BAB 60 | ANAK SYURGA

2.8K 182 7
                                    

BUMI Palestin yang telah pun hampir musnah secara keseluruhan itu direnung sayu oleh Fasha. Habis bangunan-bangunan musnah akibat peluru berpandu yang dilepaskan oleh tentera Israel laknatullah yang pastinya bersubahat dengan Amerika Syarikat.

Pelbagai alasan dan propaganda yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Kononnya, Presiden Bashar Al-Assad telah menyerang rakyatnya dengan menyemburkan gas sarin yang beracun. Namun, itu semua hanyalah berita palsu yang sengaja disebarkan oleh media yang dikawal oleh yahudi iluminati.

Sejak tahun 1871, yahudi iluminati ingin memulakan perang dunia ke-3 yang telahpun lama dirancang. Justeru, Palestine dijadikan sebagai tapak permulaan. Perang dunia ke-3 dilakukan bertujuan untuk mewujudkan 'New World Order' yang merupakan agenda jahat yang sengaja dirancang oleh Rothschild bagi menguasai dan menjajah seluruh dunia termasuklah pemikiran manusia.

"Fasha!" Suara Wardina terus mematikan lamunan Fasha.

Dibawa beberapa pek bekalan makanan yang telah diberikan oleh rakan sukarelawan mereka kepada Wardina. Gadis itu terus menyambut lalu diberikan kepada seorang wanita yang mempunyai dua orang anak.

Mata Fasha jatuh pada figura seorang budak lelaki yang telahpun kehilangan kedua-dua belah tangan. Dia terus mengorak langkah mendekati budak lelaki yang sudahpun dirawat itu. Senyuman diukir.

"Assalamualaikum. Nama kamu siapa? Mana mak dan ayah?" tanya Fasha dalam Bahasa Arab.

"Waalaikumussalam. Nama saya, Umar. Mak dan ayah saya sudah meninggal dunia," jawab budak kelaki itu bersama senyuman. Kedua-dua belah tangan budak lelaki yang kudung itu membuatkan Fasha berasa sebak. Air matanya terus mengalir membasahi pipi.

"Kesiannya kamu. Kecil-kecil lagi sudahpun kehilangan tangan. Kehilangan mak dan ayah."

"Jangan kesiankan saya. Allah turunkan ujian ini supaya kami sentiasa beringat bahawa hari pembalasan itu benar. Tetapi kasihankanlah kepada mereka yang diberikan nikmat demi nikmat tetapi masih terleka dek tipu daya dunia," ujar budak lelaki itu bersama senyuman.

Fasha terus memeluk tubuh Umar bersama senyuman. Begitu tabah sekali budak lelaki itu walaupun diuji dengan dugaan yang sangat berat ketika usia yang muda. Walaupun wajah itu masih terdapat kesan luka dan darah, bibirnya tetap mengukirkan senyuman bahagia.

Hati itu sentiasa bersangka baik atas setiap qada'dan qadar yang telah Allah tetapkan. Takdir, tiada sesiapapun yang tahu termasuklah para Nabi dan malaikat melainkan hanya Allah S.W.T.

Wajah arwah papanya terlayar di fikiran. Setelah hampir lima tahun berlalu, barulah dia mampu belajar dan fahami apakah itu erti reda dan sabar. Di dunia ini, semua yang ada disekeliling kita hanyalah pinjaman Allah S.W.T bagi melengkapkan setiap episod cerita cinta kita dengan Tuhan.

Bagi insan yang sentiasa mendidik hatinya dengan iman, Syurgalah sebaik-baik ganjaran buatnya. Namun, bagi sesiapa yang mendidik hatinya dengan nafsu dunia, Nerakalah seburuk-buruk tempat pengajaran dan pembalasan. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka.









•¤•








SETELAH memastikan hafazannya lancar tanpa ada sebarang masalah, Fasha terus bangun lalu menanggalkan telekung. Sejadah dilipat lalu diletakkan di tempat asal. Wardina yang sedang ralit dibuai mimpi itu dipandang bersama senyuman nipis. Sekarang baru pukul 2:00 pagi. Lagi satu jam, Fasha akan mengejutkan Wardina bagi menunaikan solat sunat Tahajud bersama-sama seperti selalu.

Tidak semena-mena, bunyi deringan telefon pintarnya kedengaran. Nama mamanya terpapar di skrin. Terus Fasha mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, mama. Buat apa tu?" tanya Fasha kepada Puan Sri Elivia.

Tidak hairanlah jika wanita itu membuat panggilan pada waktu-waktu sebegini kerana jarak masa antara Malaysia dan Mesir ialah enam jam. Jadi, waktu Malaysia sekarang ialah pukul 8 pagi.

"Waalaikumussalam. Mama baru sahaja balik dari masjid dengan Mak Leha. Dia ada sekarang dengan mama. Kami tengah berjalan kaki nak balik ke rumah. Selepas Subuh tadi ada ceramah. Jadi, mama tinggal di sana sekejap dan buat solat Dhuha. Fasha buat apa sekarang?" tanya Puan Sri Elivia.

"Macam biasalah, mama. Waktu-waktu begini, Fasha mesti akan cuba untuk melancarkan hafazan. Kaki mama betul-betul okey ke kalau berjalan kaki pulang ke rumah?" tanya Fasha risau. Kedengaran wanita itu ketawa kecil.

"Fasha... Berapa kali mama nak beritahu, kaki mama okey. Dah boleh jalan dah pun. Janganlah risau sangat," kata Puan Sri Elivia.

"Fasha bukan apa. Fasha cuma risau. Mana tahu kaki mama tiba-tiba kejang ke? Lagi satu, syarikat okey tak?" ujar Fasha lagi.

"Ya, mama tahu. Tak payah risaulah. Syarikat okey je. Alhamdulillah. Adik arwah papa jaga dengan baik. Ni mama call ni sebab ada perkara yang mama nak beritahu." Fasha terus mengangkat kening bersama senyuman kecil.

"Jangan cakap ada orang masuk meminang lagi."

"Memangpun."

"Mama... Bukan Fasha tak nak, ta-" Tidak sempat Fasha menghabiskan kata-katanya, Puan Sri Elivia terus memotong. Gadis itu sekadar mendiamkan diri.

"Tapi apa lagi, Fasha? Mamapun dah tua. Mama teringin nak tengok Fasha kahwin sebelum mama pula yang akan pergi ikut papa. Kali ini, please dengar cakap mama ya? Nak tahu tak siapa orangnya?"

"Hmm... Kenapa mama cakap macam tu? Yelah, siapa orangnya?" tanya Fasha sedih apabila mamanya mengungkit tentang kematian. Sungguh, dia tidak suka dan selesa.

"Sebenarnya, dia tak nak mama beritahu nama penuh dia. Dia hanya suruh beritahu nama dia ialah Mr. Tengku. Kamu kenal ke?"

Fasha terkejut dan terkedu. Tidak sangka yang lelaki misteri itu masih menyimpan perasaan terhadapnya setelah lima tahun tidak bertegur sapa melalui mesej. Sejak dari awal lagi kehadiran lelaki itu memberikan pelbagai persoalan di fikiran.

Fasha ingatkan yang lelaki itu tidak akan mengambil kisah tentang dirinya lagi setelah dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Rupa-rupanya, jangkaannya ternyata meleset.

"Fasha?" Suara Puan Sri Elivia membuatkan Fasha sedikit tersentak. Terus dia terjaga daripada lamunan.

"Ya, mama?"

"Kamu okey ke kalau mama terima dia?" tanya Puan Sri Elivia lagi. Fasha terdiam.

Sejak akhir-akhir ini, dia selalu bermimpi melihat bayangan lelaki yang menggelar dirinya Mr. Tengku. Pada mulanya, Fasha keliru dan bingung. Namun, apabila dia mendapat berita risikan lelaki misteri itu, dia mula yakin inilah jawapan bagi persoalan mimpinya selama ini.

Tidak salah jika dia cuba untuk menerima lelaki itu walaupun hatinya masih mencintai Fahrin. Buat apa lagi dia mahu menunggu kepada yang tidak pasti dan tidak sudi berada di sisi, bukan?

"Baiklah, mama. Fasha terima. Tak payah buat majlis pertunangan. Nikah terus. Lagi tiga bulan Fasha akan balik Malaysia."


















Ready for the Epilog! Rahsia akan terbongkar! Korang jgn baling fon bila dapat tahu siapa Mr. Tengku nanti. 😱😱

Dan jangan marahkan sis kalau orang itu bukan seperti yang korang harapkan. Huhu... Maafkan saya... 😭😭

Vote for more update❤😭

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now