Bab 7

560 24 0
                                    

GUARDIAN saling berpandangan apabila nama mereka diseru oleh penyampai radio pada pagi itu.

"Kita ada timbulkan masalah ke?" tanya Violet seraya menggigit sekeping biskut cip coklat. Sebalang biskut cip coklat dipeluk erat apabila Guardian tersengih memandangnya. Kepala digeleng laju tanda menidakkan perkara dalam fikiran mereka.

"Aku rasa tak sedap hati berkenaan pengumuman ni," ujar Aurora risau.

"Mari kita pergi. Nanti Madam J masuk, teruk kita kena. Denda dia menyeramkan aku," balas Alicia sebelum menyarung blazer putih.

Mereka berenam bangun sebelum menyandang beg di bahu kanan dan hoodie disangkut di lengan kiri. Beberapa keping fail dicapai lalu mereka segera melarikan diri.

"If she search for us, tell her we need to see principle and Madam F!"

"Okay!"

Tidak lama selepas Guardian pergi, tiga orang lelaki berpakaian pengawas mendekati Rachel. Gadis itu leka menulis sesuatu di atas buku.

"Hey, kiddo! Mana budak berenam tu?"

"Hah? Oh, Guardian? Pengetua dan Cikgu Faz mahu berjumpa dengan mereka. Kenapa abang tanya? Nak cari gaduh dengan mereka lagi ke?"

"Ayat kau menusuk hingga ke hati. Macam biasa la, macam kau tak tahu."

"Mana geng gedik kau? Ponteng kelas ke?"

"Aku bukan geng mereka lagi. Jadi berhenti panggil aku Rachel Diva," ujar Rachel sebelum menghalau tiga orang jejaka itu beredar.

"Aku harap mereka tak kacau Guardian. Aku ada firasat tak baik tentang pengumuman tadi."

"Kan. Lebih baik kau buat kerja kau daripada kau ajak aku bergosip. Nak juga ajak aku buka kedai kopi dekat sini," sindir Rachel sebelum menulis karangan semula.

"Aku juga yang kena."

"Diamlah kau." Jejaka itu menjongketkan bahu sebelum menoleh ke hadapan, menghadap laptop.

■ ■ ■ ■

SCARLET mengetuk pintu kayu sebelum suara garau membenarkan mereka masuk.

"Can we come in, father?" tanya Scarlet tenang. Tangan digenggam erat.

"Yes! Please come in, Guardian!"

Guardian melangkah masuk sebelum duduk di sofa yang disediakan. Mereka duduk saling menghadap dengan pengetua dan Madam F duduk di sebelah kanan dan kiri mereka.

"Kami ada buat kesilapan ke semasa misi yang lalu?" tanya Alexandra hairan. Pelik juga apabila melihat wajah Madam F serius. Jarang-jarang Madam F dalam mood serius.

"Girls. First, we want to apologise because this news will break your heart."

Guardian tercengang. Jantung mereka berdegup laju. Adakah ini berita yang muncul dalam mimpi mereka?

"What is it? There are two news, right? Bad one and good one," tanya Aria dengan terketar-ketar. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Looks like you dreams about it last night," ujar pengetua perlahan.

"Sorry!" Guardian memandang tajam tiga orang jejaka yang masuk tanpa mengetuk pintu.

"Where your manners, boys?" tanya Alicia dan Aurora bengang.

"Tak berkaitan dengan kau," balas abang Rachel.

"Stop argued kids!" marah Madam F. Tiga orang jejaka menikus memandang lantai.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now