Bab 14

431 23 5
                                    

SCARLET menongkat dagu menadah telinga mendengar Aurora membebel. Keyboard ditekan sekali-sekala sambil matanya memandang Aurora yang duduk bersila di hadapannya.

"Bila kita boleh balik?" Scarlet berhenti menaip dan memandang Aurora lama. Rasanya ini kali ke-150 soalan ini diulang selama seminggu.

"Berhenti bertanya, wahai Tengku Safina Shania. Nak bernanah telinga aku dengar kau tanya berulang kali. Kan doktor dah kata, kalau kita jaga pemakanan dan makan ubat ikut waktu kita boleh keluar awal." Scarlet sambung menaip laporan yang terbengkalai sejak seminggu yang lalu.

"Pergi duduk dekat katil kau. Aku nak lunjur kaki pun tak boleh," halau Scarlet tanpa berselindung.

"Kedekut," gumam Aurora. Scarlet mengendahkan rungutan Aurora kerana laporan ini lebih menarik minatnya daripada bergaduh.

"Aku rasa dah lama kakak kita tak telefon, kan? Aku nak tahu siapa orang kanan Saf. Mana tahu boleh jadi abang ipar," ujar Aurora bosan.

"Si Is nak campak mana? Kau jangan macam-macam, eh? Tak pasal-pasal kau, eh salah. Kita kena silat dengan Saf. Kau punya rancangan, aku terpalit sama. Kau jangan..." tegur Scarlet bengang.

Mereka pernah mengatur blind date antara Alicia dan seorang pelajar lelaki yang meminati Alicia sejak mereka menjejakkan di Private Victory High School. Apabila Alicia dapat tahu, mereka berdua disuruh berendam dalam kolam renang selama tiga jam manakala lelaki itu dibebel oleh tiga orang ahli Guardian selama tiga jam.

"Aku serik nak turut serta dalam rancangan gila kau," sambung Scarlet selepas memori tahun lepas terlayar di depan mata.

"Bukan selalu dapat sakat dia," balas Aurora sebelum membelek wajah. Kesan parut di atas kening hampir tidak kelihatan. Begitu juga dengan parut di hidung.

"Kesian muka aku yang flawless ni," rungut Aurora sebelum meletakkan cermin di atas meja. Scarlet menggelengkan kepala sebelum tangannya menyentuh parut di mata kiri. Nasib baik dia tidak buta sebelah mata.

"Kau rasa Syaz dah boleh bergerak ke? Abdomen dia tercedera, aku rasa dia kena tahan wad lebih lama," ujar Aurora sebelum merebahkan badan.

"Hmm... tak tahu la. Ira dengan Mira pula macam mana? Mereka lagi teruk. Hari pertama dah masuk bilik rawatan. Sepupu siapa la yang gengster sangat tu?" bebel Scarlet sebelum memandang Aurora.

"Sepupu kita," balas Aurora tanpa suara.

"Hmm..." Scarlet memandang skrin telefon yang bercahaya secara tiba-tiba. Sudah seminggu dia tidak mendengar suara jejaka itu. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua atau sebaliknya.

"Aku sarankan kau jangan telefon dia sehingga kita sembuh sepenuhnya." Scarlet melemparkan pandangan sakit hati. Macam mana dia tahu walaupun tidak menoleh?

"Kau pandang telefon bagai nak tembus. Kalau orang lain tengok, mesti sangka kau patah hati. Siap mengalir air mata lagi bila scroll gambar dia. Aku kenal kau bukan hari ini, aku dah kenal kau sejak kita kecil lagi. Kau boleh bertahan selama dua tahun ni dan kenapa tidak dua tahun lagi?"

Scarlet mengeluh dalam diam. Dia setuju dengan ayat terakhir Aurora. Namun ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Kita balik sana sekejap, boleh tak?" Aurora mengalihkan pandangan apabila ayat itu keluar dari mulut Scarlet.

"Kau gila! Treatment kita tak habis lagi!" bentak Aurora sebelum memalingkan muka.

"Sekejap je, dalam dua tiga hari. Lepas tu kita balik sini semula," pujuk Scarlet bersungguh-sungguh.

"Kau tak rindu keluarga kita ke, Sha? Aku rindu sangat. Dalam masa dua tahun apa-apa boleh jadi dekat kita dan mereka. Kita ajak la Rachel sekali," tokok Scarlet.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now