BAB 19 | ACCEPTED

1.1K 165 0
                                    

SARAH yang baru keluar dari tandas terus terhenti langkahnya. Fasha, Ivy, Dayang dan Fazrina yang berada di hadapan tandas memandang tajam sambil berpeluk tubuh. Sarah sudah cuak. Dia memandang kiri dan kanan, mencari Kasturi dan Dalila. Namun, kelibat mereka langsung tiada. Tiada sesiapapun melainkan hanya mereka berlima.

"Kau cari Kasturi dan Dalila ke? Maaflah. Aku dah umpan mereka pergi," kata Fazrina. Sinis.

"Huh! Kau ingat aku takut ke!" balas Sarah. Dayang senyum senget.

"Ada kami tanya kau takut atau tak dengan kami? Orang kata, berani kerana benar. Takut kerana salah," ujar Dayang. Sarah mengetap bibir. Dia terus melangkah ingin pergi dari situ tetapi Ivy pantas menarik bahu gadis itu.

"Apa tarik-tarik ni! Lepaslah!" tengking Sarah. Tangan Ivy ditepis dengan kasar.

"Kenapa? Takut? Tak tahu malu betul."

Sarah terus memandang tajam. Mendidih darah dia dibuatnya. Sesuka hati sahaja Ivy menghinanya! Sarah berasa tercabar!

"Apa kau cakap?"

"Aku kata kau tu tak tahu malu. Kau memang pentingkan diri sendiri, Sarah. Kau sanggup buat cerita murahan kau tu tentang Fasha? Wow! Nak tahu tak? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Samalah macam kau ni," kata Ivy. Sarah dipandang dari atas hingga bawah dengan senyuman jengkel yang ditayangkan. Sengaja menyakitkan lagi hati musuh mereka itu.

"Sudahlah, Sarah. Tak payah nak tipu semua orang dengan lakonan awak yang berpura-pura tu," kata Fasha dengan riak muka yang tidak ada perasaan. Jari jemarinya dibelek. Tidak semena, Sarah ketawa. Gila!

"Haha! Lakonan? Aku yang berlakon atau kau? Fasha, dalam dunia ini, yang terbaik dan sempurna yang akan menang. Dan itu adalah aku. Antara aku dan kau, aku yang terbaik dalam semua segi!"

"Huh! Tak payah nak yakin sangat!" ujar Dayang.

"Of course. Look at you. Apa guna kalau kau hidup macam ni? Kaya tetapi hati kau miskin dengan iman. Aku kira okey lagi sebab masih simpan rahsia kejahilan korang semua!"

"Jadi munafik pun tak guna juga!" balas Ivy. Mencerlung matanya memandang Sarah. Kalau diikutkan hati, sudah dipam Sarah ke dalam mangkuk tandas!

"Huh! Kau tengok cermin. Siapa sebenarnya yang munafik? Aku atau kau?"

"Tak payah nak berlakonlah, Sarah. Harap je kau ni bertudung bagai! Hakikatnya, kita semua sama je Sarah. Tak ada beza pun," kata Ivy lagi dengan maksud yang sukar ditafsirkan.

"Jangan pernah samakan aku dan korang! We are different!"

"Yeah. Of course, we are different. Very different. Lihat sahaja siapa yang akan berjaya," kata Fasha bersama senyuman sinis. Sarah memandang dengan perasaan dendam dan marah. Mereka berdua berbalas pandangan. Tajam.



•¤•





"FASHA! Wait!"

Suara Rayyan membuatkan Fasha terus memejamkan mata. Tangannya terus terhenti daripada mengemas buku-bukunya yang berada di atas meja. Loceng sekolah yang menandakan habisnya waktu persekolahan sudah lima minit berlalu. Fazrina, Dayang dan Ivy terus berpandangan manakala, Sarah sudah memandang tidak puas hati.

"Fasha, kami pergi dulu ye. Tak mahulah kacau awak berdua. Hehe..." usik Ivy.

"Betul betul betul! Bye!" kata Fazrina pula. Begnya segera diambil.

"Good luck, Fasha! I will waiting your good news tomorrow!" kata Dayang sambil mengenyitkan matanya. Fasha terus menjegilkan mata dan melayangkan penumbuk.

"Hey! Awak semua nak ke mana? Datang sini balik!"

"Bye, Fasha!" kata Ivy bersama senyuman nakalnya. Fasha mendengus. Geram!

Rayyan hanya senyum. Terhibur melihat gelagat Fasha dan rakan-rakannya. Fasha sudah menggelabah dan dia berasa sedikit janggal apabila wajahnya ditenung Rayyan.

"Err... Awak nak apa, Rayyan?" tanya Fasha dengan beraninya.

"Of course, I need you."

Fasha menggigit bibir. Mukanya sudah membahang kerana terlalu malu. Dia berpaling. Kelihatan Sarah, Kasturi dan Dalila memandang tajam dari pintu belakang kelas. Dasar dengki!

"Oh... Marilah kita ke tempat yang tersorok sikit. Nanti, ada yang memerhati," ujar Fasha. Rayyan hanya senyum.

Fasha terus menarik tangan Rayyan keluar dari kelas itu. Mereka menuju ke taman sains. Kira bagus kerana terdapat banyak pokok-pokok di sini. Jadi, keberadaan mereka agak terselindung daripada orang lain. Tangan kanan Rayyan segera dilepaskan.

"Tangan awak okey?" tanya Fasha. Matanya melirik ke arah tangan kiri Rayyan yang berbalut dan bersimen. Jejaka itu hanya senyum.

"Ya. Saya okey. Doktor kata tak teruk sangatpun."

Fasha hanya mengangguk. Keadaan menjadi sunyi dan janggal. Dia tidak tahu untuk berbual tentang apa. Peristiwa pagi tadi membuatkan dia terus berubah seratus peratus apabila berhadapan dengan Rayyan. Secara tiba-tiba, dia teringatkan perbualan dia dan Tan Sri Hairul.

"Maaf."

Rayyan mengerutkan dahi. Pelik.

"Maaf? Kenapa?" tanya Rayyan.

"Saya tahu awak cuma ikut rancangan ayah saya kan? Disebabkan itu awak cedera. Kalaulah saya terima je awak dari mula, mesti perkara ini tidak akan terjadi," ujar Fasha. Rayyan terus mencapai tangan Fasha. Mata gadis itu ditenung.

"It's okey. Kadang-kadang, dalam mencapai sesuatu, kita kena berusaha. Tak sangka pula saya yang awak ni jenis yang jual mahal juga ye," kata Rayyan.

Fasha tergelak kecil. Susah betul dia mahu ucapkan yang dia sudah menerima jejaka itu dalam hidupnya. Mulut dan akal fikirannya selalu menipu dengan mengatakan 'tidak' sedangkan hatinya sering berkata 'ya'.

"I'm sorry. Disebabkan ego saya, awak terpaksa tunggu lama," ujar Fasha.

Rayyan mengukirkan senyuman nakal. Fasha memandang hairan. Keningnya diangkat.

"Kenapa?" Rayyan tidak membalas. Rambut Fasha diserabaikan. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Rayyan!" Tangan Rayyan segera ditepis lalu rambutnya dibetulkan. Jejaka itu ketawa.

"Tengok! Habis serabai rambut saya!"

Fasha sudah menarik muka masam. Rayyan hanya memandang. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seraya wajahnya didekatkan ke muka Fasha. Terkaku gadis itu dibuatnya.

"Your beautiful eyes made my heart beat. your sweet smile made me smile. And your elegant face made me love you even more. I love you, sweetheart," kata Rayyan bersama senyuman kacaknya.

Fasha terkedu. Jantungnya terus berdegup pantas. Dia langsung tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Tubuh lelaki itu terus dipeluk.

"I love you too, Rayyan. Berjanji dengan saya yang awak akan setia?"

"Yes. I will, Fasha."

Rayyan membalas pelukan Fasha. Mereka berdua mengukirkan senyuman gembira. Seolah-olah, dunia ini hanya ada mereka berdua. Kisah cinta baru sahaja bermula. Disebalik sebatang pokok, Sarah memerhati dengan pandangan yang tajam. Dia mengetap rahang. Marah dan geram!

Dendamnya terhadap Sarah membuatkan dia semakin bersemangat untuk menjatuhkan gadis itu. Baginya, Fasha tidak layak untuk bahagia!

"Senyum dan gelaklah selagi kau boleh, Fasha. Selepas ini, aku akan pastikan kau jatuh dan menangis!"



















VOTE AND COMMENT!

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now