TOPI dibetulkan agar melindungi wajah. Jam dilihat sekilas lalu sebelum si dia mendengus.
"Aku macam tugu negara menunggu dia. Dia pergi tandas ke pergi mana ni?" bebel Violet sebelum berpeluk tubuh. Drake terpaksa menadah telinga walaupun memakai airpod .
"Miss. How about we find her? Your nagging can heard from 2 metres."
"Good idea Harry. Let's go," ajak Violet sebelum menarik topeng muka sehingga paras hidung lalu langkah diatur. Bersusah payah Drake menyaingi Violet kerana gadis itu tenggelam dalam khalayak ramai.
"Miss, why you are so..." Drake tidak menghabiskan kata-kata sebaliknya mengerang kesakitan. Tangan Violet yang menampar bahunya dijeling tajam. Tak padan dengan rendah, kuat juga pukulannya.
"I can't find you," sambung Drake sambil mengurut bahu yang sakit.
"Zip your mouth before i sew it. Don't say it again if you love your mouth," ugut Violet sebelum dirempuh seseorang.
"My nose," rungut Violet sebelum mendongak memandang orang yang melanggarnya.
"Hakim." Jejaka itu melangkah pergi selepas mengambil headphones yang terjatuh kerana pelanggaran.
"His name is Hakim? But what he is doing here, Miss?" tanya Drake.
"I... I don't know."
"Hoi, kau cari siapa?" tanya Alicia dari jauh.
"Aku jumpa dia, Saf. Aku tengok muka dia dengan mata aku sendiri."
"Ya? Aku jumpa mereka tadi, jadi kemungkinan besar tujuan mereka sama seperti kita. Aku harap kita tak uruskan mereka esok."
Kunci kereta dihulur kepada Drake sebelum mereka mengatur langkah ke kereta. Headphones yang disangkut di leher ditarik ke atas. Muzik ditekan sebelum memejamkan mata.
"Siapa punya headphones kau pakai tu?" Drake menjeling melalui cermin pandang belakang sebelum menumpukan perhatian.
"Aku pu... nya?" Headphones biru gelap ditelek hairan. Siapa punya pula ni? Nasib baik lagu semua sama.
"Siapa pula ni? Alamak, ni Hakim punya. Lagu tu ada dekat headphones aku, tapi dekat dia." Alicia menepuk dahi. Habislah kalau ada orang pecahkan kod-kod dalam lagu tu.
"Lagu tu lagu apa sebenarnya?" tanya Drake apabila lampu isyarat bertukar merah.
"Lagu Hoodie." Drake menggelengkan kepala. Rasanya lagu tu tak mempunyai sebarang kod-kod yang berkaitan dengan data kecuali perasaan.
"Aku nak telefon Wani. Entah apa yang dia buat, aku harap bukan perkara yang tak masuk akal." Lagu Menghapus Jejakmu kedengaran dan sementara menunggu panggilan diangkat Alicia menyanyi perlahan.
"Wani! Aku telefon kau banyak kali kenapa kau tak angkat? Aku ada berita penting ni. Kau tahu tak..." Violet menurunkan headphones sebelum mengambil telefon Alicia. Ikon speaker ditekan. Gaya dia bercakap macam orang sebelah ni duduk jauh sangat, bising.
"Wani, Wani! Aku cakap ni. Kau pekak ke apa? Masa ni pula kau sakit tekak. Sha mana Sha. Eh silap. Aurora mana? Scarlet! Aku tanya ni!" Drake memakai earpods apabila suara mereka berdua bergabung. Bingit, mahu pecah gegendang telinganya.
"Dia tamatkan panggilan pula dah... Apa hal minah dua orang ni?" bebel Alicia. Violet menolak kepala Alicia ke tepi.
"Bising la!" Drake mengeluh apabila mereka berdua mula bergaduh. Nasib baik mereka dalam kereta, kalau tidak buat malu saja.
YOU ARE READING
[BOOK 3]Private Victory High School
Teen Fiction[MISSION: PROTECT HER] Dikenali sebagai Guardian atau Queen membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia kerana kecekapan dan ketangkasan mereka melakukan misi yang diberi. Pihak sekolah bangga dengan mereka dalam semua aspek. Akademi dan kokurikulum...