BAB 15 | DI HOSPITAL

1.3K 193 0
                                    

FASHA termengah-mengah. Nafasnya sudah tidak teratur. Jantungnya terus mengepam laju untuk menarik oksigen yang sudahpun berkurangan lalu dibawa ke peparu melalui bronkiol dan seterusnya ke dalam sel darah merah.

Setelah itu, oksigen yang telah dileraikan dari sel darah merah terus dibawa keluar dari peparu sebagai karbon dioksida. Dan kitaran itu terus berulang lagi dan lagi. Argh! Sempat lagi dia menghafal tentang fakta biologi itu!

Fasha menghela nafas lega. Akhirnya, sampai juga! Dia segera menuju ke pintu pagar rumah Fazrina. Loceng ditekan sebanyak dua kali. Tidak lama kemudian, kedengaran suara seseorang yang tidak dikenalinya melalui intercom itu. Pembantu rumah mungkin.

"Ya? Siapa tu?" tanya suara itu.

"Saya kawan Fazrina. Can you call her?" ujar Fasha. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Can apa?" Fasha memutarkan bebola matanya. Dia mendengus. Bodoh bahasa inggeris rupanya!

"Hey! Saya dah tak ada masa lah. Panggil je lah dia!" Fasha sudah berang. Geram.

"Ba-baiklah, cik," kata wanita itu. Kemudian, suaranya tidak kedengaran lagi. Fasha hanya membuat muka menyampah. Dasar pembantu rumah!

Tidak lama kemudian, pintu pagar rumah banglo itu terbuka dengan sendiri. Fasha terus meluru masuk ke dalam. Fazrina yang baru sahaja keluar dari pintu itu terus menjongketkan kening.

"Ehh? Awak tak balik rumah lagi?" tanya Fazrina. Dia melihat pakaian Fasha. Masih tersarung baju sekolah.

"Panjang ceritanya. I will tell you later. You should call the police and follow me. Now!" tegas Fasha. Dia gelisah. Fazrina memandang Fasha dengan riak yang terkejut dan hairan. Dia mula tertanya-tanya.

"Polis? Kenapa kena babitkan polis? Kenapa ni Fasha? What has happened to you?" Fasha semakin gelisah. Pertanyaan Fazrina membuatkan masa terus berlalu. Kalau apa-apa jadi kepada Rayyan bagaimana?

"Rayyan!" Dia ingin terangkan perkara yang sudah berlaku. Namun, lidahnya kelu. Dia tidak boleh bercakap apa-apa sekarang.

"Rayyan? Kenapa pula dengan dia? Kena pukul ke?"

"Yes!"

Mata Fazrina terus membulat. Dia sangat-sangat terkejut. Baru sahaja tadi dia nampak Rayyan baik-baik sahaja di sekolah.

"Seriously? Kenapa?"

"I can't tell you right now. We have to hurry!" gesa Fasha. Fazrina mengangguk. Dia pun turut risau.

"Okay! Okay! Biar saya call polis dulu. Lepastu, kita terus pergi!"









•¤•









MEREKA sampai di Prince Court Hospital Centre yang merupakan hospital swasta. Hanya yang bergolongan bangsawan dan kaya-raya sahaja mampu membayar bil hospital ini.

Fasha dan Fazrina segera meluru ke arah sebuah kaunter yang terletak berhampiran pintu masuk.

"Ya? Cik cari siapa?" tanya wanita itu. Ramah.

"Err... Saya cari wad Rayyan Fattah bin Tan Sri Rizman. Wad dia di mana ye?" tanya Fasha. Wanita itu tersenyum lalu terus menyemak data hospital yang ada di dalam komputer.

"Dia ada di wad D-12. Ada di tingkat dua," kata wanita itu.

Fasha terus berlalu pergi. Fazrina hanya senyum memandang wanita itu sebagai tanda terima kasih. Nasib baik, senyumannya berbalas.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now