Bab 26

100 8 1
                                    

EMPAT orang ahli Guardian saling berpandangan selepas membaca mesej yang terpapar pada skrin laptop milik Scarlet yang mahu mereka kembali ke Akademi Victory.

"Baru beberapa minggu kita berada di sekolah lain, tiba-tiba sahaja kita dipanggil balik. Ada sesuatu telah berlaku sehingga kita diperlukan di sana."

Aurora bersuara selepas beberapa kali mesej itu dibaca. Aurora duduk bersila sebelum menyuruh Alexandra duduk di atas katilnya.

"Tak salah lagi, Diva menimbulkan masalah seperti biasa. Aku malas nak pergi," ujar Alexandra sebelum baring di atas katil Aurora.

"Aku dah hantar maklum balas yang menyatakan kita tidak boleh bergerak dengan lasak. Jika tidak, kita akan ditahan di hospital lebih lama," kata Scarlet sebelum menutup laptop.

Scarlet memandang lama kit kecemasan di atas meja di bahagian kiri. Walaupun dapat bercakap dengan dia hanya untuk seketika, sudah cukup baginya untuk melepaskan rindu yang terpendam.

"Aku jumpa Rayyan. Aku rindu dia. Dia hampir cam aku tapi aku terpaksa berpura-pura aku tak kenal dia," luah Aria sebelum menangis.

Aurora menenangkan Aria dengan mata berair.

"Aku jumpa Aizu."

"Aku jumpa Khai."

"Memang aku seorang saja yang tak rasa apa-apa bila nampak Irfan?" tanya Alexandra bingung. Mungkin dia terlupa akan sesuatu.

"Itu sebab dia tahu kau hidup lagi!" marah mereka bertiga.

"Jangan menjerit. Ini kawasan hospital, kau orang nak kena halau ke?" tegur Alexandra geram. Boleh pekak dibuatnya kalau setiap hari begini. Suara mereka kalau bergabung, satu bangunan boleh dengar.

Mereka bertiga menjeling Alexandra dengan linangan air mata. Memang betul apa yang mereka kata. Irfan tahu mereka masih hidup, sebab itu Irfan tidak terlalu beremosi seperti yang lain.

"Apa jadi dengan Detektif Guardian? Tiada berita daripada mereka sejak Drake balik ke New York."

Mereka bertiga mengalihkan pandangan sebelum memandang Aria lama. Mereka baru teringat tentang hal itu. Harap mereka berdua dalam keadaan yang baik.

"Tapi Drake beritahu kami semasa di lobi tadi kawalan di sana ketat. Mereka sukar untuk menyelinap keluar," balas Aurora.

"Nampaknya kali ini kita berempat saja yang akan menyelesaikan masalah Diva seperti biasa. Tetapi kali ini dari jauh. Apa khabar Rachel? Aku harap dia tidak dibuli setelah dia keluar dari Diva."

Scarlet berkata sebelum mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Langit kelihatan mendung, kilat sabung-menyabung seperti memahami perasaan mereka ketika itu. Hujan turun renyai-renyai sebelum menjadi lebat. Hujan seperti tidak mahu mereka menangis sendirian.

"Aku harap mereka selamat sampai. Kita sendiri tak dapat jaga diri sendiri, inikan pula nak lindungi mereka."

Mereka mengangguk, mengiyakan kata-kata yang dituturkan oleh Aurora.

"Aku baru ingat nak berehat, tak sangka ada yang berani ganggu waktu rehat aku," rungut Scarlet apabila melihat mesej daripada Madam F yang menyuruh mereka berempat kembali ke akademi dengan kadar segera dan tidak memberi sebarang alasan.

"Mungkin mereka boleh tolong kita siasat? Mereka mungkin tiada bersama tetapi mereka ada dekat dengan kita, di sini."

Mereka bertiga mengukir senyuman apabila mendengar Aria berkata. Ya, mungkin jasad Violet dan Alicia tiada dengan mereka tetapi mereka berdua ada di hati mereka berempat.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now