Bab 18

310 19 4
                                    

HARI pertama mereka berlalu begitu sahaja. Violet dan Alicia berpakat agar Airin sebilik dengan mereka. Mereka mahu mengorek beberapa rahsia daripada dia.

"Airin, nak tanya boleh?" soal Violet sebelum mendongak memandang Airin. Dia meniarap sambil menyiapkan laporan di atas katil. Sebelah kening Airin terjongket tanda mengiyakan.

"Kenapa Aizu dan Hakim dingin? Maksud aku... kau tahulah." Airin mengeluh seraya membuka cermin mata dan diletakkan di atas novel.

"Nak dengar juga!" Alicia membuka pintu bilik air dan berjalan menuju ke meja solek. Losyen dicapai sebelum katil dituju.

"Mereka cuma tak mahu jatuh hati pada sesiapa lagi. Kau tahu pasal enam sepupu orang sepupu aku, kan?" Mereka berdua mengangguk sebelum saling berpandangan. Mustahil mereka tidak tahu tentang hal itu.

"Dua orang antara arwah enam orang sepupu aku ialah orang yang mereka suka sejak sekolah rendah. Aku tak tahu sangat cerita mereka sebab aku banyak habiskan waktu di luar sekolah. Aku terkilan kerana aku tak ada banyak kenangan untuk dikenang jika aku rindu mereka. Aku cuma ada gambar mereka semua. Gambar terakhir kami ialah di wad mereka. Aku tak nak ingat dan aku tak nak kenang, hari tu." Airin mula teresak-esak sambil memeluk lutut.

"Kenapa?" tanya Alicia sebak. Dia juga tak ingin ingat hari itu. Tetapi, boleh ke Syaz dan Wani lupa? Hari yang bermakna bertukar menjadi tragedi yang sadis.

"Me... re... ka... per... gi tinggalkan aku masa hari jadi..." Airin tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Airin menangis teresak-esak dalam pelukan Violet.

"Aku sedih. Kenapa mereka tinggalkan aku? Tak ada sesiapa nak layan kerenah aku. Irfan sibuk dengan kerja dia, aku tak nak ganggu dia. Ak... aku..." Alicia sempat membalas mesej Scarlet agar membuka komputer ketika mendengar luahan Airin.

"Aku rindu Syaz dan Wani..." Pintu bilik diketuk sebanyak tiga kali.

"Airin! Kau dah janji kau tak akan menangis! Mereka tak akan tenang," ujar Irfan di sebalik pintu.

"Biar aku uruskan." Irfan berlalu pergi apabila suara Scarlet menyapa pendengaran. Lega bila mereka berenam ada bersama Airin.

"Airin! I miss you!" ujar Aria sebelum mengelap air mata. Alicia membuat panggilan video sebelum Airin menangis teresak-esak.

"Maksud aku, aku rindu sebab Irfan selalu cerita pasal kau." Nama Irfan dipetik laju agar Airin tidak curiga. Namun memang betul Irfan selalu melaporkan kegiatan harian Airin.

"Lupa nak perkenalkan diri. Aku Scarlet Zaver. Orang yang terpekik tadi Aria Zaver."

"Aku Alexandra Zaver dan dia pula Aurora Zaver. Kami ialah Guardian yang sepatutnya menyiasat dan menyelesaikan kes kau."

"Dah kenapa muka kau berdua ni?" tanya Alicia. Pelik apabila melihat wajah Healer Guardian bertampal.

"Hari pertama kami teruk. Tak sampai beberapa minit, dah masuk bilik rawatan," balas Aria sebelum mengeluh. Tuala yang digunakan untuk mengiringkan rambut disangkut di kerusi. Alexandra mengangguk.

Airin ketawa perlahan seraya mengesat air mata. Dia terhibur dengan cerita Aria dan Alexandra.

"Airin. Can we call you my little princess?" pinta Violet dan Scarlet perlahan. Airin berfikir sebelum mengangguk.

"My little princess," ujar Violet sebum memeluk Airin. Dia melemparkan pandangan ke arah Scarlet. Scarlet mengukir senyuman nipis. Sekurang-kurangnya mereka dapat melindungi Airin walaupun dengan cara begini.

"I will protect her for you," ujar Violet tanpa suara. Scarlet mengangguk sebelum menamatkan panggilan, begitu juga dengan yang lain. Laporan perlu disiapkan dengan kadar segera sebelum mereka dapat belajar seperti biasa.

[BOOK 3]Private Victory High SchoolWhere stories live. Discover now