BAB 24 | KUSUT

1K 175 6
                                    

TOK! Tok!

Pintu bilik Fasha diketuk perlahan oleh Puan Sri Elivia. Fasha terus memanggil mamanya itu masuk. Pintu bilik segera dibuka. Bilik anaknya yang sedikit bersepah itu diperhati. Fasha sibuk mengemas barang kerana dia perlu menghadirkan diri untuk membuat pendaftaran di International Islamic University tidak lama lagi. Dia terus duduk di atas katil, bersebelahan dengan Fasha. Anaknya yang sedang mengemas barang keperluan itu dipandang.

"Kamu memang serius nak pergi ke, Fasha?" tanya Puan Sri Elivia. Perlahan. Dia masih berharap yang Fasha akan berubah fikiran.

Sebagai seorang ibu, dia amat risaukan satu-satunya anaknya itu. Anak yang dikandungnya selama sembilan bulan dengan bersusah payah. Dia tidak mahu anaknya itu bersedih atau dalam keadaan kesusahan. Fasha ditatang bagaikan minyak yang penuh. Semua kasih sayangnya dicurahkan buat Fasha.

Namun, bukan didikan agama. Tidak pernah sekalipun dia mendidik Fasha itu menjadi muslimah yang baik. Semua yang dilaluinya sewaktu dari kecil hingga dewasa, diajarkan kepada Fasha. Prinsipnya, hidup ini hanya sekali dan perlulah dilalui dengan keseronokan. Setiap orang berhak bebas dan boleh lakukan apa sahaja yang dia mahukan.

Namun, apakah manusia itu lupa dan alpa? Hidup hanya sekali dan sebab itulah kita perlu perbaiki diri agar dapat menambah nilai pada 'esok hari'. Fasha terus memberhentikan kerjanya. Wajah risau mamanya ditatap lama. Dia mengeluh perlahan.

"Mama, Fasha dah buat keputusan. This is my choice. Boleh tak kalau mama faham Fasha?" kata Fasha.

"Mama bukan apa. Mama cuma risau je."

"Mama, Fasha dah besar. Fasha boleh jaga diri sendiri," balas Fasha. Dia kembali memasukkan barang-barangnya ke dalam beg roda.

"Mama risau yang kamu akan pulang dan tak akan jadi diri kamu yang sekarang." Puan Sri Elivia terus melepaskan luahan kerisauannya.

"Mama...  Walau apa pun yang terjadi, Fasha akan tetap jadi macam diri Fasha yang sekarang. Fasha tetap akan jadi anak mama. I will never change. Never! So, please undestand me," kata Fasha dengan yakin.

"Apa kata kalau Rayyan sambung belajar di situ sekali? Bolehlah dia tengok-tengokkan kamu." Idea mamanya itu membuatkan Fasha terkejut. Terus dia bangun daripada duduk. Wajah mamanya dipandamg tajam.

"No! Fasha tak nak! Kenapa mama nak sangat Fasha bersama dengan dia? I can't except this!" kata Fasha dengan kemarahan yang membuak-buak.

"What's wrong with you, Fasha? Bukankah dulu kamu sukakan dia? Kenapa sekarang kamu macam bencikan dia sekarang?" Fasha tergelak sinis. Dia meraup wajahnya.

"Hati manusia boleh berubah, mama. Fasha dah tak sukakan dia lagi," kata Fasha.

"Jadi, kamu pun mungkin akan berubah kalau kamu ke sana, Fasha." Fasha terkedu. Kata-kata mamanya itu ada benarnya juga. Hati manusia itu memang boleh berubah dengan mudah.

"Fasha yakin yang Fasha tak akan berubah, mama. Fasha lebih sukakan kehidupan Fasha yang sekarang. Apa gunanya jadi orang yang alim-alim kalau setakat nak tunjuk diri tu bagus dan seperti ahli syurga. Fasha bencikan semua tu."

"Mama tak kira juga! Kamu suka atau tak, kamu kena tetap kena kahwin dengan Rayyan!" tegas Puan Sri Elivia. Fasha terus memandang tajam.

"Mama buatlah apa yang mama nak! Tapi, Fasha tetap tak kan kahwin dengan dia!" ujar Fasha. Dia terus keluar dari bilik.  Panggilan mamanya langsung tidak dipedulikan. Dia perlu menenangkan fikirannya sekarang. Kusut!







BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now