Bab 23

332 15 2
                                    

ARIA mengeliat selepas menyiram pokok bunga. Alexandra tertidur sementara menunggu Aria selesai menyiram pokok bunga yang ditanam oleh seseorang. Sebelum Subuh seseorang menghantar mesej menyuruhnya menyiram pokok bunga dan dibayar gaji yang agak mahal.

"Buat kerja senang, gaji besar. Kaya aku kalau macam ni setiap hari," gumam Aria sebelum menoleh.

Kepala digeleng melihat Alexandra nyenyak tidur berbantalkan lengan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Mira!!" Alexandra mengeliat sebelum menggosok mata. Matanya meliar mencari gerangan yang menganggu tidurnya.

Nak lelap sekejap pun tak senang, getus Alexandra.

"Jangan mengata aku Mira. Jangan ingat aku tak tahu apa kau bebel," bebel Aria tanpa memandang. Alexandra menoleh sebelum membuat muka.

Payah betul dapat sepupu pembaca minda ni, getus Alexandra.

"Princess, jom pergi sekolah." Fuhaid meletakkan bekal makanan Aria dan Alexandra di atas meja. Hazieq dan Ashraff menyandang beg sambil menghampiri mereka bertiga.

"Mana Aryyan?" Aria bertanya dari jauh apabila kelibat Rayyan tidak kelihatan sejak pagi.

"Dia kena jumpa pengetua, katanya ada urusan yang perlu diselesaikan," balas Haidar.

Dua gugus kunci yang berada di tangan Haidar diambil sebelum ditelek. Segugus kunci milik Aria dibaling.

"Aria!"

Aria mendengus apabila Alexandra membaling segugus kunci ke arahnya.

"Kalau kunci jatuh dalam kolam, aku tolak kau. Kau ambil balik kunci tu."

Alexandra menjelirkan lidah sebelum ketawa.

"Bila masa superbikes ni ada dekat sini? Aku rasa masa kita balik jog pagi tadi tak ada," ujar Ashraff sebelum menggaru kepala. Dua buah superbikes yang agak asing dipandang lama.

"My baby boo!!" Alexandra menjerit sambil berjalan mendekati superbike kesayangan. Dah lama tak berjumpa kerana superbikes mereka masuk bengkel.

"Seriuslah princess?" tanya Hazieq. Mereka berempat saling berpandangan. Akak misteri tak kata pula Healer Guardian ada superbikes.

"Kami gerak dulu!!" Mereka berempat terbatuk-batuk selepas Healer Guardian beredar.

"Tak apa ke kau orang tak pergi sekolah bersama mereka?" tanya Hazieq sebelum menoleh memandang Haidar dan Fuhaid.

"Kalau sesuatu berlaku, aku akan beritahu . Jom gerak. Nanti mereka syak kita ada agenda lain," ajak Ashraff sebelum menepuk bahu Hazieq perlahan.

"Betul ke apa yang kita buat ni?" tanya Haidar sambil menaiki tangga. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket kerudung.

"Ini saja cara yang ada untuk merungkaikan persoalan kita. Nak tanya mereka? Kau fikir mereka akan jawab ke? Memang tak la. Pakai sarung tangan dulu dan jangan tinggalkan sebarang jejak."

Mereka berdua menarik nafas sebelum membuka pintu bilik Healer Guardian.

"Aku tak yakin kita dapat cari maklumat yang kita nak."

"Aku setuju. Banyak betul fail mereka."

■ ■ ■ ■

MEREKA berdua saling berpandangan sebelum memandang Aryyan. Aryyan berpeluk tubuh sambil memandang Aria. Alexandra menggaru pipi apabila dia melihat pandangan yang Arryan berikan.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now