SEMAKIN bertambahnya hari, semakin rapat dan mesra hubungan Rayyan dan Fasha. Mereka tidak ubah seperti pasangan yang baru sahaja berkahwin dan sentiasa bersama bagaikan belangkas. Peperiksaan percubaan SPM semakin mendekat. Namun, itu langsung tidak mengubah prestasi Fasha sebagai seorang pelajar yang cemerlang.
Kini, mereka sudah jarang untuk keluar bersama. Masa yang berbaki digunakan sebaik mungkin untuk mengulang kaji bersama kawan-kawan termasuklah Rayyan sendiri.
"Fuh! Saya tak sangka kita dah nak trial exam. Cepat betul masa berlalu," kata Dayang, memecahkan kesunyian antara mereka.
Dia terus mengalihkan matanya daripada memandang buku. Letih. Sudah empat jam mereka mengulang kaji. Ivy juga terus meregangkan badan. Lenguh.
"Ya. Sedar atau tak, tak lama lagi kita akan tinggalkan zaman sekolah menengah. Tapi tu lah, saya cemburu dengan awak semua," ujar Ivy.
"Ehh kenapa pula?" tanya Fazrina. Dia juga sudah tidak boleh fokus.
"Yelah. Awak semua ada boyfriend. Saya je yang tak ada," kata Ivy sambil memuncungkan mulut. Dayang terus mengetuk kepala Ivy dengan pen. Gadis itu terus menjerit kesakitan.
"Auch! Sakitlah!"
"Mana taknya. Awak tu yang pemalu sangat. Apa yang nak dimalukan pun tak tahu. Innocent!" ujar Dayang. Ivy mencebik.
"Mana ada saya malu..." kata Ivy dengan perlahan.
"Yelah tu. Hari tu, si Danial tu nak bercakap dengan awak je pun, bukan main muka awak merah. Lepastu lari tinggalkan saya di belakang," kata Fasha sambil memandang buku. Ivy terus menggaru pipi. Dia tersengih.
"Err... Sorry, Fasha."
"Apa yang awak nak malukan, Ivy? Kami semua dah start bercinta. Macam mana kalau awak membujang sampai ke tua? Salah awak juga kerana terlalu malu," kata Fazrina.
"Bukan saya tak cuba... Tapi, saya terlampau malu. Muka saya rasa panas sangat. Saya jadi menggelabah bila berdepan dengan Danial! Aura dia buat saya mahu pengsan tau!" kata Ivy lagi. Pipinya ditutup dengan kedua-dua belah tangan. Fasha, Fazrina dan Dayang saling berpandangan. Tidak lama kemudian, mereka tersenyum.
"Awak nak tak kalau kami buat temu janji antara awak dan Danial?" tanya Fazrina bersama senyuman nakalnya.
"Haa! Tak payahlah..." kata Ivy sambil menundukkan muka. Fasha terus mengangkat kening. Dia berpeluk tubuh.
"Awak sebenarnya sukakan Danial, kan?" Kata-kata Fasha membuatkan Ivy terdiam. Dia menggigit bibir.
"See? Awak memang sukakan dia. Nak atau tak, awak kena pergi juga temu janji tu!" desak Fasha. Ivy terkejut.
"Haa! Tak naklah!"
"Tak boleh. Awak kena pergi juga. Kalau tidak, saya akan beritahu semua orang yang awak sukakan dia," ugut Fazrina. Ivy terdiam. Mukanya sudah memerah akibat menahan malu yang semakin menggunung.
"Jangan risau. Kami akan teman awak nanti," ujar Dayang. Ivy hanya mengangguk lemah. Dia akur.
"Esok kami akan berjumpa dengan Danial," putus Fasha. Ivy sudah menggelabah. Kedua-dua belah tangannya digenggam. Risau. Alamak!
•¤•
KEESOKAN harinya, Fasha, Fazrina dan Dayang segera berjumpa dengan Danial. Ivy bertegas tidak mahu mengikut. Jadi, mereka hanya membiarkan.
YOU ARE READING
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]
Romance𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperib...