BAB 53 | PERINGATAN

1.3K 144 19
                                    

You haven't lost anything,
Until you've lost your Deen (Agama).





•¤•


















SARAH memandang sekeliling dengan pandangan terkejut dan hairan. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Dimanakah dia? Tempat apakah ini? Apakah yang sudah terjadi? Kenapa dia berada di sini?

Kawasan itu teramatlah kosong dan kering dengan tiada satupun pohon yang tumbuh. Bahang kepanasan matahari membuatkan dia berpeluh-peluh lantas dahaga yang teramat. Dia terus memandang ke bawah.

"Argghh!" jerit Sarah akibat terkejut dan ketakutan yang melampau. Kakinya cuba digerakkan untuk menjauhi tebing itu tetapi dia langsung tidak boleh bergerak. Sekiranya tersilap langkah, pasti dia akan jatuh.

"Aku di mana ni? Tempat apa ni? Tolong! Tolong! Ada sesiapa tak?" Sarah terus menjerit meminta pertolongan. Namun, masih tiada seorangpun yang muncul. Dia gelisah.

"Tolong! Tolong aku! Selamatkan aku!" Sarah masih meraung dan meraih pertolongan sehingga membuatkan tekaknya terasa kering dan perit. Perut yang berkeroncong minta diisi dipegang. Lapar.

"Aduh, laparnya..." keluh Sarah bersama kedutan di dahi. Tidak semena-mena, muncul satu suara. Sarah terus berpaling. Kelihatan seorang lelaki yang memakai jubah yang menutupi kepala dan sebahagian mukanya. Di tangannya pula terdapat sebatang tongkat.

"Tuan, tolong saya tuan. Saya dahaga. Saya lapar," rayu Sarah. Lelaki itu mendengus.

"Setelah bermacam-macam perkara yang kau buat, kau masih mahu merayu simpati?" ujar lelaki itu. Sarah terpinga-pinga. Tidak faham.

"Haa?" Lelaki itu terus ketawa besar. Sarah sudah naik marah.

"Kau jangan nak perbodohkan aku boleh tak? Cepatlah tolong aku!" tengking Sarah lantang. Lelaki itu berhenti ketawa lalu bibirnya yang tidak diselubungi kain itu mengukirkan senyuman sinis. Sarah sedikit takut. Serampun ada.

"Inilah salah satu sebab kau mudah untuk ke sini. Disebabkan sifat amarah kau, akan digantikan dengan iri dan hasad lalu menjadi benci dan dendam. Dan akhirnya, kau membunuh kakak kau sendiri," kata lelaki itu.

"Ma-macam mana kau boleh tahu?" kata Sarah dengan gagap. Terkejut.

"Kerana aku sentiasa ada disamping kau. Memerhatikan kau dari dalam sudut hati kau sendiri," ujar lelaki misteri itu lagi. Sarah semakin tidak faham dan keliru.

"Kau tengah buat kelakar ke? Kata-kata kau semuanya mengarut!" balas Sarah dengan kasar.

"Jadi, kau rasa tempat pembalasan itu mengarut?" tanya lelaki itu.

"Tempat pembalasan? Apa maksud kau?"

"Lihatlah semua kekejaman yang telah kau lakukan di atas muka bumi ini. Semestinya tempatmu di neraka," kata lelaki itu.

Langit yang tadinya kosong kini menjadi seperti layar wayang yang mempersembahkan setiap perilaku Sarah sepanjang hidup seperti berzina, meminum arak, pergaulan bebas, membunuh, melakukan syirik dan lain-lain.

Sarah menggigil ketakutan. Kakinya terasa lemah sekali. Entah mengapa, dia semakin terasa panas dan berbahang. Dia terus memandang bawah gaung tersebut. Membesar matanya apabila melihat api yang menjulang-julang naik ke atas. Dia ingin pergi dari situ tetapi kakinya masih tidak boleh digerakkan.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now