ARIA dan Alexandra terpinga-pinga apabila bangun dalam bilik yang asing bagi mereka.
"Kita dekat mana? Aku rasa kita dalam bilik rawatan tadi. Siapa angkat kita?" tanya Alexandra sebelum mengerang kesakitan. Aria meniup tapak tangan selepas membaling sebiji bantal berbentuk hati.
"Apa punya soalan kau tanya. Tak akan kita berjalan ketika tidur," perli Aria.
Alexandra mengurut kepala sebelum menyelak selimut. Pintu dituju perlahan selepas memakai cermin mata. Dia baru memegang tombol pintu apabila pintu dibuka dari luar.
"Princess dah bangun? Nanti turun makan." Mereka berdua saling berpandangan. Alexandra menjenguk ke luar selepas lelaki itu beredar.
"Siapa tu?" tanya Alexandra perlahan. Rasa macam pernah tengok tetapi entah di mana.
"Kenapa aku rasa muka dia macam pernah tengok? Apa-apa pun, jom kita turun makan. Aku lapar," ajak Aria sebelum membetulkan kedudukan tudung bawalnya.
"Jom kita turun bawah." Mereka mencapai telefon sebelum menuju ke tangga. Aroma berbagai jenis hidangan menusuk deria bau mereka.
"Princess, macam mana tidur? Lena ke tidak?" tanya Fuhaid sambil menyusun pinggan.
"Bolehlah. Mereka siapa?" ujar Aria seraya memandang dua orang jejaka di dapur.
"Orang kanan princess la. Jangan risau yang lain akan turun juga, bukan kita berenam je yang makan. Nanti kita kena rombak semula jadual rumah ni. Selepas makan kita bincang, sekarang ni kita makan dulu."
"Nasi ayam dah siap!" Alexandra terliur melihat nasi ayam di hadapannya. Nak buat dia tak reti, yang lain boleh buat tetapi tidak sama rasa dengan air tangan ibu tercinta.
"Aku dululah!" Aria mendongak dan tergamam melihat gerangan di hadapannya.
"Rayyan..." Aria tidak mengalihkan pandangan sebelum ditegur oleh Alexandra.
"Aria," panggil Alexandra perlahan. Dia cuba mengalihkan perhatian Aria agar tiada siapa tahu mereka tahu gerangan di hadapan. Aria tersentak sebelum memandang Alexandra.
"Terlupa nak beritahu princess. Dia ialah Tengku Aryyan. Pelajar dari Malaysia. Pelajar yang satu sekolah dengan mereka pula ada hal, jadi mereka tak dapat sertai kita untuk makan malam," terang Haidar.
"Tak payah beritahu pun aku dah tahu," gumam Aria. Alexandra menyiku Aria supaya menjaga tingkah laku.
Aria curi-curi memandang Rayyan tetapi jejaka itu mengendahkan Aria. Malah, Rayyan lebih selesa memandang makanan di hadapannya.
"Miku Alexandra Zaver, Healer Guardian."
"Miku Aria Zaver, Healer Guardian."
"Keluarga Zaver? Ada satu vila besar di satu tempat. Kalau tak silap aku, Kim C Zaver dengan Miku Zaver. Dengar cerita pemilik vila tu kacukan tetapi aku tak tahu pemilik vila hidup lagi atau tidak."
"Artikel tak tunjuk wajah pemilik vila tu. Aku rasa mereka berpengaruh kerana hampir semua orang di sini bercakap tentang mereka bila nampak wajah mereka berdua."
Alexandra memandang Haidar apabila mereka bercakap tentang mereka berdua.
"Siapa Kim C Zaver dan Miku Zaver? Kenapa semua pelajar di sini pandang tak lepas bila tahu nama depan dan belakang kami sama seperti pemilik vila tu?" tanya Alexandra.
"Aku tak tahu tapi dengar cerita salah seorang cikgu di sini pembantu peribadi kepada mereka. Mungkin dia boleh tolong." Usai Fuhaid berkata, seorang lelaki menarik kerusi di sebelah 'orang kanan' Aria.
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Teen Fiction[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...