Bab 15

402 19 0
                                    

TIGA orang jejaka saling berpandangan apabila mereka diperhati oleh lima orang pelajar private school selama beberapa minit.

"Macam mana dia boleh ditangkap?" tanya Scarlet selepas beberapa minit keadaan menjadi tegang.

"Kau tanya la dia sendiri nanti," balas Irfan tenang. Memang mudah, tetapi mereka akan tanya ke?

Aurora mendengus sebelum meneguk air rakus. Wajah Khai yang cedera ditatap sekilas.

"Siapa tahu kau ada dekat sini?" tanya Aurora perlahan.

"Semua orang tak tahu tetapi..."

"Apa dia?" Semua orang terpaksa menekup telinga apabila dua orang gadis bertanya serentak.

"Tak payah menjerit," tegur Aizu bengang. Sudahlah kepalanya sakit, bertambah sakit dengan jeritan Scarlet dan Aurora.

"Paksa dia baring." Leo membaringkan Aizu secara paksa. Kedua-dua belah bahu Aizu dicengkam oleh Hunter dan Drake. Kepala Aizu diteleng ke tepi.

Rontaan Aizu diendahkan. Seketul ais batu sederhana besar dibungkus sebelum ditekap di belakang kepala Aizu. Erangan diabaikan, sakit kepala jejaka itu perlu dikurangkan sebelum luka dirawat.

"Aurora, bagi aku iodin. Jangan lupa rawat yang lain, Leo." Leo menurut arahan tanpa merungut dan itu mendatangkan tanda tanya kepada Khai.

"Kau siapa?" Pergerakan Scarlet terhenti sebelum dia menyerahkan kain berisi ais batu kepada Drake.

"Aku ke? Aku Miku Scarlet Zaver. Ahli Guardian merangkap peguam di Private Victory High School."

"Kau dari Akademi Heart, kan? Kenapa tiba-tiba Akademi Victory pula?" tanya Khai lagi. Hunter menyingsing lengan kemeja sehingga ke siku.

"Hunter..." panggil Aurora meleret apabila ada tanda-tanda jejaka itu mahu membelasah Khai.

"Mereka memang dari sana dan berpindah ke sekolah kami seminggu yang lalu. Puas?" terang Hunter sebelum menghentak meja di hadapan Khai. Terkedu Khai dibuatnya.

"Please behave Xio," tegur Aurora lembut. Naik pening kepala apabila Hunter tiba-tiba naik angin.

Hunter mendengus sebelum bertukar tempat dengan Drake. Irfan tahu apa yang Hunter rasa berdasarkan pandangan yang dilemparkan.

"Lei non è la tua ragazza, quindi non essere arrabbiato," tegur Irfan dalam nada berbisik. Hunter memandang Irfan lama.

"Jangan bercakap dalam Bahasa Itali la," tegur Scarlet bengang. Entah siapa yang Irfan maksudkan. Tahu dek Alexandra, habis.

"Hehehe..." balas Irfan sebelum memandang Hunter yang memalingkan kepala.

"Lelaki itu ialah teman lelakinya. Enam orang gadis terpaksa berkelakuan seperti mereka sudah pergi kerana tidak mahu menyusahkan keluarga mereka. Itu sebabnya mereka datang ke sini sebelum berpecah kepada tiga kumpulan." Hunter memandang Irfan yang mengukir senyuman.

"Why you told me, Irfan?"

"Your face show everything. You like her but you can't confess because the rules."

Irfan dan Hunter mengurut kepala sebelum berpaling ke sisi. Air liur ditelan perlahan apabila melihat Scarlet melambung-lambung kit kecemasan sambil memandang mereka berdua tajam. Leo memandang kain kasa yang dibaling oleh Aurora.

Nasib baik dia tak baling ais sekali, getus Leo.

"I hope she is here. I don't know what to do. Both of you make me sick!" marah Scarlet sebelum menyerahkan kit kecemasan kepada Khai. Dia berlalu ke bilik air kerana mahu membasuh tangan.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now