Episod 27

123 9 0
                                    

Sehari lepas;

Hana;

"Eh....kau dah putus tunang dengan perempuan hari tu?!"

"Erina lah nama dia!!Jangan biadap sangat,Hana."

Aku memuncungkan bibir bila mak dah tegur.

"Hei...cerita lah.Lagipun kau nak bermalam kat rumah mak kan malam ni?So ceritalah kat aku apa jadi.Banyak masa ni."

Is hanya mengeluh sebelum dia menyandarkan badannya malas kat atas sofa ni.

"Katanya aku tak cukup handsome."

"Eh?!!Buta ke apa perempuan tu."

"Hana!!Bahasa tu."

Ayah pulak yang tegur aku kali ni.

Is hanya tergelak besar bila aku kene tegur dua kali.

"Yelah...I mean.Kau ada rupa apa tapi kalau nak bandingkan dengan Arian,....kau masih jauh lagi lah."

Is mencampak bantal kecil yang ada kat sofa ni ke muka aku.Aku hanya menangkap bantal tu lalu memeluknya.

"So....ceritanya perempuan tu jumpa lelaki yang lebih handsome dari kau and korang putus tunang?Macam tu je?"

"Yelah...nak macam mana lagi?Sekurang-kurangnya love life aku takde lah complicated macam kau."

Kali ni aku pulak yang mencapak bantal yang sedang dipeluk aku ni ke muka Is.Tapi boleh pulak lelaki tu tangkap.Cis!Tak guna betul.

Dan selepas tu Is mintak izin kat mak aku untuk keluar kejap.Eh....lelaki tu nak pergi mana?

* * *

Iskandar;

Aku hanya membeli air kat cafe terdekat dengan rumah parents' Hana selepas keluar dari rumah tu.Sempat aku membaca nama yang tertera kat nametag yang dipakai oleh penjaga kaunter tu.

'Mya'

Kesian perempuan tu kene kerja malam-malam macam ni seorang diri.

Aku mengambil tempat duduk kat bangku yang memang dah tersedia kat depan kedai cafe ni lalu menghembus nafas berat. 

* * *

Hawa;

Dah 2 minggu aku tak terserempak dengan lelaki kat taman hari tu.Yeah...walaupun lelaki tu dah kasi nombor telefon dia dekat aku but...rasa macam terlalu murah kalau aku yang call lelaki tu dulu,kan?

Langkah aku terhenti kat depan cafe tempat Arian bekerja and masa sesi luah perasaan aku dengan Hana hari tu,baru aku tau yang Arian lah pemilik tempat ni and I can't believe perempuan yang selalu bekerja kat kaunter ambil pesanan tu....is Arian's sister.

Aku melangkah masuk ke dalam cafe dan hanya nampak kelibat Mya je kat dalam kedai ni.Aku berjalan ke arah kaunter lalu membuat pesanan.

"Arian mana?"

Mya menjawab soalan aku dengan muka tak puas hati dengan senyuman terpaksanya.

"Lelaki tu takde shift malam and dia suruh aku kerja sorang-sorang kat cafe dia!! Dah lah baru keluar hospital tapi nak bukak jugak cafe ni.Tutup je lah!!!Bukannya bankrupt pun kalau tutup sehari dua."

Suara Mya ditekankan kat perkataan 'dia' tu dan aku hanya tergelak kecil.Tapi,Mya kata Arian masuk......

"Hospital?KEnapa Arian masuk hospital?"

Aku boleh nampak badan Mya mengeras sikit bila aku mengajukan soalan tu sebelum reaksi mukanya kembali kepada biasa.

"Dia kene buat medical check up."

Aku hanya mengangguk beberapa kali tanda faham.

Ah....Nampaknya aku takde kawan nak ajak borak lah hari ni.Aku berterima kasih kepada Mya dulu sebelum aku mengambil air aku lalu menghirup sikit air kat dalam cawan tu sambil aku berjalan keluar dari kedai ni.

Aku menghembus nafas berat.Bila lah aku nak jumpa jodoh aku-....

Aku hampir tersedak bila nampak lelaki yang aku jumpa kat taman hari tu tengah berada kat depan mata aku sekarang ni.Dia tengah duduk kat depan bangku yang berada kat depan cafe ni sambil menghirup airnya.

Aku terus bersembunyi dekat sebalik dinding alley ni sambil memerhatikan setiap pergerakan lelaki tu.

Aku hampir menjerit bila nampak lelaki tu menitiskan air matanya.Dia mengesat air matanya kasar lalu menghirup sampai habis air yang ada kat dalam cawannya.Dan lelaki tu mendongakkan kepalanya ke atas and again,.....perlahan-lahan butir-butir kecil seperti mutiara tu menuruni kedua-dua belah pipi lelaki tu.

Ah!!Kau gila Hawa!!Tengok lelaki menangis pun kau dah kata handsome.

Aku berjalan ke arah lelaki tu and terus mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Lama kami berdua hanya membiarkan susana sunyi ni mengambil alih di antara kami berdua.Lebih selesa dengan keadaan yang macam ni.

Dan akhirnya aku yang memecahkan kesunyian ni.

"Love problem too?"

Lelaki tu hanya mengangguk.

"I thought men are strong.So...what happened to you.Want to tell me?"

Lelaki tu mendiamkan dirinya.

"Iskandar."

"Hah?"

Siapa pulak Iskandar ni.

Lelaki ni tergelak kecil melihat reaksi aku sebelum dia menghembuskan nafas beratnya.

"That's my name.Nik Iskandar Nik Zikri."

Aku tersenyum kecil.

"Hawa.My name Hawa Iffah Fadhli."













Hilman ArianWhere stories live. Discover now