BAB 11 | ANNOYING

1.3K 230 6
                                    

MEREKA berdua singgah di sebuah kedai makan yang berada di tepi jalan dengan hanya berjalan kaki. Tidak jauh manapun. Sampai sahaja di kedai makan tersebut, langkah Fasha terhenti.

Dia memandang kedai makan tersebut. Kecil, sesak, tidak menarik, panas dan kebanyakan lauk-pauk kampung telah dihidangkan dan terdedah. Mungkin juga ada lalat, lipas atau tikus? Kedai makan yang diperbuat daripada kayu itu dipandang lama. Hatinya berbelah bahagi.

'Fahrin? Atau pergi? Fahrin atau pergi?'

Langkah Fahrin terhenti lalu dia menoleh ke sisi. Kelibat Fasha tiada. Dia terus berpaling melihat ke belakang. Kelihatan gadis itu seperti terkaku. Dia berpeluk tubuh.

"Nak makan atau tak? Kata lapar."

"Err... Tak ada tempat lain ke? Restoran atau hotel ke?" cadang Fasha. Dia hanya sengih sehingga menampakkan giginya yang putih berseri seperti iklan Colgate. Fahrin menjongketkan kening. Dia tersenyum senget.

"Mesti kau tak pernah makan tempat-tempat macam ni, kan?" tanya Fahrin. Lambat-lambat Fasha mengangguk. Fahrin terus mengukirkan senyuman nakal.

"Kalau kau tak nak, kau boleh pergi," ujar Fahrin. Sejurus Fahrin berkata sebegitu, Fasha terus berpaling. Dia lebih memilih untuk pergi. Tidak sanggup dia makan di tempat sebegitu.

"Tapi... Kalau kau ikut aku, kau boleh tanya apa-apa soalan dan aku akan jawab," sambung Fahrin. Langkah Fasha terus terhenti apabila mendengar tawaran tersebut.

"Aduh... Macam mana pulak ni! Dia mesti sengaja nak kenakan aku! Kalau aku pergi, aku mungkin tak dapat jumpa lagi. Tapi, kalau sahut cabaran dia, aku bolehlah tanya dia macam-macam. Haish..." kata Fasha kepada dirinya sendiri.

Jauh dia berfikir. Sama ada lebih memilih status dan personalitinya ataupun Fahrin. Ini lebih susah daripada soalan SPM!

"Macam mana? Dah buat keputusan?" ujar satu suara di sebelah. Fasha terkejut. Dia terus menginjakkan diri.

Fahrin menjongketkan kening dan tersengih. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Fasha memandang geram. Ergh!

"Aku beri kau masa selama tiga saat sebelum aku batalkan tawaran aku tadi. Satu..." Fasha terkejut.

"Ehh... Sekejaplah! Saya tengah berfikir!"

"Dua..." Fahrin tidak mahu berhenti. Fasha sudah menggelabah. Dia masih belum buat keputusan!

"Ti..."

"Okey! Fine! Saya ikut!" kata Fasha dengan geram. Fahrin tersenyum lebar.

"Okey. Keputusan yang bagus. Tak adalah buang masa aku," kata Fahrin selamba. Dia terus berlalu meninggalkan Fasha. Gadis itu menjegilkan mata. Sebelum perkenalan mereka, bukan main hebat lagi lelaki itu bersopan-santun. Tetapi, sekarang?

'Annoying rupanya mamat ni! Sakit hati aku!' Monolog Fasha.

"Aku tahu kau kutuk aku. Lebih baik kau ikut aku sekarang, kalau tidak... Aku batalkan tawaran tadi," ugut Fahrin tanpa menoleh ke arah Fasha.

Gadis itu terkejut apabila Fahrin dapat meneka suara hatinya. Terus dia cepat-cepat mendapatkan lelaki itu. Mereka berjalan secara bersebelahan.

"Ehh... Mana ada. Tak baik tuduh," ujar Fasha. Tangan disilangkan ke dada.

"Tapi, menipu pun dosa juga," balas Fahrin. Fasha tersentak. Hatinya sedikit terasa. Mungkin disebabkan dia tidak lagi mengambil kisah antara dosa dan pahala?

Fahrin terus mendapatkan meja kosong paling hujung sekali. Fasha hanya mengikut. Jejaka kacak itu menarik kerusi lalu duduk. Fasha yang hanya berdiri memandang kerusi di hadapannya itu dipandang hairan.

"Kenapa?" Fasha terus berpaling.

"Err... Tak patah ke kerusi plastik ni kalau duduk?"

"Aku duduk okey je. Tak patah pun. Orang yang berat 80 kg pun masih boleh duduk," kata Fahrin.

"Tak ada kuman ke? Kerusi ni macam dah lama je. Orang asyik pakai." kata Fasha. Dia sedikit risau. Fahrin menepuk dahi. Inilah masalah orang kaya!

"Tak adanya. Aku selalu datang sini. Makan. Sihat je. Tak masuk hospital pun. Lagipun kalau kau pergi hotelpun, ada dia orang nak sental-sental segala tempat duduk? Memang takkan ada," kata Fahrin. Fasha mengangguk. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk.

Seorang lelaki terus datang untuk mengambil pesanan. Fahrin mengukirkan senyuman.

"Nak pesan air apa?" tanya lelaki itu.

"Beri saya teh tarik. Kau pula, Fasha?" Fahrin terus bertanya kepada Fasha. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga dan kelihatan sedikit resah.

"Err... Jus carrot ada?" tanya Fasha. Fahrin menyembunyikan senyuman. Terhibur melihat Fasha. Matanya memandang lelaki yang mengambil pesanan itu. Jelas lelaki itu asyik tersenyum dan memandang Fasha dengan lama.

"Ada."

"Okay. Itu sahaja kut. Awak boleh pergi," halau Fahrin secara halus. Pandangan tajam diberikan. Lelaki itu kelihatan sedikit takut. Dia segera beredar dari situ.

Fahrin memandang sekeliling. Dia agak terkejut apabila melihat hampir semua lelaki melirik mata ke arah Fasha. Senyuman mereka sangat nakal dan sukar untuk ditafsirkan. Sedangkan, Fasha langsung tidak sedar akan hal itu.

Fahrin terus mengalihkan kerusi lalu duduk di hujung meja. Bersebelahan dengan Fasha. Menghalang gadis itu daripada dipertontonkan. Fasha mengerutkan dahi. Hairan.

"Kenapa dengan awak ni?" Fahrin mengeluh.

"Kau ni, tak ada baju lain ke?" Fasha semakin pelik. Bajunya dilihat.

"Okey je. Masih tertutup dan tidak terdedah," kata Fasha.

"Ya. Memanglah. Tapi, pakaian awak ketat," kata Fahrin.

Sejak awal lagi, dia perasan dengan pakaian gadis itu. Walaupun dia memakai blouse dan seluar slack, pakaian itu tetap ketat. Dia berusaha untuk menahan matanya daripada melihat perkara yang masih belum halal baginya. Gelora hatinya tetap dipertahankan.

"Jadi?" Sekali Fasha bertanya. Dia langsung tidak faham dengan penjelasan Fahrin.

"Dalam Islam, awak dilarang mendedahkan aurat. Awak kena tutup seluruh tubuh awak kecuali muka dan tapak tangan. Walaupun pakaian awak dah tertutup, awak tak boleh pakai pakaian yang ketat. Semua tu dosa," nasihat Fahrin.

Fasha terdiam. Dia terasa dengan kata-kata Fahrin. Walaupun itu nasihat demi kebaikan dirinya juga, dia seolah-olah dipandang hina. Jujur dia berasa jauh hati dengan Fahrin.

Fahrin menjadi serba salah apabila melihat Fasha yang hanya mendiamkan diri. Pasti gadis itu terasa. Tidak sempat dia membuka mulut, Fasha telah mencelah.

"Kenapa? Orang macam saya memang selalu dipandang hina ke?"

Soalan Fasha membuatkan Fahrin terkedu. Mata gadis itu dipandang dalam. Jelas hatinya terguris hanya melalui pandangan mata. Dia melepaskan keluhan.

"Bukan macam tu maksud saya. Saya minta maaf, Fasha. Saya tak berniat nak buat awak..."

"Tak apa. Saya faham. Dahlah. Ubah topik," potong Fasha. Fahrin terdiam.

"Ohh ya. Tadi, awak buat tawaran kan? Sekarang, saya nak tanya soalan!" kata Fasha bersama senyuman. Ceria. Seolah-olah dia tidak terkesan dengan situasi tadi.

Fahrin tergelak kecil. Mata gadis itu seperti bersinar-sinar. Mungkin teruja untuk bertanya soalan kepada Fahrin.

"Okey. Okey. Saya akan jawab soalan selepas kita makan dulu. Biar saya ambilkan." Fasha hanya mengangguk. Dia pun sudah lapar. Jadi, lebih baik untuk mengisi perut terlebih dahulu.


























VOMMENT!❤🤪

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now