Bab 27

92 11 2
                                    

"THERE is something wrong here," bisik Aurora sambil memerhati kelakuan Miss Airis dari belakang Scarlet.

"Aku yang salah pandang atau Miss Airis seperti ada kaitan dengan kes yang father cakap?" tanya Alexandra sambil menongkat dagu.

"Kids! The rules are different. They call me just now you inform me about the rules. But they also asked me to call you, Lawyer Guardian. You need to set the rules. That means you makes and break the rules."

"Apa punya peraturan pertandingan macam tu?" bantah empat orang ahli Guardian serentak.

"Pihak penganjur memang nak kita kena kecam ke apa?" marah Aurora.

"Nampaknya, mereka seperti sengaja memaksa kita untuk membuat keputusan kerana mereka tahu kita kekurangan ahli buat sementara waktu," balas Aria geram.

"Agenda tersembunyi, adakah mereka ingin membalas dendam?" gumam Miss Airis.

"Kita tak boleh ganggu mereka berdua. Kita sendiri tahu apa akan berlaku kalau mereka bekerja dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Buntu betul," luah Scarlet sebelum meletakkan tangan di atas meja.

"Aku tak rasa mereka akan biarkan kita selesaikan masalah ni berempat," ujar Alexandra.

"Apa maksud kau?" tanya Aria pelik. Dia turut merasakan ada seseorang berdiri di belakang.

Alexandra menunjuk gerangan yang berdiri di belakang Aurora dan Aria.

"Tak akan sampai sini mereka dipaksa tolong kita. Nampak sangat kena ugut dengan detektif kita." Scarlet menongkat dagu memandang wajah seorang demi seorang. Cukup enam orang orang kanan mereka.

"Sebenarnya, bukan Violet mahupun Alicia yang hantar kami tetapi orang lain. Kau kenal siapa dia," kata Drake sebeum mengeluh apabila memandang wajah terpinga-pinga lima orang rakannya.

Hunter menyiku lengan Drake meminta penjelasan.

"Jangan cakap dengan aku yang orang lain tahu identiti kau." Alexandra bangun sebelum berjalan menghampiri Drake. Kolar baju jejaka itu dicengkam sebelum ditarik ke depan perlahan.

"Aku yang panggil mereka untuk tolong." Semua mata mengalihkan pandangan ke arah pintu pejabat pengetua.

"Rachel..."

"Kau orang perlukan bantuan mereka. Aku baru dapat tahu yang Diva sebenarnya pura-pura terlibat dalam masalah. Mereka sedang merancang sesuatu tapi aku tak tahu apa rancangan mereka."

"Rachel. Jangan libatkan diri kau dalam hal ini. Kau sendiri tahu siapa kami dan betapa berbahayanya kami. Kau dah nampak apa yang berlaku kalau ada orang cari masalah dengan kami depan mata kau."

Aurora melarang Rachel daripada menyertai rancangan mereka. Dia juga turut merasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

"We need to discuss this. Just us," kata Aria tegas. Dia tidak tahu tetapi firasat dia menyatakan bahawa Miss Airis orang yang perlu mereka elak.

"Go to your room then. Your private room has everything that you want to use," ujar Madam F sebelum membuka pintu pejabat.

Selepas mereka keluar, Madam F menumpukan perhatian kepada Miss Airis.

"Sudah lama kita tidak berjumpa, Airis atau saya patut panggil awak Miss A. Ada sesuatu yang berlaku ke sehingga awak datang ke sini?" tanya Madam F hairan.

Sejak Airis menamatkan pengajiannya beberapa tahun yang lalu, sukar untuk menghubungi gadis itu. Namun, kebiasaannya gadis itu akan muncul secara tiba-tiba.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now