Bab 24

188 10 4
                                    

ALEXANDRA berpeluk tubuh sambil mendengar penerangan doktor yang merawat Aria.

Tak mustahil Irfan demam juga, getus Alexandra sebelum mengeluh.

"Thank you, doctor."

Alexandra membuka pintu sebelum menghantar doktor tersebut dengan pandangan.

"Kenapa kembar dalam keluarga ni kalau seorang demam, seorang lagi demam? Seorang sakit, seorang lagi akan sakit? Memang sehati sejiwa betul," bebel Alexandra.

Dia mencapai sebiji epal ketika suara seseorang bergema berdekatan wad yang didiami oleh mereka.

"Suara tu seperti suara Miss A."

Alexandra bangkit dari sofa sebelum berjalan dan berdiri di belakang pintu apabila suara Miss A bergema lagi. Sebelah kening Alexandra terjongket mendengar bebelan Miss A.

"Miss A boleh cakap Melayu? Pelik," gumam Alexandra.

"Macam mana dia boleh jadi macam tu? Akak dah pesan supaya jaga mereka, kenapa dia... Urgh..."

Alexandra menggaru kepala yang tidak gatal.

Jaga kami? Apa maksud Miss A dan siapa Miss A sebenarnya? soal Alexandra dalam hati.

"Apa kaitan Miss A dengan mereka berempat? Tak mungkin mereka ada sembunyikan sesuatu daripada kami," gumam Alexandra sebelum menoleh apabila merasakan seseorang berdiri di sebelahnya.

Aria berdiri di sebelahnya dengan wajah pucat sambil menjongketkan sebelah kening.

"Diam dan dengar, jangan banyak bunyi."

Alexandra memberi amaran sebelum Aria membuka mulut.

Kau seorang sahaja yang tak tahu Miss A boleh cakap melayu, getus Aria.

"Kami tak tahu macam mana dia boleh jadi macam tu kak. Kami ada hal, jadi mereka berdua jaga princessess."

"Kamu buat apa? Jangan bagitahu yang kamu lakukannya."

"Kami terpaksa."

Miss A mengeluh sebelum meraup wajah. Dia mendongak memandang siling putih sebelum air matanya turun.

"Kamu nak tahu kenapa akak minta kamu dan yang lain jaga mereka berenam?"

Suara Miss A kedengaran selepas sekian lama.

"Akak pernah hilang adik dan sepupu-sepupu akak. Jadi, akak tak nak keluarga mereka lalui perkara yang sama seperti yang akak lalui. Akak tak ada keluarga lain selain pengetua. Dia yang jaga akak selama ni. Akak tak mampu nak balas jasa keluarga pengetua."

"Patutlah rupa pengetua dan Miss A tak sama. Miss A anak angkat rupanya," bisik Alexandra perlahan.

"Aku rasa Scarlet pernah cakap yang anak pengetua lelaki, kan? Maknanya mungkin dia tahu sesuatu."

"Hanya mereka yang tahu. Kita tak boleh keluar sesuka hati kerana musuh kita sedang memerhatikan mereka."

"Nak pura-pura tak dengar ke?" tanya Aria selepas suara mereka berlima tidak kedengaran selepas beberapa minit.

"Terpulang la, aku okey je. Tapi, aku bukan nak mengeruhkan keadaan. Aku ternampak gambar lama keluarga kita dalam mimpi aku tempoh hari. Aku terpandang seorang budak perempuan ni, mungkin sebaya dengan Abang Aiman dan Abang Haqimi."

"Nak tanya Irfan tentang hal ini, dia tak sihat pula. Hal ni letak tepi dulu la," ujar Aria sebelum berjalan menuju ke katil.

"Kenapa semuanya semakin sukar? Kenapa keadaan kita tak sama seperti yang lain? Kita diperdaya demi keselamatan. Kenapa?"

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now