Bab 5

868 46 17
                                    

"KAK Arin!"

Airin yang baru sahaja ingin mengambil sebiji kek cawan coklat, menoleh memandang gerangan yang menyeru namanya.

"Pengetua panggil akak Royalz."

"Terima kasih Nana."

"Datang lagi!" gurau Royalz sebelum ketawa.

Siapa sangka di sebalik perangai tak semenggah, mereka ramah dengan para pelajar termasuklah pekerja-pekerja kantin.

"Kenapa pengetua nak jumpa kita?" soal Royalz serentak. Mereka berempat mengangkat bahu.

"Royalz!!!"

"Alamak... Cabut!"

Mereka melarikan diri melalui pintu belakang.

"Mereka terlepas pula!" rungut seseorang sebelum menendang sebuah kerusi.

■ ■ ■ ■

"AIRIN ialah..."

Pintu dirempuh lalu beberapa orang pelajar tersungkur berhampiran meja pengetua. Semua mata memandang mereka berlima.

"Apa nak jadi dengan kamu berlima ni?" tanya Pengetua Dancer High School sebelum menggelengkan kepala. Royalz tersengih sebelum bangun.

"Siapa Airin?" tanya seorang pelajar lelaki di hadapan Irfan.

"Aku, Airin. Kenapa?" tanya Airin sebelum menguak rambut yang menutupi sebelah mata.

"Nothing..." Pelajar lelaki itu menggelengkan kepala.

"Cantik," pujinya tanpa suara. Airin mendengus apabila tidak mendengar apa yang diucapkan oleh jejaka itu.

"Tengku Airin. Tengku Raisya. Tengku Risya. Tengku Faryana. Tengku Tisya."

Royalz saling berpandangan sebelum menundukkan kepala. Mereka tahu apa akan berlaku sekiranya nama penuh diseru.

"Kenapa kamu pergi pancitkan tayar anak-anak Dato? Ada jawapan untuk membela diri?" tanya Pengetua International High School seraya memeluk tubuh.

"Sebenarnya..." kata Tisya perlahan.

"Apa masalah kamu sebenarnya? Kenapa kamu semakin nakal? Saya terima banyak laporan disiplin tentang kamu!" sergah guru disiplin iaitu Cikgu Haz di hadapan Airin.

Terhenjut bahu empat orang pengetua serta beberapa orang pelajar di dalam bilik itu. Air mata mulai bergenang sebelum air mata mulai turun dengan laju. Namun, tiada esakan yang keluar dari mulut Airin.

"Marah sikit menangis! Marah sikit merajuk!" tengking Cikgu Haz.

Cikgu Haz dijeling oleh Pengetua Elite High School. Pengetua Music High School memeluk Airin dengan erat. Esakan mula kedengaran. Airin menangis semahu-mahunya dalam pelukan ibunya.

"Ibu... Arin rindu kakak..." kata Airin diselangi dengan esakan.

"Arin nak Kak Syaz dengan Kak Wani..." rengek Airin dalam pelukan Pengetua Music High School.

"Mereka akan kembali ke pangkuan kamu, sama ada cepat atau lambat. Kamu kuat. Ibu tahu kamu tidak akan buat masalah tanpa sebab. Sekarang, bagitahu ibu kenapa kamu pancitkan tayar kumpulan diva?" pujuk Pengetua Music High School sambil menepuk belakang Airin perlahan. Airin tidak memberikan jawapan sebaliknya dia mendiamkan diri.

"Cikgu sepatutnya tidak menengking dia! Walaupun cikgu ialah bapa saudara kepada salah seorang ahli kumpulan diva, cikgu sepatutnya siasat terlebih dahulu. Bukannya menuduh, menghina dan menengking dia!" kata Irfan dengan geram. Dia dapat merasakan kesakitan Airin. Airin tidak pernah ditengking dan disakiti oleh sesiapa. Airin telah diamanahkan kepada Irfan untuk dilindungi.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now