakan sebaik mungkin untuk bermain telefon pintar dan melayari laman sosial di taman itu.

Sarah yang turut bermain telefon pintar itu terus mengalihkan matanya ke skrin telefon pintar Dalila. Akaun aplikasi Instagram Dalila yang memaparkan gambar seorang lelaki muda dipandang. Dahinya berkerut.

"Hmm... Siapa ni?" tanya Sarah.

"Inilah Zairul Hakimi! Dia sekarang berumur 19 tahun! Dan kalau awak nak tahu, dia belajar di sini tau! Handsome gila kan? Arghh cair tau!" ujar Dalila dengan teruja.

"Eleh... Berangan. Macamlah kau boleh jumpa dia," kata Sarah. Dalila dijeling.

"Ehh! Mana tahu, jodoh. Kacak kan?" tanya Dalila lagi. Gambar itu ditunjukkan. Sarah hanya mengangguk.

"Kacak. Tapi, Sir Fahrin aku lagi kacak!" ujar Sarah sambil memegang kedua pipinya. Dalila hanya senyum senget.

"Awak tak payah berangan. Saya yakin sangat, si Fasha tu sukakan Fahrin!" ujar Dalila yang cuba menyemarakkan api. Sarah terus berhenti senyum. Dalila dipandang.

"Tak payahlah sebut nama perempuan tu! Menyampah! Perampas! Kalau betullah dia suka Fahrin jugak, aku tak kan berdiam diri! Aku akan pastikan dia merana! Lebih teruk daripada apa yang saya dah buat kat dia dulu!" ujar Sarah dengan nada yang marah.

"Hi, Sarah."

Suara seseorang yang baru sahaja menyapa mereka membuatkan Sarah dan Dalila terus berpaling. Pemakaian gadis itu dipandang dari atas hingga bawah. Dia memakai shawl mengikut gaya terkini. Tepat-tepat menutup bahu dan dada.

Sarah berdecit. Dia segera bangun lalu disilangkan tangan ke dada. Gadis itu dipandang dengan penuh angkuh! Namun, senyuman manis gadis itu tetap meniti di bibir.

"Kau ni, tak ada pakaian lain ke? Bukankah tudung labuh tu wajib? Atau, kau sama je perempuan yang tak ada maruah di luar-luar sana?" perli Sarah dengan sinis. Atau lebih tepat lagi ialah menghina. Gadis itu hanya senyum.

"Awak pasti ke, tudung labuh bidang 60 tu wajib? Setahu saya, pakai apa sahaja, asalkan menutup bahu dan dada. Tak kisahlah kotak ataupun daun. Asalkan aurat di kepala ditutup," balas gadis itu tidak kurang egonya.

"Heh! Kau nak mengajar aku pulak ke sekarang? Aku ni daripada keluarga agama tau. Apa je yang kau tahu berbanding aku yang telah dididik sejak kecil?"

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now