Bab 2

1.1K 58 6
                                    

SALAM diberi sebelum pintu ditutup perlahan.

"Akhirnya, dapat juga kita berehat," kata Aurora. Gadis itu mencapai sekeping biskut di dalam balang sebelum digigit perlahan.

Guardian hanya mampu menarik nafas lega. Lelah terus hilang apabila pulang ke rumah.

"Susah juga, kan."

"Susah? Apa maksud kau, Aria?" tanya Violet sebelum merebahkan badan atas sofa berwarna hitam.

Tulang aku berbunyi seperti patah seribu, getus Violet.

"Ya la, kita berenam daripada tiga unit yang berbeza. Kali ini, nasib baik kita bertugas dalam satu kumpulan."

"Haah kan. Tunggu sekejap. Kita ada kerja sekolah tak?" tanya Scarlet.

"Rasanya ada tapi kau faham-faham sendiri je la. Madam J mesti tak bagi budak kelas kita beri kita nota. Banyak kali juga kita kena denda buat push-up. Nasib baik tak kena merit," ujar Alicia.

"Rasa macam askar pula kena buat push-up. Kaki aku pun tak tak larat nak menampung badan aku. Nak tidur satu hari rasanya," gumam Alicia.

Alexandra pula entah hilang ke mana. Katanya dia perlu mencari sesuatu di biliknya di tingkat atas.

"Wei, kita ada masalah!!" jerit Alexandra sebelum berlari menuruni anak tangga dengan laju. Dia memegang laptop menggunakan tangan kiri, sebelah tangan lagi menggenggam sehelai kertas.

Guardian memandang antara satu sama lain sebelum mengeluh.

"Masalah apa lagi kali ni?" tanya mereka berlima.

"Entah la tapi yang pasti Amy buat hal. Kita kena pergi ke markas dengan segera."

"Pergi malam nanti tak boleh ke?" tanya Scarlet dengan muka sedih.

Aku nak rehat!! Dari pagi tadi sampai la pukul dua, kami berlari sana sini untuk menyelesaikan satu kes.

"Tak boleh. Madam F kata kita kena pergi dengan segera."

"Kalau lambat 0.10 saat?" tanya Aurora. Dia cuba membuang masa dengan bertanya soalan yang dia tahu jawapannya.

"Amy dan kumpulan dia dalam masalah besar."

Ketawa mereka meletus. Mereka dapat bayangkan apa yang terjadi. Mereka nampak sahaja baik tetapi bila dah kenal, perangai macam budak nakal. Serupa tak payah kenal.

"Padan muka dia. Suka menyusahkan orang. Bila dalam kesusahan siapa jadi mangsa? Kita la penyelamat mereka. Itu pun tak sedar diri. Kalau aku bagi kaki lepas kita selamatkan mereka boleh tak? Nak lepaskan gian la. Dah lama tak belasah orang sejak kita kena gantung," sindir Alicia.

Dia sudah merancang aktiviti untuk menyeksa Amy dan kumpulannya. Kerana mereka, Queen hilang kepercayaan Madam Q, iaitu pelatih mereka.

"Aku akan pastikan semuanya terbalas," kata Aria sebelum menumbuk angin.

"Jom la simpan barang. Dalam pukul lima nanti kita gerak," kata Violet.

■ ■ ■ ■

RUANG tamu bersepah dengan barang-barang yang ingin dibawa ke markas.

"Unit lawyer is ready."

"Unit healer ready."

"Unit detective always ready."

Mereka berdua dijeling sebelum kepala mereka disekeh.

"It's hurt!!" jerit Violet dan Alicia. Kepala diurut perlahan sebelum mereka berempat ketawa melihat wajah cemberut dua orang detektif.

"Selalu bersedia konon. Boleh jalan la," bidas Aurora.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now