Bab 13

421 20 0
                                    

LEO mengelap darah di hujung bibir. Orang yang menyerang hendap dipandang tajam.

"Pengecut," tutur Leo perlahan. Mata dipejam seketika. Kepalanya seakan mahu pecah. Darah yang mengalir dari kepala dibiarkan.

"Kau tu yang pengecut. Mana ada orang minta tolong perempuan. Entah-entah mereka lemah." Suara itu membuatkan darahnya mendidih. Kalau Scarlet dengar, mahu dibelasah orang yang mengatanya sehingga nyawa-nyawa ikan.

"Kau silap. Kau bayangkan kalau perkara ini sampai ke pengetahuan dia? Silap hari bulan kau duduk hospital berbulan-bulan," sindir Leo sebelum bangun. Hunter yang cedera ringan dipandang sekilas.

"Perkara ini tak akan sampai ke pengetahuan mereka kalau kau tak beritahu. Kerana apa? Kau akan bawa rahsia ni sampai mati!"

Hunter mengelak tumbukan yang diayunkan ke mukanya. Dia mengetap gigi apabila kesakitan mula mencengkam pergelangan kaki. Kaki dia terseliuh kerana dirempuh pihak lawan ketika perlawanan bola keranjang.

"Kau rasa mereka akan datang ke? Sudah seminggu mereka menghilangkan diri!" tanya Leo lantang. Mereka berdua terpisah ketika mengelak tembakan yang dilepaskan ke arah mereka. Hunter menggelengkan kepala kerana suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong.

"Aku tak tahu!" balas Hunter tersekat-sekat. Dia cuba melindungi badan walaupun dia tahu tindakannya hanya sia-sia. Lima lawan satu, mestilah satu kalah. Badannya disepak tanpa belas kasihan. Raungannya diendahkan. Janji mereka puas melihat musuh terseksa.

"Sepak kaki dia!" arah orang yang cuba menyerang Leo. Mata Hunter terbeliak. Banyak kemungkinan akan berlaku sekiranya kakinya disepak. Hunter memejamkan mata apabila melihat salah seorang musuh mereka mengambil jarak untuk menyepak kakinya.

Mereka terkaku. Bunyi yang asing memaksa mereka berdua menoleh. Sebuah objek bergolek-golek sebelum berhenti di tengah kawasan bersama dengan darah yang membuak-buak.

"Jangan sentuh kawan aku." Aura dingin itu membuatkan Hunter yang kesakitan tersengih.

"Lambat."

"Penerbangan aku ditangguhkan." Usai membalas, Drake atau nama sebenarnya Harry Madison menyerang empat orang musuh dengan pedang samurai. Benda yang paling dia suka pada badan manusia ialah kepala. Violet selalu berpesan kalau bengang dengan musuh penggal saja kepalanya, selesai masalah.

"Giliran kau, Hunter." Drake menyimpan semula pedang samurai ke dalam sarung walaupun dilumuri darah.

"Aku akan balas balik apa kau buat dekat aku pagi tadi," kata Hunter sebelum menghampiri seorang jejaka yang terikat di kerusi tanpa gentar.

"Kau lemah! Cinta membuatkan kau terleka!" Jerkahan itu didengari sebelum telinga digosok beberapa kali.

"Kau salah! Cinta menbuatkan kau kuat!" Tumbukan diberikan sehingga wajah jejaka di hadapan lebam dan luka. Kerusi yang diduduk oleh jejaka itu terbalik ke tepi.

"Cinta yang bertepuk sebelah tangan lagi sakit." Hunter mendengus sebelum dia menyepak perut jejaka itu. Dia menjerit kesakitan apabila Hunter menyepak mukanya.

"Kau tahu tak ke mana Scarlet dan Aurora pergi?" tanya Leo sebelum menghampiri Drake. Dahi Drake berkerut apabila nama itu disebut.

"Siapa tu?" Hunter menepuk dahi sebelum menelefon anak buahnya supaya membersihkan tempat ini.

"Gadis berkerudung merah dan gadis berkerudung hitam ke?" Drake bertanya untuk kepastian. Jika betul, maka betullah tekaannya.

"Betul la tu." Mata Drake terbeliak. Lengan sahabatnya ditarik kasar untuk mengesahkan sesuatu.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now