BAB 4 | KENANGAN LALU

1.8K 263 17
                                    


IMBAS kembali,

"Fasha! Congratulations! Awak dapat tempat pertama lagi!" kata Ivy. Tubuh Fasha segera dipeluk erat. Dia tumpang gembira. Kertas keputusan yang ditampal pada papan kenyataan itu diperhati. Kelihatan nama Fasha berada di kedudukan teratas sekali.

"Ya! Saya dah agak yang awak mesti dapat kalahkan Sarah!" kata Dayang pula. Mata dilirik memandang seorang gadis yang manis bertudung. Senyuman sinis diukir. Sengaja dia menyakitkan hati gadis itu.

Pelajar-pelajar yang berkerumun di kawasan papan kenyataan itu mula berbisik-bisik. Sudah pasti Fasha dan Sarah menjadi topik utama. Mereka berdua sememangnya bermusuhan sejak tingkatan satu lagi.

Sarah yang berada berdekatan situ sudah mengetap bibir. Tangan digenggam. Dia sangat-sangat marah. Dalila yang berada di sebelah Sarah terus memeluk bahu gadis itu. Dia tahu yang Sarah pasti akan naik angin nanti.

"Relaks, Sarah. Kau pun apa kurangnya. Tempat kedua. Biarkan dia dapat tempat pertama kali ni. Lepas ni, kau kena dapatkan tempat pertama! Kalahkan dia," kata Dalila.

"Betul tu Sarah. Biarkan dia. Dia tak sedar yang dia riak! Allah marah! Dah la tak tutup aurat! Terdedah sana sini. Entah-entah kaki club dan macam perempuan murahan di luar sana. Siapa tahukan?" kutuk Kasturi secara perlahan. Sarah mendengus.

"Memanglah aku dapat tempat kedua. Tapi aku masih kalah dengan dia! Aku tak boleh terima!"

"Jangan risau. Selepas ni, kita ada pemilihan calon untuk pertandingan bola jaring mengikut pasukan peringkat sekolah. Masa tu, kau boleh belasah dia cukup-cukup!" kata Kasturi lagi. Dalila terus mengangguk setuju.

"Dah. Mari kita pergi. Aku lapar," kata Dalila. Sarah dan Kasturi hanya mengikut. Mereka bertiga terus berlalu pergi dari situ.

"Hahaha! Kau orang nampak tak muka Sarah tadi? Masam habis macam cuka!" kata Dayang sambil ketawa. Fazrina mengangguk setuju.

"Betul betul! Biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah. Berani nak kalahkan Fasha!" Fazrina memeluk tubuh. Matanya masih memerhati kelibat Sarah, Kasturi dan Dalila yang sudahpun berlalu pergi. Bibirnya mengukirkan senyuman jengkel.

"Girls! Kitakan kumpulan yang paling berprestij di sekolah ni. Kita yang paling terkenal, cantik dan... "

"Kaya!" Sambung Ivy, Dayang dan Fazrina bersama-sama dengan gaya yang gedik. Pelajar-pelajar yang ada di situ hanya memerhati. Mereka tidak berani untuk menegur. Mereka sudah terbiasa dengan sikap diva kumpulan tersebut.

"Ya... That's correct, girls! Sekarang, mari kita ke kantin!" kata Fasha selaku ketua. Hari ini, hari yang sangat menggembirakan. Dia berasa sangat puas!




















•¤•
















"Okeylah, girls. Saya perlu pergi. Ada tugasan yang perlu dibuat. Pastikan awak semua masuk ke kelas tepat pada masanya, okay? Saya tak mahu salah seorang ahli kumpulan kita ada masalah disiplin. Kita kena jaga reputasi," kata Fasha dengan tegas. Tangan kanannya memegang sebuah buku nota kecil dengan pen yang diselitkan. Ahli yang lain mengangguk faham.

"Of courselah, Fasha. Awakkan penolong ketua pengawas atau lebih tepat lagi sebagai naib presiden dan awak juga ketua kumpulan kita. Tidak mungkin kami akan jatuhkan maruah awak," kata Dayang. Ivy dan Fazrina terus mengangguk setuju. Fasha tersenyum.

"Thank you, girls. Awak semua memang terbaiklah!" Dia membuat gaya thumbs up versi kartun Boboiboy. Mereka yang lain berasa lucu dengan aksi spontan Fasha. Jarang sekali Fasha berkelakuan seperti ini.

"Haa... Pergilah cepat. Tadi kata dah lambat." Ivy mula bercekak pinggang. Muka dibuat marah. Terus mereka ketawa.

"Hey Ivy! Jagalah kelakuan awak. Hodoh tahu!" marah Dayang sambil menyimpan ketawa.

"Betul betul betul!" Fazrina memberi jawapan setuju. Seronok kerana dapat mengusik Ivy. Ivy mendengus. Mukanya mula berubah warna. Malu.

"Mana ada!"

Fasha hanya menggeleng. Kadang-kadang, mereka matang. Kadang-kadang mereka seperti budak-budak. Padahal umur sudahpun menjangkau 17 tahun!

"Okey, girls! Bye!"

"Bye, Fasha!"












•¤•
















Fasha berjalan perlahan di sebuah koridor yang berdekatan blok pentadbiran dan pejabat. Matanya tajam memandang sekeliling. Auranya memang menakutkan sebagai seorang penolong ketua pengawas. Tidak semena matanya terpandang kelibat seorang pelajar lelaki yang lalu lalang di situ.

Jam tangan berjenama di pergelangan tangannya diperhati. Sudah 10 minit waktu rehat sudahpun tamat. Mengapa lelaki itu masih belum pulang ke kelas?

Fasha mula mendekati pelajar lelaki itu. Langkahnya sungguh berkarisma. Tiada secalitpun senyuman di bibirnya. Pelajar lelaki yang sedang memerhati sekeliling itu terus terkedu memandang Fasha yang sedang berjalan ke arahnya.

Fasha berdiri di hadapan lelaki itu. Tangan disilangkan ke dada. Pelajar lelaki itu dipandang dari atas hingga bawah. Hati perempuannya sedikit terusik tetapi dia segera menghalaunya pergi. Ini bukan masa untuk dia terus jatuh hati. Namun, dia tetap perlu akui bahawa lelaki di hadapannya ini sangat kacak. Rambut hitamnya disikat rapi dengan gaya yang terkini. Pakaiannya juga kemas dan dia nampak bergaya dengan lengan baju yang dilipat ke siku.

"Ehem! Ehem!" Tidak semena-mena jejaka di hadapannya ini berdehem. Fasha terus tersedar daripada lamunan. Muka dibuat seperti tiada apa-apa.

"Kenapa kau tak masuk kelas? Kau tahu tak sekarang dah habis waktu rehat? Apa nama kau?" tanya Fasha dengan tegas. Buku nota kecil dikeluarkan bersama sebatang pen dari poket skirtnya. Pelajar lelaki itu kelihatan terpinga-pinga.

"Cepatlah! Aku dah lambat!" Sekali lagi suara tegas Fasha kedengaran. Jejaka itu ketawa kecil. Muka Fasha terus berkerut.

"Kenapa kau gelak? Aku buat lawak ke?" Lelaki itu hanya tersenyum. Sesiapa yang melihat pasti sudah cair sekarang.

"Tak sangka perempuan cantik seperti awak garang orangnya," kata lelaki itu. Fasha hanya menahan geram. Dada sebelah kiri lelaki itu dipandang.

"Mana tanda nama dan lencana sekolah? Dah lima bulan kan? Takkan tak ada lagi? Apa nama kau? Jangan buang masa aku boleh tak?" marah Fasha.

Lelaki itu tersenyum manis. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu perlahan-lahan wajahnya mendekati wajah Fasha. Wajah gadis itu diperhati sehingga membuatkan jantung Fasha berdetak laju. Dia tergamam. Badannya seakan kaku.

"Nama saya Rayyan. Pelajar baru di sini. Nice to meet you, pretty."










VOTE AND COMMENT

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now