Bab 9

537 23 0
                                    

GUARDIAN berkumpul di rooftop selepas berehat di bilik rawatan. Langit senja ditatap sayu. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup wajah mereka seakan-akan meminta mereka bersabar. Kerudung dinaikkan sehingga menutupi mata.

"Aku tak percaya aku dengar suara dia lagi selepas dua tahun. Aku seperti sedang bermimpi," ujar Scarlet sebelum tangan diseluk ke dalam poket hoodie.

Nafas dihela perlahan. Tak ada gunanya dia mengamuk kerana mereka perlu akur akan arahan itu. Namun, itu tidak bermakna mereka akan lepas tangan begitu sahaja. Guardian tidak pernah makan saman, Guardian tetap Guardian.

Kenapa aku rasa aku akan jumpa dia lagi? getus Scarlet dalam hati.

"Tetapi dia berubah terlalu drastik. Aku tak percaya itu dia," balas Violet apabila mengingat kembali kata-kata yang dituturkan oleh Aizu.

"Nak hantar orang untuk tinjaukan keadaan mereka tak? Kita boleh cegah mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah," kata Aria sebelum Alexandra bersorak.

"Tetapi siapa?" Sorakan lima orang gadis terhenti apabila Alicia mengutarakan soalan itu.

Mereka berlima berfikir untuk mendapatkan jawapan.

"Itu fikir kemudian. Sekarang ni, mari kita fly!!" ajak Aurora sebelum menghalakan penumbuk ke atas dan diikuti dengan yang lain.

"Aku tahu satu tempat yang agak menarik." Enam pasang mata terarah pada seseorang yang menyampuk perbualan mereka.

"Mana?" tanya Alexandra penuh minat. Dalam fikirannya sudah terbayang satu tempat yang ingin dia pergi namun tidak berkesempatan.

"Adalah... Kau orang pasti akan menyukainya." Mereka berenam saling berpandangan sebelum memandang gerangan itu semula.

■ ■ ■ ■

JERITAN nyaring daripada tujuh orang gadis bergema. Nasib baik tiada kanak-kanak di tempat itu. Bahasa yang keluar dari mulut tujuh orang gadis boleh tahan sopan.

"Mati kau mati!"

"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Hahaha!"

"Jangan fikir kau akan terlepas! Rasakan!"

"Inilah akibatnya kau cuba menceroboh kawasan aku!"

"Hahaha! Kesakitan yang kau alami tak sesakit hati aku!"

"Berpecah! Tembak wei, tembak!"

"Mata kau letak mana? Aku pakai hoodie putih tak akan kau tak nampak?"

Empat orang jejaka mengeluh semasa jeritan nyaring itu bergema. Mahu sahaja mereka lari apabila beberapa orang yang berada di dalam pusat latihan itu memandang mereka bersepuluh.

"Apa salah aku dapat adik macam ni?" tanya abang Rachel sebelum menekup wajah.

"Sabarlah. Ini semua cubaan dan dugaan," pujuk jejaka kedua sebelum melagakan penumbuk dengan jejaka ketiga lalu ketawa dilepaskan tanpa rasa bersalah. Tawa semakin kuat apabila wajah si dia cemberut kerana ditertawakan sedemikian.

Partner Rachel menggelengkan kepala apabila melihat gelagat tiga orang jejaka yang tua tiga tahun darinya. Entah bagaimana Rachel dan Guardian boleh bertahan dengan perangai masuk air tiga orang jejaka ini.

"Macam mana mereka boleh terpilih menjawat jawatan tertinggi sedangkan perangai mereka sebegini?" gumam partner Rachel sebelum menoleh apabila tujuh orang gadis menghampiri mereka.

"Tekanan aku dah hilang..."

"Masalahnya kenapa kami kena teman kau?" tanya abang Rachel sebelum menunjal kepala adiknya perlahan.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now