Episod 7

200 15 0
                                    

"Hana!!Dah siap ke belum?!"

Aku merenung dinding bilik ni dengan lama.Sangat lama sehinggalah Along sendiri yang naik ke tingkat atas lalu membuka kasar pintu bilik aku.

"Cepatlah....Semua orang tengah tunggu ni."

Aku mengeluh apabila mendengar apa yang Along katakan.

"Boleh tak....tahun ni aku tak pergi?"

Badan Along mengeras mendengarkan apa yang aku baru saja katakan.

"Habis tu....Aku nak bagi tau apa kat mak kalau kau tak ikut?"

"Alah....cakap je lah yang aku demam.Macam tak pernah buat pulak."

Gigi Along diketap kuat sambil dia menggenggam kedua-dua belah tangannya.

"Fine,but just for this time only!Tahun depan you definitely kene ikut."

Aku mengangguk lemah tanda menyetujui idea Along.Sebaik sahaja kelibat lelaki tu menghilang di sebalik pintu,aku terus merebahkan tubuh semula ke atas katil.

Jadi....aku nak buat apa sekarang ni?Keluar?Karang kantoi dengan mak yang aku ni masih sihat pulak.Hmm....Aku bangun dari terus-terusan terbaring lalu menyelak sedikit langsir.

Dari sebalik langsir ni,dengan jelas aku dah nampak semua ahli keluarga dah masuk ke dalam kereta.

Aku memulakan pengiraan.

1......2....

Kedengaran enjin kereta dah start.

3.....4....5.....

Kereta mula perlahan-lahan pergi dengan kadar yang amat perlahan.Mak ke yang bawak kereta?

6......7....8...

Kereta semakin jauh dari kawasan rumah ni.

9....10....

Kaki terus meloncat turun dari katil.Swether yang tergantung di belakang pintu terus disambar lalu laju kaki aku berjalan ke luar rumah.

Udara segar dihirup dalam-dalam.Maaflah mak.....Maafkan anak mak yang dah menipu ni.Hana janji,kali ni je.....Hana jadi anak derhaka sikit.

* * *

Jalan punya jalan,akhirnya.....kaki ni dah derhaka kepada tuan dia.Apa pasal lah pulak aku boleh berada kat depan kedai cafe yang Arian bekerja ni?

Hmm....nak masuk ke tak?Lama aku berfikir sehinggalah ternampak kelibat Arian yang tengah berehat di salah satu meja yang berada di sebelah dinding kaca cafe tu.

Dengan jelas aku nampak dia cuba untuk mengatur nafasnya sambil mengibas-ngibas kolar uniformnya.

Dan nak disedapkan cerita, apakah malangnya nasib aku bila Arian bertentang mata dengan aku.Lama jugak lah aku berdiri bak tugu negara kat depan cafe ni sehinggalah Arian memberikan pandangan tajamnya kepada aku memberi maksud; "Get in now!!"

Lemah kaki aku melangkah masuk ke dalam cafe ni.Kaki perlahan-lahan berjalan ke arah meja di mana Arian berada lalu aku mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Apa kau buat kat sini?"

"Aku.....takde kerja hari ni...."

"Yeah,obviously.."

Haish...Bagilah aku habis cakap dulu.

"So...your point here?"

"Boleh tak aku lepak dengan kau hari ni?"

"Wah.....kau guna bahasa tak formal sekarang?"

"You start it first.."

Hujung bibir Arian ternaik sedikit mendengar jawapan aku sebelum reaksi mukanya kembali menjadi beku.

Hilman ArianWhere stories live. Discover now