Bab 25

219 15 8
                                    

ARIA tersenyum sinis apabila lawannya tergetar-getar melihat matanya. Ria yang bergabung dengannya menahan ketawa daripada meletus. Sampai begitu sekali lawan mereka takut. Hanya mata dan hidung sahaja kelihatan. Tak lupa juga mereka memakai kerudung tanpa lengan.

Alexandra menyergah musuh sebelum dua orang musuh mereka berdua lari lintang pukang. Mereka berdua saling berpandangan sebelum ketawa meletus.

"Giliran kau pula Alexa," ujar Aria.

Aria segera mengisi beberapa butir peluru sambil matanya memandang Syah yang kebetulan memerhatikan dirinya.

"Jangan terkejut. Ira tahu ini kali pertama abang Syah dengan abang sepupu yang lain melihat kami bergabung dengan sisi gelap kami," kata Aria tenang.

"Abang ingat Lina dengan Ria akan ambil alih badan kau orang, tak sangka pula kau orang bergabung," ujar Syah.

Aria hanya mendiamkan dan tidak membalas. Beberapa pucuk pistol selesai diisi peluru lalu diserahkan kepada lima orang abang-abang sepupu.

"Mari, kita bermain."

Alexandra meluru menghampiri salah seorang sebelum menghayunkan sebilah pedang yang dibawa oleh Zairil.

"Kau cederakan abang sepupu dan abang kandung aku, kau akan terima padahnya!"

Serangan Alexandra ditahan menggunakan dua pucuk pistol. Alexandra mengetap gigi apabila pedangnya ditolak kuat. Kakinya tergerak ke belakang sedikit, impak daripada tolakan tersebut.

"Pergi sanalah!" jerit Alexandra sebelum menusuk lawannya di bahagian dada sehingga tembus ke belakang.

Alexandra memuntahkan sejumlah darah selepas lawannya jatuh melutut. Apabila pedang Alexandra hampir menghampiri badan pihak lawan, tembakan dilepaskan, tepat ke arah perut dari jarak dekat.

Darah dan beberapa cebisan daging yang terpercik di hadapan mata membuatkan Haiqal mendongak. Dia terkejut melihat Aryyan menamatkan riwayat orang yang mencederakan Alexandra dengan sedas tembakan.

"Don't disturb us. Mind your own business," marah Aria sambil melepaskan beberapa das peluru ke arah tiang yang menjadi tempat persembunyian dalang kejadian ini.

"Don't play hide and seek, fight me if you are gentleman!" bentak Aria sebelum menghampiri Alexandra yang cedera.

Alexandra memejamkan mata menahan kesakitan yang dialami.

"Aria... Kau bawa tak benda yang aku suruh?" tanya Alexandra perlahan.

"Benda yang kau suruh bawa ada dalam kereta kita. Jangan kata kau dah lupa apa yang terjadi dekat kereta tu," jawab Aria sebelum melutut di hadapan Alexandra.

"Mujurlah kau pakai baju kalis peluru, tapi impak peluru terasa. Aku hanya boleh suntik kau untuk hilangkan kesakitan. Peralatan perubatan tidak mencukupi jika aku nak rawat kau."

Alexandra hanya mengangguk. Dia tidak mempunyai banyak tenaga lagi. Luka di perut dan bergabung dengan sisi gelap membuatkan dia penat. Dia harap Lina tidak ambil alih badannya jika dia hilang kesedaran nanti.

Kau dengan Ira rehat saja, biar aku dan Ria uruskan, ujar Lina dalam mindanya.

Kau bukannya boleh percaya sangat. Bila kau pegang senjata sahaja, kau menjadi teruja untuk mendengar jeritan musuh kau, balas Alexandra.

Ira... Benarkanlah aku ambil alih badan kau. Aku janji yang kau akan seronok dengan perlawanan aku dengan Lina nanti, pujuk Ria.

Kau ingat mereka tu beg tinju kau? Bukannya aku tak tahu perangai kau, Ria. Aku bukan tak nak tapi Rayyan ada dekat sini. Dia kenal kau dengan Lina, terang Aria.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now