Episod 2

379 15 0
                                    

Wah, I can't believe it. Is... budak hingusan yang selalu buat aku menangis tu dulu? Asal...

Dia makin handsome sangat sekarang?Membuatkan aku lansung tak nak cakap dengannya even pandang muka sekalipun. Want to know why? Sebab aku ni ada syndrome CLAHG. Apa kejadahnya sebutan serupa kau tengah ludah kehak pulak tu? It means, Can't Look At Handsome Guy. Kalau aku bersemuka dengan kategori makhluk macam tu, lidah aku terus kelu untuk bercakap.

Wah... hebat sangat penangan syndrome ni. Tapi jangan risau. Ia tak berjangkit.

But... hanya seorang je lah yang pernah buang syndrome ni dari aku dulu. And dia dah lama takde. So, takyah lah kita bercerita tentang orang mati, ya?

"Kau termenung apa?"

Tanpa sedar, aku terus terlempang muka orang yang tegur aku tadi.

Lah... Is ke?

"Asal kau tampar aku?"

Dia bertanya tanpa berperasaan. Lalu aku menjawab tanpa berperasaan juga. Macam kurang pun ada aku rasa. Tapi takpe. Once in a lifetime aku berperangai biadap.

"Sebab kau terkejutkan aku." Aku jawab.

"Okey. Fair enough."

Hah? Macam tu je masalah kitorang berdua selesai? Kalau tak dulu... Dia selalu salahkan aku atas kesalahan dia lalu aku akan kene marah dengan mak aku. Jadi... kenapa dia lain sangat sekarang ni?

Is selepas tu berlalu pergi. Aku mengekori langkah Is sampailah kami tiba di dapur. Aku menundukkan tubyh badan sedikit sebelum jari telunjuk laju menikam pinggang lelaki ni. Dan peliknya, badan dia lansung tak berganjak.

Seingat aku... siapa yang kene cucuk pinggang mesti dah meloncat kan? Ke itu aku seorang je yang ada falsafah hidup sebegitu?

"Kau cuba buat apa sebenarnya ni?"

Aku menegakkan badan semula. "Saja. Aku just nak tengok betul ke tak kau ni Nik."

Yelah... Nik kan selalu tak beri reaksi apa-apa kalau aku cucuk pinggang dia.

But out of nowhere, Is tiba-tiba menghempaskan cawan yang dia pegang dari tadi ke atas meja. Terkejut aku dibuatnya.

"Jangan panggil aku Nik boleh tak?"

Aku baru nak buka mulut untuk menanyakan kenapa tetapi dia hanya berlalu pergi meninggalkan aku. Yap. There he goes again dengan perangai panas baran tu.

Aku mengalihkan pandangan ke arah cawan yang dia hempas tadi. Woah... pecah lah. Aku nak menjawab apa kat mak nanti? Tubuh badan mula bercangkung. Sambil mengutip semua kaca ni, sambil tu juga mengomel sendiri. Yeah... aku ni memang suka merungut. "Tau lah tak suka aku panggil Nik, tapi janganlah sampai pecahkan mug ni."

Lama aku memandang serpihan kaca dari mug tadi.

'Love from London'

Itu apa yang tertera dekat mug tu tadi. Hah... Nafas berat dihembus.

Aku sambung semula mengutip serpihan kaca sebelum ternampak ada titsan warna merah di permukaan meja ni.

Darah? Maybe...

* * *

Cari punya cari, akhirnya jumpa juga kelibat si Is. Nak tahu lelaki tu tengah buat apa? Nampaknya dia masih cuba untuk keluarkan serpihan kaca lain yang ada kat tapak tangannya. Sambil membawa bekas first aid kit, aku  berjalan ke arah Is lalu melabuhkan punggung di hadapannya.

"Apa kau buat kat sini? Dah malam pun kan?" Tanpa menjawab soalannya, aku menarik tangan kanan Is lalu kerja merawat dijalankan. And... hebat jugaklah si Is ni. Lansung tak mendesis kesakitan sepanjang proses merawat berjalan.

Aku membalut tangannya lalu kami memandang sesama sendiri selama beberapa saat sebelum aku memecahkan kesunyian kami. "Kenapa kau tinggal kat sini untuk 3 minggu?"

"Sebab ibu yang suruh."

Mak Cik Hajar yang suruh?Hmm... interesting.

"Then kenapa kau ikut cakap dia? Bukan selama hari ni kau selalu memberontak ke?"

"Saja..."

Haih!!! Is ni memang suka jawab sepatah-sepatah betul. Dengan nada dingin pulak tu.

"Then... nak buat gencatan senjata selama 3 minggu ni tak?"

Aku boleh nampak hujung bibir Is ternaik sikit sebelum reak serius terpamer semula di mukanya. Ha...! Nak gelak lah tu.

"Boleh je."

* * *

Aku memulakan hari yang tak seberapa indah ni dengan pergi beli kopi di cafe Carrie Coffee. Tapi dah nama pun takdir Allah, kan? Aku redha je lah bila pagi-pagi lagi dah hujan.

Aku bukannya tak suka hujan. Cuma, aku tak suka bila dengar bunyi guruh. You know, it sound like kau baru je kene tembak.

Kaki mula berjalan ke arah meja yang masih kosong bila dah berada di dalam cafe setelah membuat pesanan dan mengambilnya. Selepas tempat duduk diambil, aku terus mensisip sedikit air yang baru dibeli.

Bum!

Celak- Bunyi guruh campur petir tu wey. Automatik kedua-dua belah tangan dibawa ke sebelah telinga. Lantaklah kalau orang pandang pelik kat aku sekalipun.

Tiba-tiba, aku boleh rasa suasana kat sekeliling jadi gelap. Perlahan-lahan mata dibuka. Asal ada kot kat dua-dua belah telinga aku ni?

Pandang atas, nampak muka Is. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket lalu dia mengangkat kotnya kedua-dua belah sisi aku. Pada masa yang sama,dia cuba untuk manutup muka aku dari terus dipandang orang ramai.

Aww... Is still sama.

Lelaki tu mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Dah tau hujan kenapa kau keluar jugak?"

Is menyambar air aku lalu diteguknya sedikit.

"Saja. Lagipun pukul 10 nanti nak masuk tempat kerja."

"Then... setiap kali hujan, aku hantar kau pergi kerja."

"Eh! Tak yah lah. Macam aku ni cacat sangat je tak boleh bawak kereta sendiri."

"Habis tu, kau lebih rela orang tengok kau macam orang gila masa hari hujan?"

Lama aku mendiamkan diri, "Okey lah..." sebelum kata putus diberi.

Hilman ArianWhere stories live. Discover now