Bab 17

336 17 6
                                    

VIOLET mencapai cermin mata dan jam tangan. Anak mata ditelek lama sebelum baju dibetulkan. Tak perlu rasanya pakai kanta lekap hari ini. Penutup mulut ditarik ke atas.

Violet pegun di hadapan pintu begitu juga dengan orang di depan biliknya. Namun selepas beberapa saat, mereka tersedar dan melangkah ke tangga beriringan.

"Err..." Hakim menggosok belakang tengkuk kerana tidak mahu gadis itu tersinggung dengan kata-katanya.

"Why you wear spectacles and mask?"

"Kenapa? Saja." Hakim tercengang.

"Dia tahu cakap Melayu? Buat penat aku je speaking dengan dia," gumam Hakim. Violet ketawa tanpa suara.

"Miss! Where my bandana go?" Violet bercekak pinggang apabila memijak anak tangga terakhir. Hakim sempat mengelak daripada terlanggar siku Violet.

"Dia ni... Tak tahu atau tak ingat aku jalan sebelah dia tadi," bebel Hakim sebelum mengambil tempat di sebelah Nik.

"Follow the rules." Drake mencebik sebelum memakai tie PVHS.

Violet memandang Alicia yang membetulkan cermin mata sambil memerhati jejaka semalam. Sambil mengunyah boleh pandang orang, tak tercekik ke kak?

"Alice," sapa Airin ceria sebelum mengambil tempat di antara Violet dan Alicia. Alicia tersentak sebelum tersedak. Violet menggosok hidung beberapa kali sebelum menghulurkan secawan air.

"Lain kali jangan perhati orang macam tu. Kau ingat dia tak perasan ke?" tegur Irfan perlahan. Alicia menjeling sebelum meneguk air rakus.

"I will show you Destiny Academy today. You can call me Nik. So, can you introduce yourself because last night I slept while waiting you."

"You can call me Irfan, no need Tengku Irfan."

"Airin Alyana and I also Tengku but don't call my second name. I warn you if you want to stay alive." Airin mengukir senyuman nipis sebelum sambung mengunyah.

"Tengku Hakim and call me Hakim. He is Tengku Aizu."

"Four of you are Tengku? Wow, I am speechless."

"Miku Violet Zaver, you can call me Vio or Violet. She is Miku Alicia Zaver. She is not my twin or sibling but she is my cousin. You can call her Alice or Alicia."

"My name is Harry Madison. Call me Harry and don't ask why Miku's cousins call me Drake." Drake berjabat tangan selepas membasuh tangan.

"They has different eyes from us," bisik Nik. Drake mengangguk perlahan.

"Your eyes," tegur Nik. Airin mengambil cermin sebelum melihat matanya. Kedua-dua belah matanya berlainan warna.

"Masa ni la dia nak berubah warna," rungut Airin sebelum memakai cermin mata.

Violet dan Alicia saling berpandangan sebelum memandang Airin. Mereka tahu apa yang berlaku. Jika salah seorang antara mereka berenam berada berdekatan Airin, mata Airin akan berubah warna. Tetapi Airin tidak pernah sedar.

"Let's go," ajak Aizu selepas menyandang beg. Hakim membetulkan tali leher yang senget kerana ditarik Irfan.

"Jangan tarik tie aku, Irfan!" marah Hakim sebelum mengejar Irfan. Aizu turut mengejar mereka berdua.

"Tak berubah langsung perangai mereka. Dua tahun, kan?" ujar Violet sebelum menurunkan cermin mata.

"Ya, kali terakhir kita bergurau betul-betul masa tu. Aku rindu. Tetapi dia rindu aku ke?" balas Alicia sebelum mengikat tali kasut.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now