"TENGKU Airin Alyana, the last heir of Cousin Princess and Evil Cp. Jaga diri kau dan kami nak sangat tengok kau berhijab."
Seorang gadis terbangun daripada tidur. Dia mengelap air mata di pipi.
"Apa semua ni? Kenapa aku menangis? Kenapa aku mimpi mereka?"
Pintu dirempuh lalu beberapa orang gadis sebayanya masuk.
"Kau okay tak?" tanya Tisya. Dia membelek badan Airin jika gadis itu terluka.
"Aku dengar kau menjerit tadi," kata Raisya pula.
"Kau mimpi apa? Kau mimpi buruk ke? Kau tak basuh kaki ke semalam?" bebel Risya.
"Ak... aku mimpi mereka. Aku mimpi arwah Cousin Princess. Aku nampak apa yang berlaku. Cara mereka berlawan, cara mereka bercakap dan gerak geri mereka. Aku dengar suara mereka, aku cuba memeluk mereka tetapi aku tak boleh. Ak... ak... ak..."
Air mata diseka namun tidak mampu menghalang daripada mengalir lagi.
"Sabar, ini semua mainan syaitan. Kau sendiri nampak mereka pergi, kan?" ujar Faryana. Airin tidak membalas sebaliknya Faryana dipeluk erat.
Aku yakin ini semua bukan mimpi. Aku rasa mereia hidup lagi. Aku akan tunggu kau orang munculkan diri. Aku tak kisah andai kau orang muncul 10 atau 15 tahun lagi, aku akan tetap tunggu kau orang pulang, getus Airin dalam hati.
"Sudah. Bangun, mandi dan turun bawah tolong aku siapkan sarapan," arah Faryana.
"Garangnya..." kata mereka berempat perlahan apabila Faryana menutup pintu.
"Pergi mandi!! Jangan mengumpat pasal aku!!"
"Alamak, dia dengarlah."
Mereka bertiga segera keluar dari bilik Airin dan menuju ke bilik mereka dengan segera. Airin hanya ketawa.
"Tengku Airin Alyana! Pergi mandi!!"
"Baik mak tiri..." balas Airin perlahan seraya mencapai tuala.
"Airinn!!"
"Ya! Ya! Nak mandi la ni!"
"Tak menyabar betul orang tua ni..." kutuk Airin apabila dia berada di bawah shower.
Mereka berlima free hair. Mereka selalu memakai hoodie untuk menutup rambut mereka. Rambut mereka cantik dan beralun tetapi tidak boleh mengalahkan rambut Airin yang unik.
■ ■ ■ ■
"Aku mimpi pelik..." kata Scarlet.
"Apa dia?" tanya Aurora tanpa memandang Scarley. Dia membalut luka-luka di lengannya.
"Jangan kau mimpi pelik-pelik sudahlah," kata Aria.
"Aku mimpi dia."
Mereka berlima memandang Scarlet serentak.
"Apa?"
"Tak payah menjerit serentak. Pekak telinga aku!" marah Scarlet.
"Kau mimpi apa?" tanya Violet selepas selesai menghidangkan sarapan.
"Aku nampak masa depan Airin. Aku stalk instagram Airin semalam. Dia free hair. Aku nampak Royalz ada bersama dia. Kita akan lawan mereka dalam acara yang kita serta nantii."
"Siapa Royalz?" tanya Aria dengan muka blur.
"Kau pergi dekat google. Kemudian, kau taip nama Dancer High School. Selepas itu, kau tekan dengan satu laman web yang tertulis Royalz membanggakan Dancer High School," bebel Alicia.
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Подростковая литература[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...