IRFAN melemparkan pandangan ke televisyen. Wajah diraup kasar sebelum meja di hadapan dihentak.
"Bagitahu aku sebab kenapa kita mesti tolak pertolongan Guardian?" jerkah Irfan apabila Hakim dan Aizu mengangkat muka memandangnya.
"Kes ini berlaku dalam sekolah kita. Bukannya dekat sana. Kau nak orang kata kita tak pandai jalankan tugas ke?" bidas Aizu lalu meraup rambut ke belakang.
"Kau nak orang pandang serong terhadap kebolehan kita?" Hakim mengusutkan rambut selepas membalas pertanyaan Irfan. Walaupun Irfan menengking mereka, Irfan masih ketua mereka.
"Mereka nak datang sini untuk perlawanan persahabatan selain menolong kita menyelesaikan kes Royalz. Tak boleh ke kau bagi mereka peluang?" tanya Irfan bengang.
Apa aku patut bagitahu mereka? Mereka mesti kecewa, getus Irfan.
"Kau sendiri cakap mereka ada sisi lain. Kau nak ke semasa mereka menyiasat, mereka bertukar menjadi orang lain dan cederakan sesiapa?" tanya Hakim tenang.
Irfan melepaskan keluhan sebelum telefon di dalam poket kemeja dikeluarkan. Satu nombor didail pantas.
"Hello, this is Private Victory High School. What can I help you?"
"I want to talk about Guardian. Can you tell Madam F. I want talk to her about them."
"I am Madam F and who are you?"
"I am Tengku Irfan and we need to discuss."
"Kamu rupanya. Cakaplah, macam hal serius je."
"Boleh tak tangguhkan kedatangan mereka ke sini? Kami boleh selesaikan kes dia tanpa bantuan mereka. Lagipun, saya mahu mereka fokus terhadap rawatan mereka."
"Mereka tentu akan sedih apabila mendengar berita ini. Baiklah, hari ini saya akan bagitahu mereka tentang berita ini."
"Maaf kerana menganggu masa madam berehat."
"Tidak mengapa."
Selepas berbual selepas beberapa minit, Irfan menamatkan panggilan.
"Kau nak pergi mana?" tanya Aizu hairan. Dia membawa semangkuk bubur untuk dimakan di meja ruang tamu peribadi.
"Aku nak pergi tengok video di bilik tayang. Terpulanglah kau nak tengok atau tidak."
"Nak ikut!" jerit Hakim dari dalam bilik. Irfan dan Aizu saling berpandangan.
"Aku tak sangka dia dengar."
"Kan."
Semasa mereka berdua menaiki tangga, deringan telefon mematikan langkah yang diatur. Mereka berdua saling berpandangan sebelum pintu bilik Hakim dibuka.
"Sekarang ke? Baiklah, nanti Hakim datang dengan mereka."
"Ibu suruh balik rumah sekarang. Ibu kata ibu buat makan-makan sikit. Lauk kegemaran kita pun ada sekali."
Mereka berdua menukar laluan ke bilik masing-masing. Irfan menukar baju sebelum menyarung sehelai hoodie putih tanpa lengan. Irfan mencapai topi kelabu lalu dipakai.
Aizu pula menyarung hoodie biru tanpa lengan. Bandana putih dicapai lalu dipakai segera. Kunci motosikal dicapai sebelum mereka menutup pintu bilik. Hakim sudah terpacak di luar menunggu mereka berdua bersiap.
"Lambat."
"Diamlah kau!"
■ ■ ■ ■
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Teen Fiction[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...