MEREKA tersenyum sinis.
"Nampak gayanya kita memang tak boleh nak menerangkan perkara sebenar, kan?" tanya Scarlet.
Hoodie merah menjadi pilihannya pada hari itu. Pemberian seseorang yang membuatkan dia dapat kekuatan untuk terus bertahan.
"Kalau madam rasa kami yang lakukannya, buktikannya," kata Aria geram.
Dia memegang hujung baju supaya tangannya tidak menampar musuh di depan mata.
"Kalau madam tak ada, dah lama aku belasah korang sampai nyawa-nyawa ikan," gumam mereka perlahan.
"Saya akan cari bukti sampai dapat! Kalau kamu yang lakukannya, saya tak teragak-agak untuk buang kamu dari akademi. Akademi tidak memerlukan orang yang perangai jahat macam kamu berenam!'
"Madam percaya akan mereka! Kami tak buat semua tu! Sungguh pun kami nakal, kami tak tergamak nak sabotaj ahli pasukan sendiri! Diva yang lakukannya!" jerit Violet.
Dia menekup luka di lengan kiri untuk menghentikan pendarahan.
"Kami tidak melakukannya madam, mereka memfitnah kami. Walaupun kami ni gedik, kami tak akan lakukan perkara kejam pada ahli pasukan sendiri," balas Amy, ketua Diva.
Bunyi tamparan bergema di tengah padang. Mereka memegang pipi yang mula merah.
"Suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar. Kami akan ingat kejadian ni sampai bila-bila. Sekali kami benci, selamanya kami benci," kata Alicia mendatar.
Dia membetulkan hoodie yang dipakai. Warna anak matanya menjadi pilihan dia pada hari itu.
"Kalau akademi diserang, kami tidak akan menghulurkan bantuan. Biar orang yang berada di dalam akademi cedera parah," kata Aurora sinis.
Dia maksudkan apa yang dia cakap.
"We are devil. We are not the angel anymore," kata Alexandra.
Mereka melangkah pergi. Air mata yang mengalir dibiarkan. Mereka mendongak melihat langit dengan mata dipejamkan. Air mata mengalir laju dan terkena tanah. Mereka jatuh melutut.
"Aku tak tahu sampai bila kita dapat bertahan," kata Ice Princess.
"Biar masa tentukan," balas Bff.
Mereka berenam menarik nafas berulang kali.
"Aku rindu ibu."
"Aku rindu mami."
Aku rindu mummy."
"Aku rindu umi."
gumam mereka berenam. Selalunya di saat mereka bersedih, ibu-ibu mereka selalu mendengar luahan mereka. Mereka juga rindu dengan keletah Airin. Sudah dua tahun mereka tidak berjumpa dengan keluarga besar mereka.
Tbc
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Teen Fiction[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...