Bab 20

334 15 0
                                    

HAKIM termenung jauh. Irfan menarik nafas sebelum menghampiri Hakim dan Aizu.

"Kau nak apa?" Irfan menutup mulut agar dia tidak menjerit. Irfan dan Aizu saling berpandangan.

"Kau kenapa? Termenung je? Kau ada masalah ke?" soal Aizu sebelum memakai jam. Hakim mengeluh sebelum mendongak melihat langit.

"Aku bermimpi. Aku mimpi Syaz. Syaz cuba selamatkan aku tetapi dia tak berjaya."

Mereka berdua saling berpandangan sebelum Irfan menoleh ke belakang. Violet menghampiri mereka sebelum duduk di sebelah Irfan.

"Kadang-kala, mimpi tu tak betul. Kau tak payah fikirkan sangat," balas Violet sebelum menyarung kerudung. Hari ini, mereka berdua ada misi dan kemungkinan identiti terbongkar tinggi.

"Rindu seseorang yang 'sudah tiada' memang perit, tapi kau kena redha. Kalau aku jodoh kau, larilah ke hujung dunia sekalipun, kita tetap akan berjumpa." Ayat terakhir Violet berbisik dan tidak didengari mereka bertiga.

"Aku kena bersiap. Alice dan aku ada misi. Jangan merayap tanpa Nik dan Drake, faham?" kata Violet sebelum memakai topeng. Hanya hidung dan bibir saja kelihatan. Hakim tidak berkelip melihat Violet. Dia seperti pernah melihat pakaian Violet dalam telefon Syaz.

"Kau reka sendiri ke baju tu?" Violet mengambil kunci superbike sebelum memandang Hakim.

"Seseorang reka untuk aku sebenarnya. Tetapi malangnya, dia tak sempat nak tengok hasil rekaan dia. Aku gerak dulu." Violet mengukir senyuman nipis selepas memalingkan badan. Alicia yang mengeliat di tepi superbike ditepuk perlahan.

"Kalaulah kau ingat," gumam Violet.

"Jom." Alicia menyarung helmet sebelum memandang Irfan sekilas.

Mereka bertiga menghantar Guardian melalui pandangan sebelum mereka hilang daripada pandangan.

"Cantik superbike mereka, tapi aku rasa macam pernah tengoklah sebelum ni," ujar Aizu sebelum menggaru kepala.

"Mungkin dalam mimpi," balas Irfan sebelum menggigit sekeping roti.

Memanglah kau pernah tengok, tapi itu dulu, getus Irfan.

Nik dan Airin saling berpandangan apabila Boyz termenung jauh dan tidak menyedari kehadiran mereka berdua.

"Kau bertiga dah kenapa?" soal Nik sebelum mencapai sekeping roti. Boyz tersentak sebelum memandang Nik.

"Bila kau datang?" Airin menggelengkan kepala mendengar soalan Hakim. Sah, memang mereka berangan.

"Baru saja tadi. Mereka berdua dah lama pergi ke?" tanya Airin walaupun dia tahu.

"10 minit yang lepas mereka gerak. Mereka memang selalu selesaikan misi ke? Kenapa mereka selalu pakai kerudung?"

"Satu-satu ye Aizu. Kerudung yang mereka pakai jika ada misi sangat bermakna bagi mereka. Itu membuatkan mereka akan lebih bersemangat untuk selesaikan misi. Itu apa yang Drake beritahu aku."

"Jom kita..." Mereka berlima tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

■ ■ ■ ■

HAKIM, Nik dan Airin menjerit kesakitan apabila mereka disimbah dengan air perahan lemon.

"Sakitlah!" jerit Airin apabila dia ditampar sebanyak dua kali. Airin mengetap gigi agar dia tidak hilang kawalan.

Jangan keluar, jangan keluar. Kita dah janji dengan mereka jangan belasah orang, getus Airin.

"Apa kau nak?" tanya Hakim perlahan. Darah yang membasahi wajahnya menyukarkan dia melihat dengan jelas. Tambahan pula, dia kehilangan banyak darah.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now