Bab 6

667 28 0
                                    

ALEXANDRA mengelap peluh dengan lengan baju. Dia mengeluh seraya berlari semula. Aria juga sama seperti Alexandra, berlari ke sana dan ke sini di dalam bilik rawatan.

"Aku baru nak berehat," rungut Aria sebelum memakai topeng muka dan sarung tangan getah.

Semalam kami baru sahaja balik daripada memantau sekolah lain. Pagi ini sudah dikerah tenaga, getus Aria.

"Masa kita nak bersenang-lenang la kerja pula datang. Bila kita sibuk, tak ada pula kerja menimbun macam ni," bebel Alexandra.

"Lebih cepat kita kaji sample ni, lebih cepat kita tahu keputusannya. Aku nak berehat sepuas-puasnya!" Aria menjerit sebelum memakai cermin mata khas. Alexandra pula memadankan beberapa imej yang kelihatan sama dengan gambar yang diterima pagi tadi.

Berkerut muka Alexandra apabila melihat imej yang sudah dipadankan. Dia menggaru kening yang tidak gatal, kemudian dia menggaru belakang telinga pula. Sungguh dia keliru! Dia berfikir seketika sebelum memetik jari.

"Aku tahu! Pinjam telefon kau sekejap."

Aria menjeling sekilas sebelum menyambung kerja yang tergendala. Aria hanya membiarkan Alexandra menggunakan telefon miliknya. Aria tiada masa untuk bertengkar. Bukannya dia tidak biasa telefon diambil tanpa kebenaran. Dia sudah lali dengan keadaan itu.

"Can you call the detective?"

"What do you want, Alexandra?" tanya seseorang yang membelakangi skrin iPhone.

"Aku ada masalah besar."

Orang yang membelakangi skrin terus berpusing sebelum menarik kerusi. Orang itu ialah Alicia. Mereka berdua saling berpandangan sebelum Alexandra mengalihkan pandangan.

"Mana Violet?" tanya Aria sebelum mendengus. Boleh pula meletup bahan kimia ni. Nasib baik meletup sedikit.

"Violet tolong Aurora. Kau macam tak tahu, Aurora dan Scarlet tak menang tangan mencari maklumat. Aku pula disuruh tinggal di sini untuk menyemak fail-fail maklumat para pelajar sekolah kita ni. Bosan..."

"Habis, aku dengan Alexandra menang tangan la?" tanya Aria bengang.

Tetapi memang betul apa yang dikatakan oleh Alicia. Peguam Guardian memang tak menang tangan semasa berlaku sesuatu kejadian termasuklah Detektif Guardian. Hanya mereka sahaja yang boleh bersantai ketika yang lain sibuk.

Alicia mengangkat bahu. Dia tidak mahu bertengkar gara-gara perkara remeh seperti ini.

"Apa masalah kau sebenarnya?" tanya Alicia selepas mencapai tiga peket biskut. Sekeping biskut diambil sebelum piring dibasuh dengan teliti.

"Apa kata kau datang sini, tengok imej yang aku berjaya padankan? Aku malas nak hantar melalui laman web. Menyusahkan. Banyak masalah yang akan timbul sekiranya berjaya dijejaki orang lain," bebel Alexandra.

Sementara menunggu Alexandra habis membebel, Alicia mengemas barang-barang penting serta barang peribadi sebelum dimasukkan ke dalam beg sandang. Alicia mencapai segugus kunci sebelum mencari sebatang kunci berwarna emas. Alicia mengunci pintu sebelum mengikat tali kasut sukan.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

Alicia kembali ke dunia realiti. Dia mengeluh sebelum memandang wajah bengang Alexandra yang terpampang di skrin telefon.

"Elakkan diri daripada bertembung senior dan Diva. Jaga diri, jangan singgah tempat lain dan lindungi dia selagi mampu."

"Hei, aku tak cakap macam tu tadi!"

Alicia menamatkan panggilan sebelum telefon disimpan ke dalam poket seluar.

"Memang kau tak cakap tapi dia yang cakap dalam mimpi aku. Seram betul aku dengan Is ni."

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now