SEMAKIN masa menginjak daripada tempatnya, semakin pantas hari yang dihitung berlalu pergi. Kem yang dianjurkan oleh kelab pencinta alam UIA telahpun mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.
Ramai pelajar yang berminat untuk menyertai kem yang bertema 'Cintai Alam Kita' yang akan berlangsung dua hari lagi. Semestinya mereka berasa teruja dan tidak sabar menanti hari Sabtu ini.
"Sarah, kau yakin ke nak buat semua ni?" tanya Dalila. Ragu-ragu. Tangannya lincah melipat baju dan seluar ke dalam beg. Sebagai persiapan untuk kem pada hari Sabtu ini. Sekiranya Dalila pergi, begitu juga Sarah.
"Yes. Kan kita dah bincang pasal ni dengan El. Of course, I'll proceed it. Saya yakin yang si Fasha tu pasti akan pergi juga. Inilah masanya untuk kita balas dendam," kata Sarah yang turut sama mengemas pakaian dan peralatan-peralatan yang perlu dibawa.
"Jadi, barangnya dah disediakan belum?" tanya Dalila sambil mengangkat kening. Sarah terus mengangkat beg sandangnya yang telah dizip rapat lalu diletakkan di hadapan Dalila.
"Wow! Cepat betul."
"Mestilah. Aku tak sabar nak balas balik apa yang dia dah buat kat kita, Dalila. Kalau diikutkan, ini baru sedikit yang aku nak tunjukkan. Dia masih tak kenal siapa aku," kata Sarah sambil tersenyum sinis.
•¤•
KAKI terus melangkah laju membawa haluan. Perasaan yang dia rasakan sekarang ini membuatkan dia berasa mahu mengamuk. Perasaan marah, geram, kecewa dan sedih bercampur-baur.
Para pelajar yang ada berdekatan terus memerhati dan berbisik. Namun, Fasha langsung tidak mahu ambil peduli. Lantaklah!
Ivy, Dayang dan Fazrina pula terburu-buru mengejar langkah Fasha. Memang habislah kalau Fasha sudah mengamuk! Marah Fasha memang tidak boleh dibuat main.
"Fasha! Tunggu!" jerit Dayang. Namun, Fasha tetap tidak mahu mengambil peduli.
Bisikan-bisikan jahat yang masuk ke pendengarannya dibiarkan berlalu. Dipekakkan sahaja telinga. People know her name, but they don't know her life story. Judging people without a solid reason is nonsense!
"Teruk betul si Fasha tu. Harap je pengawas, tapi perangai buruk!" kata seorang pelajar perempuan kepada rakannya.
"Yeah. Mentang-mentang dia terkaya di sini, ayah dia yang Tan Sri tu ketua PIBG sekolah kita, suka-suka hati je dia nak pijak kepala orang!" sambung pelajar perempuan itu.
Dayang yang mendengarnya terus berhenti. Begitu juga Fazrina dan Ivy. Terus mereka memandang dua orang pelajar perempuan tadi yang sudah terkulat-kulat sendiri apabila ditenung oleh mereka bertiga.
"Tak apa. Awak semua pergi. Let me handle this. This is just small matter." kata Dayang dengan senyuman yang sinis.
Fazrina dan Ivy hanya mengangguk lalu mereka terus berlalu pergi. Dayang terus mendekati mereka berdua yang hanya memandang ke tempat lain.
"Kenapa diam? Tak nak kongsi dengan aku sekali ke? Macam menarik." Tanya Dayang bersama kening yang diangkat. Semua mata terus menumpukan ke arah mereka bertiga. Ada juga yang mula merakam.
YOU ARE READING
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]
Romance𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperib...