Aku berlari tanpa henti hari ni.Sibuk membantu mak aku kemas rumah.And sibuk bantu mak aku siapkan makanan jugak.
Entah tetamu penting mana yang nak datang hari ni,aku pun tak tau.Ada jugak aku menyibuk tanya mak siapa yang nak datang masa tengah susun pinggan ke atas meja.
Tapi mak suruh aku pergi tolong Along kat dapur pulak.Haih....siapa yang nak datang sebenarnya ni?
Tiba-tiba,masa aku tengah tolong Along kat dapur,kedengaran bunyi loceng pintu dari ruang tamu.
Aku pun apa lagi.Jadi pak turut lah membuka pintu untuk tetamu yang entah siapa aku tak kenal.
"Selamat data-....."
Aku tak mampu meneruskan ayat bila nampak Is tengah berdiri bersama seorang perempuan yang....lebih tinggi dari aku.Macam model pun ada.
"Asal kau datang sini dengan Mak cik Hajar?"
Aku memberikan senyuman ikhlas kepada Mak Cik Hajar yang berdiri di belakang Is bersama perempuan 'model ' nya ni.
Selepas semua orang dah masuk,aku terus menutup pintu.
"Uncle tak datang ke mak cik?"
Uncle tu siapa?Itu suami Mak Cik Hajar.Entah kenapa dia suruh aku panggil dia uncle masa kali pertama kami berjumpa.Maybe nak rasa macam mana jadi muda semula kot?
"Outstation."
"Lah...dah tua-tua pun kerja lagi ke?Bukan Is dah ambik alih syarikat ke?"
Mak cik tersenyum hambar.
"Bisalah orang tua yang sorang tu Hana.Lagi orang larang....lagi nak bekerja jadinya."
Aku tersenyum pulak selepas mendengar jawapan Mak Cik Hajar.Sebuah kerusi di tarik keluar bila mak cik nak ambil tempat duduk.
Aku melabuhkan punggung di hadapan Is.
Sibuk kesunyian mengambil alih susana di meja makan ni,boleh pulak mulut yang tak sekolah ni menanyakan soalan yang paling aku tak nak dengar jawapannya nanti.
"Siapa ni Is?"
Sebab aku takut yang Is......
"Oh....Sorry.Terlupa nak kenalkan kat kau hari tu.She's my fiancè."
.....Dah jumpa partner for his next life to live with.
Tapi tak sangka pulak sangkaan aku betul.
"Oh...."
Hanya sepatah aku menjawab.Keadaan jadi awkward lepas tu.Jadi....disebabkan aku rimas berada di dalam keadaan yang senyap sunyi ni,aku orang pertama yang menghantar pinggan ke dapur lalu mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran dekat luar.
"Hana keluar sekejap.Dah janji nak jumpa kawan hari ni."
"Jangan balik lambat!"
Kedengaran mak aku memberi pesanan sebelum aku menutup pintu.
* * *
Baru beberapa langkah aku meninggalkan rumah,kedengaran derapan tapak kaki yang kuat dari arah belakang aku.
Perlahan-lahan aku memalingkan badan dan perkara pertama yang aku nampak adalah Iskandar tengah berlari ke arah aku.
Aku hanya berdiri tegak di tempat aku sambil menunggu si dia.
"Kenapa.....kau....suddenly keluar rumah?"
Is bertanya dengan nafas tercungap-cungap.
"It's abvious.I already told mom that I am meeting a friend."
"Jangan tipu Hana.Kau lansung takde kawan selain aku."
Aku menggenggam kuat kedua-dua belah tangan.
"Yeah!You're the only one is my friend.Kenapa...."
Air mata yang berguguran jatuh aku kesat dengan lengan baju kasar.
"....Kau kenal aku lebih dari diri aku sendiri?I finally dah jumpa orang yang boleh buatkan hidup aku baik semula.Tapi kenapa......kau hancurkan semuanya dengan bawak fiancè kau masuk dari pintu tu?"
Is menunjukkan reaksi pelik.
"Apa yang kau cakapkan ni Hana?Aku lansung tak faham."
'Lelaki memang tak faham orang perempuan.Jadi, Hana....kena lah bukak hati tu kat dia supaya dia pun boleh faham Hana.'
Itu apa yang pernah aku baca kat dalam buku tu dulu.
Aku menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya.
"I like you....That's what I mean."
Aku boleh nampak badan Is mengeras sedikit masa aku bangkitkan hal tu.Ya Is....dari kecik lagi...aku memang suka kat kau.Tapi lelaki yang bernama Syed Iskandar berjaya buang perasaan aku pada kau and make me love him instead.But lelaki tu pun sama je.
Meninggalkan aku keseorangan tanpa ucap selamat tinggal pun!
"Sejak bila....kau suka.."
"Since kid.But back then aku lansung tak notice perasaan ni."
"Hana.Aku.....lansung tak perasan."
Aku tersenyum hambar mendengar jawapannya.
"Takpelah Is.Jodoh tu kat tangan Allah.Maybe Dia nak kasi aku orang yang lebih baik?"
"Oh....maksudnya kau nak kata aku jahat lah?"
"Ha'ah.Memang pun."
Mendenga balasan mulut aku yang tak reti qjaga adab ni,akhirnya Is melepaskan ketawa dia jugak.
"So.....kosong-kosong?"
Aku mengangguk.
"Kosong-kosong."
* * *
Aku berjalan tanpa arah tuju.Hah...Mengeluh perlahan.
Memang lah hubungan aku dengan Is dah baik.Tapi takkan lah aku nak balik semula ke rumah.Karang mak tanya kenapa aku balik semula,naya je aku nak memikirkan jawapannya.
Aku pun masih ada maruah ya!
Jalan punya jalan dan akhirnya.....
Buk!
Aku terduduk.Tapi kali ni dalam keadaan yang lebih sopan lah.Auch.....sakit betul kepala aku.Dada laki mana pulak yang aku terlanggar ni?
Kepala diangkat.Lelaki hari tu lah.....
"Kau lagi?"
Dingin je suara dia.Bila memikirkan aku pernah terlanggar Is dulu kat sini jugak,remember it just make me want to cry.
"Aku tanya ni.Kenapa aku boleh jumpa hantu macam kau kat sini lagi?"
Mendengarkan suara dingin lelaki yang tak dikenali ni,hanya membuatkan tangisan aku berjaya dilepaskan.
YOU ARE READING
Hilman Arian
Romance"Hana, just like the flower." * * * Jalan cerita untuk percintaan seorang gadis bernama Hana....amatlah sukar untuk ditafsir. Memang susah pun!! Lelaki yang pernah aku cintai dah lama takde sejak 2 tahun lalu and aku dah jumpa lelaki lain untuk move...