SUASANA yang bising dengan lagu-lagu rancak di kelab malam itu langsung tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada Fasha. Sebaliknya, suasana itulah yang menghiburkan lagi hatinya. Dia memakai skirt pendek menampakkan paha dan baju yang kelihatan agak jarang menampakkan bentuk tubuh badan. Rambutnya pula dibiarkan lepas.
Dia duduk dia atas sebuah kerusi di meja bar. Pelbagai jenis minuman diperhatikan di rak. Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Agaknya, malam ini wine yang manakah akan menarik seleranya? Tidak semena, dia tersenyum. Jari dipetik memanggil pelayan. Seorang pelayan lelaki terus menghampiri Fasha.
"Yes, miss?"
"Give me rose wine."
"Sure."
Pelayan lelaki itu datang kembali dengan sebotol besar wine. Salah satu wine yang termahal di situ. Tanpa arahan apa-apa, pelayan lelaki itu terus menuang minuman air kencing syaitan itu ke dalam gelas kaca Fasha. Fasha hanya memerhati.
"Thank you," kata Fasha.
"Welcome, dear." Lelaki itu tersenyum nakal lalu mengeyitkan mata. Fasha turut membalasnya. Seronok dan dia sangat berbangga dengan kecantikan yang dimilikinya. Mana-mana lelaki sahaja boleh cair.
Sedang dia asyik menikmati minumannya, seorang lelaki kacak yang berusia lingkungan 20-an datang menghampiri Fasha lalu duduk bersebelahan dengan gadis itu.
"Hi, dear. Seorang je ke?" tanya jejaka itu sambil matanya melilau memandang lekuk-lekuk tubuh Fasha. Fasha pula hanya melayan. Dia mengukirkan senyuman manis. Leher lelaki itu dirangkul dengan gaya menggoda.
"Tak lah. Awak kan ada."
"Wow. Nice. I like you." Fasha ketawa kecil. Senang betul lelaki ini jatuh ke tangannya.
"Yeah, of course you will like me."
"Nak menari bersama saya tak?" tanya jejaka itu dengan menghulurkan tangan. Fasha mengenyitkan mata. Huluran tangan lelaki itu pantas disambut.
"Why not?" Jejaka itu terus tersenyum.
Dan pada malam itu, menjadi saksi bahawa manusia-manusia yang berada di situ telahpun lalai dan gagal dalam menjadi hambaNya yang benar-benar beriman.
•¤•
WALAUPUN kedinginan malam yang semakin sejuk mencengkam kulit itu kian menusuk seiring dengan perjalanan masa, Fasha sedikitpun tidak berasa menggigil malah dia berasa lemas, tidak selesa dan berpeluh kerana terpaksa tidur berhimpit di dalam khemah.
Kenangan silamnya yang gelap pada suatu ketika dahulu juga sering terlayar di fikiran. Sedikit sebanyak dia terganggu. Tanpa menunggu lama, dia terus mengambil keputusan untuk keluar daripada khemah. Lampu suluh dibuka.
Kakinya melangkah senyap ke arah unggun api. Pohon kayu yang ada di situ diduduknya. Dia mendonggakkan kepala. Tidak semena-mena, terbit senyuman di bibir merahnya.
YOU ARE READING
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]
Romantik𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperib...