Bab 19

334 18 2
                                    

VIOLET melemparkan pandangan dingin sambil bercekak pinggang dengan sebelah tangan. Dengupan jantung yang laju perlahan-lahan menjadi normal sebelum sebelah anak matanya berubah warna.

"You will regret!!" jerit Violet sebelum menujah badan ke hadapan. Pedang dihalakan ke hadapan tanpa ragu. Nik tenang mematahkan serangan ganas Violet. Dia sudah mengagak tektik yang digunakan kerana dia tahu gerakan itu.

"Try this!" Penumbuk dihalakan ke arah pedang Nik tanpa rasa gentar. Alicia yang melihat dari tepi menggigil ketakutan.

"Damn! Violet memang suka buat aku kering darah. Dia tak tahu ke pedang tu tajam?" Irfan mengambil sebiji kek cawan coklat lalu menyumbat ke dalam mulut Alicia.

"Kau tengok saja dia berlawan. Kau memekak dekat sini bukan dapat apa. Kau tengok Airin, diam je," bidas Irfan sebelum menumpukan perhatian. Alicia mendengus sebelum mengigit kek cawan itu.

"Lagi sedap daripada dengar suara petir kau."

Nik menepis penumbuk kecil itu sebelum berlari ke sisi Violet. Violet sempat mengukir senyuman sinis sebelum menyepak pedang Nik jauh dari tempat mereka berlawan. Pedangnya dicampak ke tepi sebelum dia menggengam tangan. Kekuda dibuka sebelum Nik digamit.

"This girl is different from others, I like." Usai berkata, Nik terlentang ke belakang kerana perutnya dilutut laju. Violet bersorak sebelum dia jatuh melutut. Tangan sempat menampung badan dari menyembah bumi.

"Tch!"

Violet mendongak sambil mencari nafas yang hilang. Hakim mencatat beberapa butiran penting sebelum menyisip air di sebelah.

"Violet, you can do it!" sorak Aizu sebelum memandang Hakim. Hakim menjongketkan sebelah kening tanpa memandang apabila merasakan seseorang menjeling.

"Kau tak nak bersorak untuk dia ke? Dia ada kita je sebagai penyokong." Hakim mengeluh sebelum membuka cermin mata. Dia berdiri sebelum meregangkan badan.

"El! Kalahkan dia!!" Violet tercengang selepas menahan kaki Nik. Matanya melirik ke tempat duduk penonton.

Baju tu... getus Violet.

Violet menolak kaki Nik sebelum pedang di sebelah diambil. Nik mengangkat kedua-dua belah tangan separas bahu tanda dia mengaku kalah. Ramai pelajar tidak percaya Nik dikalahkan oleh Violet dalam masa beberapa minit. Airin bersorak sebelum berlari turun dari tempat penonton.

"Kau menang!" Airin memeluk Violet erat tanpa menghiraukan darah yang melekat pada bajunya. Minyak wangi Violet mengingatkan dia kepada mereka. Violet sama saja dengan mereka, tak pernah nak beritahu jenama minyak wangi yang mereka pakai.

"Airin, baju aku kotorlah," tegur Violet namun dia tidak menolak Airin.

"Congratulations, Miku Vio! Nik kalah untuk kali pertama. Saya tak percaya dia tewas. Hadiah apa yang kamu mahu?" Mummy Harley mengusap ubun-ubun Airin perlahan. Violet berfikir sebelum memandang Aizu di tempat duduk penonton.

"Can you buy a latest laptop for him? Tomorrow is his birthday. One more, can you give this card with the laptop?" pinta Violet perlahan. Sekeping kad berwarna biru gelap bercorak bintang kecil dihulur.

"Anything for the winner," balas Mummy Harley sebelum mengambil kad itu.

"Macam mana kau tahu?" Violet mengukirkan senyuman sebelum memandang Alicia yang berjalan menghampiri Nik.

"In that document, if you lose, you wil be my PA forever. You sign, mean you agree with the conditions." Nik mengeluh sebelum mengangguk. Dia sangat yakin dia mampu tewaskan Violet, namun dia silap. Violet nampak saja lembut, tetapi jangan cabar dia. Gerakan yang mudah dibaca namun agak sukar mengagak serangan itu dilancarkan bila.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now