ASHRAFF dan Hazieq melepaskan lelah di sofa selepas menjejakkan kaki di tempat yang dijanjikan. Mereka ingatkan tempat yang dimaksudkan berada di tengah bandar, namun siapa sangka tempat tersebut berada di dalam hutan?
"Kenapa tak kongsi lokasi? Hampir tiga kali kami pusing baru jumpa tempat ni," rungut Ashraff sebelum mencapai sebungkus makanan ringan di atas meja.
"Who are you?" tanya Nik hairan. Dia memerhati kelakuan mereka berdua sejak mereka masuk tadi. Rasanya orang kanan Guardian dah cukup. Kenapa dua orang boleh jumpa tempat ni?
"They are my friends, Ashraff and Hazieq. He is Nik, Alicia's personal assistant," celah Haidar sebelum keadaan menjadi tegang.
"Wait a minute. That's mean they are..." Aurora memandang Alexandra dan Aria silih ganti.
"Yes," balas Alexandra dengan nada perlahan. Kantuk semakin menguasai diri. Dia tidak tahu kenapa Alicia menyuruh mereka datang ke tempat ini, bekas markas Drake.
"Drake, lama lagi ke kau nak buat coding? Aku dah mengantuk ni."
Kedengaran suara rungutan Fuhaid dari tingkat atas menyebabkan Ashraff dan Hazieq saling berpandangan.
"Sistem apa ni? Banyak benda ke yang kami terlepas?" tanya Hazieq sebelum bangun dan menuju ke arah tangga diikuti dengan Leo.
"Kau kata orang kanan kau tak suka kau orang, habis siapa orang kanan kau yang sebenar?" gesa Scarlet.
"Orang kanan kami yang sebenarnya Haidar dan Fuhaid manakala Hazieq dan Ashraff pula menyamar sebagai orang kanan kami. Aku pun tak faham mulanya, tapi mereka buat begitu atas kehendak sendiri," terang Aria.
"Mereka berempat kerja dengan seseorang tetapi aku tak ingat siapa. Bertapa dekat hospital membuatkan aku jadi pelupa."
Aria menggaru belakang telinga apabila banyak maklumat yang berkaitan dengan siasatan mereka di sana dilupakan. Rasanya ada sesuatu berlaku tapi dia tidak dapat ingat.
"Bila masa kau sampai? Janji melayu betul. Yakin betul dapat jumpa tempat ni sebelum pukul 9," rungut Drake namun matanya memandang skrin komputer. Dia perlu menumpukan perhatian kepada coding. Nak harapkan yang lain mereka masih amatur. Silap hari bulan benda lain yang jadi.
"Kami melayu kacukan," jawab Hazieq. Ashraf ketawa apabila melihat reaksi Drake. Jelas dia menyampah mendengar ayat itu.
"Kenapa kita kena kumpul dekat sini? Macam seram je tempat ni. Mana kau jumpa tempat ni, Drake?" tanya Nik dari tingkat bawah. Dia pula sedang melihat bahan kimia yang sesuai untuk digunakan untuk projek mega mereka nanti.
"Tempat ni sebenarnya markas aku. Tapi malangnya, ada sesuatu berlaku."
"Markas?" Mereka saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan ke arah Guardian.
"Kenapa?" tanya Guardian pelik. Tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan mana tidak terkejut.
"Siapa Drake sebenarnya?" tanya Ashraff pelik.
"Tanya la dia, jangan tanya aku. Kalau dia tak nak jawab, tanya Violet. Mana tahu dia boleh jawab, itu pun kalau kau tanya la," balas Alexandra.
Ashraff, Haziq, Haidar, Fuhaid Hunter dan Leo saling berpandangan. Siapa berani tanya Violet. Dengar cerita Nik, Violet dingin tapi bila tengok muka dan dengar suara, lain daripada cerita Nik dan Drake.
"Aku bekas ketua mafia. Kau cakap je apa barang yang kau nak, aku ada barang dia. Kebanyakannya senjata api tapi dadah aku tak jual. Aku mula jadi mafia awal belasan. Aku culik orang yang cari masalah dengan kumpulan aku. Mangsa terakhir yang aku culik ialah Diva. Salah seorang daripada mereka berempat ialah Rachel tapi dia dah keluar daripada kumpulan tu. Aku buat perjanjian dengan Violet. Akhirnya aku jadi orang kanan dia."
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Teen Fiction[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...