Bab 29

161 7 0
                                    

SINARAN mentari menyinari kawasan tersebut. Lapan orang jejaka makan di balkoni sementara Guardian berada di tingkat bawah tanah.

"Tak sangka kita kena halau duduk dekat sini. Mereka ada rahsia ke sampai menghalau kita makan dekat sini?" bebel Hazieq sebelum mencapai cawan di hadapannya.

"Mungkin mereka perlukan ruang. Lebih baik kita jangan ganggu mereka," balas Hunter sebelum mengalihkan pandangan ke kanan dan memandang langit.

Sebenarnya dia juga tertanya-tanya kenapa mereka disuruh makan di sini walaupun meja makan ada di tingkat satu.

"Kalau aku tak silap dengar, minggu depan Violet dan Alicia akan datang sini dan kita akan diheret teman mereka berenam beli belah."

Tujuh pasang mata memandang Leo selepas jejaka itu selesai berbicara. Mereka mengeluh kerana membayangkan betapa lamanya Guardian akan memilih barang-barang.

"Tolonglah jangan. Aku tak rasa yang aku boleh berjalan dalam masa yang lama. Kaki aku tak sembuh lagi," rungut Ashraff. Mereka pernah merasa kerana Miss A pernah memaksa mereka menemani dia membeli barang.

"Kenapa kau diam je, Nik?" tegur Haidar perlahan. Nik tersentak sebelum memandang Haidar.

"Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam ada orang perhatikan Guardian daripada jauh. Aku tak tahu sama ada betul atau tidak. Aku tak rasa orang tu akan mendatangkan masalah kepada mereka."

Haidar mengangguk kerana dia lega ada orang lain turut rasakan apa yang dia rasa. Dia memberitahu tentang hal itu kepada Miss A pagi tadi tetapi Miss A hanya mengatakan bahawa tiada apa yang perlu dia risaukan.

"Semalam dekat bilik pengetua, Miss A ada sekali ke? Sebab aku nampak macam dia je."

Mereka saling berpandangan. Mereka teringat semula kejadian yang pernah menimpa mereka.

■ ■ ■ ■

DRAKE membuka mata selepas kain yang menutup matanya terlerai dengan sendiri. Di hadapannya terdapat tujuh orang jejaka yang dia agak mungkin sebaya dengannya. Dia tidak tahu apa motif dirinya dan tujuh orang jejaka yang lain diculik.

"Who are you? Why you are here? Did you have a problem with them?" tanya Leo bertubi-tubi selepas menyedari kehadiran Drake.

Hunter menyepak kerusi Leo tanda menyuruh kawannya memperlahankan suara.

"Slow down your voice, King. They can hear you," tegur Hunter geram. Rasa mahu disekeh kepala jejaka itu.

Sementara mereka berdua bergaduh, mata Drake meliar melihat keadaan sekeliling. Kelihatan seperti rumah yang dijaga dengan rapi. Sebuah potret dipandang lama. Rasanya dia pernah melihat gerangan di dalam potret tersebut.

"Can I ask you something?" Drake, Leo dan Hunter mengalihkan pandangan apabila ada suara lain berbicara.

"If I guess right, maybe we were kidnaping because of something that person did not want people knew about it?"

Mereka bertiga tersentak. Tidak pula mereka terfikir akan hal itu.

"My name is Nik. Actually I have a long name but if we meet again I will tell you guys my name."

"I am Haidar. He is Fuhaid. We are from a same schools like those two," ujar Haidar sambil menunjuk ke arah Ashraff dan Hazieq yang masih tidak sedarkan diri.

"Let me go, bastard! I do not know why you kidnap me but you will be in the jail after this!"  Ashraff terjaga apabila suara nyaring itu menjerit geram sebelum pintu bilik tahanan mereka ditendang dengan kasar. Seorang gadis sebaya mereka ditolak masuk dengan kasar.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now