MEREKA menggenggam penumbuk. Maknanya, dia telah mendengar perbualan mereka sejak dari awal lagi.
"Tak sangka kau telinga kuali. Dasar mafia pengecut. Kenapa hantar anak buah kau untuk hapuskan kami? Nampak sangat kau tu penakut," provok Alexandra. Kekuda dibuka perlahan tanpa disedari oleh musuh.
Diva hanya memerhati tanpa menyampuk. Perbualan mereka berenam langsung tidak difahami.
Alexandra memilih lawan yang agak tinggi daripadanya. Senang nak menyerang kalau lawannya tinggi. Dia merangka strategi. Tersalah langkah, ucapkan selamat datang kepada hospital dan ucapkan selamat tinggal kepada biliknya.
Alicia menghadiahkan tendangan padu pada rahang lawannya. Darah tersembur keluar dari mulut lawannya dan terkena topeng miliknya. Namun, itu tidak mematahkan semangat Alicia untuk meneruskan serangan.
Satu tumbukan curi mengenai perut saat dia terleka. Aurora terbongkok menahan senak.
Aku tak sedia lagi la!! getus Alicia bengang.
"Main kasar ye? Mari aku tunjukkan apa itu main cara halus," gumam Aurora.
Dia sempat menyiku lawannya yang datang dari belakang. Tepat kena hidung. Aurora tersenyum sinis.
Aurora sempat menahan batang besi yang dihayunkan dari atas. Dia memegang batang besi tersebut dengan sebelah tangan sebelum dicampakkan ke tepi bersama lawannya sekali.
Aria memegang sebuah kotak sebelum dicampakkan ke belakang dan meneruskan larian. Matanya melilau mencari dinding.
"Dinding jauh sangat. Kotak pun kotak la," kata Aria perlahan sebelum melajukan lariannya lalu membuat backflip.
Dia sempat mencapai kayu besbol yang berada di atas kotak tersebut. Dia merendahkan badan sebelum menghayunkan kayu besbol tepat kena kaki lawannya. Dia tersenyum sinis.
Violet terpaksa berguling-guling untuk mengelakkan dirinya tercedera. Kenapa dia berguling? Semasa dia hendak memukul lawannya tadi, lawannya menyerang hendap dengan menyepak belakang lututnya.
"Yah! Aku akan seksa kau cukup-cukup kalau kau rosakkan baju aku!" pekik Violet sambil berguling.
Mata Violet terbeliak. Baru dia teringat. Violet menatap sayu. Hoodie yang disarung ialah pemberian dia.
Violet berhenti berguling dan melutut sperti orang mahu melamar. Dia melihat lengan kanannya yang tercedera.
Mata Violet terbeliak. Dia memandang lawannya lama sebelum dia menutup mata dan semuanya menjadi gelap.
Scarlet terpaksa membuat melepaskan tembakan secara rambang. Tangan kanannya menekap luka di perut gara-gara ditusuk pisau. Tak ada la dalam sangat cuma cedera ringan sahaja. Hoodie miliknya awal lagi sudah diikat di pinggang begitu juga dengan Queen.
Dia perlu merancang stratgei dengan segera. Lawannya hanya dua tetapi ketangkasan mampu mengalahkan kak yong kumpulan mereka.
Darah di perutnya tidak berhenti mengalir malah membuak dengan lebih banyak. Sepakan curi diberikan kepada Scarlet dari arah belakang. Dia terbaring di sebelah Violet.
"Ya Allah... sakitnya..." rintih Scarlet.
Dia tidak dapat menggerakkan badan kerana kesakitan mencengkam tulang belakang. Pandangannya mulai kabur. Matanya hampir tertutup, tiba-tiba...
"Tengku Syazwani Saftira Kim C Miku Scarlet Zaver."
Dia membuka mata sedikit.
"Aizu..."
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Teen Fiction[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...