BAB 39 | DENDAM

1.1K 164 6
                                    

SEPERTI kebiasaannya, Tan Sri Hairul akan bersiap-siap untuk ke pejabat manakala Puan Sri Elivia juga turut akan keluar untuk bertemu dengan ahli persatuan dan menguruskan butiknya. Mereka sering tiada di rumah kerana terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Di dunia ini, tiada satupun yang sempurna. Dalam setiap perkara yang ingin mengejar kesempurnaan, pasti akan ada beberapa perkara yang akan kita cicirkan dan tinggalkan. Begitulah erti kehidupan Fasha pada sentiasa hari. Dia memiliki segala hal yang dia inginkan. Namun, dia terpaksa akur dengan kesempurnaan yang dimilikinya dengan meninggalkan kasih-sayang dan masa terluang bersama keluarga.

"Hai. Good morning, sayang. How are you today?" sapa Puan Sri Elivia yang baru sahaja turun itu kepada suaminya yang sedang berada di meja makan. Sarapan pagi.

"Sihat je. Awak ni bersiap-siap nak ke mana? Tak sarapan?" tanya Tan Sri Hairul sambil menghirup air teh tarik. Puan Sri Elivia membetulkan sedikit rambutnya seraya berkata, " I ada urusan butik dan persatuan I. I mungkin balik lewat sebab I dah janji nak have fun with my friends and jangan risaulah. I sarapan dekat kafe butik I je."

"Okey. Tapi, jangan minum banyak sangat. Kita ni dah tua. Bahaya untuk kesihatan. Lagi-lagi kalau ada penyakit." Pergerakan Puan Sri Elivia terus terhenti lalu dia memandang suaminya. Hairan.

"Ehh. Sejak bila you jadi baik ni?" Tan Sri Hairul sekadar mengangkat kening.

"Aik? Salah ke saya nasihat awak?"

"Hmm. Tak salah. Okeylah. I pergi dulu. Jaga diri tau, hubby," ujar Puan Sri kemudian berlalu pergi. Tan Sri Hairul sekadar mengangguk. Dihabiskan cepat makanannya sebelum dia bergerak ke pejabat.
































•¤•

































BERKALI-KALI dia memadam huruf yang ditaip di komputernya. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Hatinya mula mengundang resah dan risau yang sangat tinggi. Rambutnya diraup ke belakang. Apa sahaja yang dilakukannya serba tidak menjadi. Kusut. Hatinya risau akan sesuatu.

Tan Sri Hairul mengeluh. Dipandang bingkai gambar yang memaparkan gambar keluarganya di atas meja kerja. Fasha yang ketika itu berumur 13 tahun itu nampak sungguh anggun seperti isterinya, Puan Sri Elivia. Itulah sejak kali terakhir mereka bergambar. Sayangnya, kenangan mereka sekeluarga tidak begitu banyak.

Dia sibuk dengan urusan kerjanya. Puan Sri Elivia sibuk dengan butiknya manakala Fasha pula terpaksa menyibukkan diri bersama rakan-rakannya di kelab malam. Berdosakah dia kerana telah mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya dia bawa?

Sedang dia asyik berfikir, kedengaran bunyi kekecohan di luar bilik. Terus dia bangun untuk melihat apa yang berlaku. Baru sahaja dia ingin menghampiri, pintu sudahpun dibuka dari luar. Tan Sri Hairul terkejut.

"Rizman?" Tan Sri Rizman mengukirkan senyuman sinis.

"Hai, kawan lama."

"Tan Sri... Maafkan saya. Saya dah beritahu yang Tan Sri tidak mahu diganggu. Tapi-" Baru sahaja Cik Rina ingin memberikan penjelasan, Tan Sri Hairul terus mengangkat tangan. Rina semakin risau. Risau sekiranya dia dibuang kerja.

"Tidak mengapa. Benarkan dia masuk. Kamu boleh keluar," ujar Tan Sri Hairul. Rina memberikan nafas lega.

"Baik, Tan Sri. Saya keluar dulu." Rina terus keluar dan menutup pintu. Kini, hanya tinggal Tan Sri Hairul dan Tan Sri Rizman sahaja. Berdua.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now