Episod 20

162 8 0
                                    

Arian;

Aku rasa bersalah sebab dah hantar Hana ke rumah di semalam and then tinggalkan dia di depan rumahnya lalu pergi tanpa cakap apa-apa pun.

Ah!!Ni semua sebab Adrian.Lelaki tak guna tu.....kalau dia tak ungkit pasal kematian mak aku,takdenya aku nak meletus kat dalam rumah dia.

And kalau dia tak ungkit pasal kematian mak aku,takdenya mood aku musnah semalam and ruin my plan untuk bawak Hana ke mall yang baru bukak tu.

Haih....

Aku mengeluh sambil pandangan dialihkan ke luar dinding kaca cafe ni.Lama aku memerhatikan kereta yang lalu-lalang sehinggalah pandangan aku teralih ke kereta yang sesedap hati je parking betul-betul kat depan pintu cafe aku.

Wah,wah,wah.....dia ingat ni cafe mak bapak dia punya ke?

Tapi....aku terdiam bila nampak muka orang yang baru keluar dari kereta tu.Perasaan yang annoying tadi terus berubah 360° kepada marah.Bukan perasaan marah,aku rasa lebih sesuai kalau aku describe perasaan marah ni kepada perasaan nak bunuh je lelaki tu terus.

Bila je dia berjalan masuk ke dalam cafe ni,aku sedaya upaya cuba untuk kawal perasaan ni daripada meletus.

Lelaki tu menanggalkan cermin mata hitamnya lalu dia menebarkan pandangannya ke sekeliling cafe ni lalu tersenyum bila dia nampak kelibat aku.

Aku dengan spontannya berdiri lalu berjalan ke arahnya.Kedua-dua belah tangan disilang ke dada.

"Why the hell did you come here for?"

Nada suara aku memang tengah tahan marah je ni.Bila ada seorang pelanggan perempuan memasuki cafe ni,aku hanya membiarkan dia mengambil tempat duduk di dalam cafe ni.

Lagipun....kalau aku gaduh besar dengan Adrian yang tengah berdiri kat depan aku sekarang ni,pandai-pandai lah perempuan tu nanti nak larikan diri.

"Nothing much really.Papa just nak send kau duit."

Adrian berkata sambil meletakkan sebuah beg kertas di atas meja yang ada kat sebelah aku ni.Lama aku memandang beg kertas tu lalu mengalihkan pandangan ke arah Adrian semula.

"Destornillar!!"

Adrian tersenyum sinis sambil mengerutkan hidungnya sambil memejam rapat kedua-dua belah matanya.Konon yang dia terasa sangat dengan apa yang baru aku cakap tadi.

"Mierda...."

Aku dengar lelaki tu membisikkan perkataan tu sebelum menghembuskan nafasnya lalu memandang tajam ke dalam mata aku.

"Realmente eres el hijo de tu mamá........"

Adrian memberhentikan kata-katanya seketika sebelum dia tersenyum sinis semula lalu merapatkan jarak di antara kami berdua.Dia menelengkan kepalanya sambil mendekatkan bibirnya ke sebelah telinga aku.

"Asesino."

Sejurus selepas tu,aku dengan automatiknya menjarakkan diri daripada Adrian.Tangan kanan di bawa ke telinga kanan aku yang Adrian guna untuk ungkapkan perkataan tak guna tu lalu aku menekupnya.

"Adrian....you really are psych-..."

Aku tak sempat menghabiskan kata-kata aku bila perempuan yang baru masuk cafe ni tadi dah berdiri di sebelah Adrian sambil membuat regangan pada lehernya.Perempuan tu meluruskan kedua-dua belah tangannya pula ke hadapan lalu membuat regangan kali ke berapa entah.

"Hei,encik."

Dia berkata sambil mendaratkan tapak tangannya ke atas bahu kiri Adrian yang mana membuatkan lelaki tu tersentak untuk seketika sebelum dia memusingkan tubuh badannya untuk menghadap muka perempuan tu.

Woah...perempuan tu hampir sama tinggi dengan Adrian lah.

Dan.....tanpa apa-apa amaran,perempuan tu menarik kaki kanannya ke belakang.Sebelakang-belakang yang mungkin.Mulanya aku pelik kenapa perempuan tu melakukan aksi....yang pelik tu.Tapi apa yang berlaku selepas tu memabuatkan aku tergelak sampai guling-guling atas lantai.

Sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket kulit hitamnya,dia melepaskan sepakan yang....agak kuat ke tempat privacy Adrian.Lelaki tu hampir tersungkur.Kalau bukan disebabkan ada meja di sebelahnya untuk berpaut daripada terjatuh,agaknya lelaki tu dah lama k.o kat atas lantai cafe aku ni.

Chewing gum yang perempuan tu kunyah daripada tadi meletup saat dia melepaskan sepakannya tadi.

Lepas habis je gelak,aku melangkah tubuh badan Adrian lalu berdiri di hadapan perempuan tu.Masih agak rendah ketinggiannya kalau nak dibandingkan dengan aku.

"You're very bold huh?Apa nama kau?"

Hujung bibir perempuan tu ternaik sedikit sebelum dia mengungkapkan namanya.

"Hawa.Just panggil aku Hawa."

* * *

Hawa;

"Wah!!!"

Aku menjerit gembira bila akhirnya kaki dah menjejakkan kaki ke atas tempat kelahiran aku ni.

Malaysia....tak banyak berubah eh?Eh....apa aku merepek ni?Aku sambung belajar kat Mexico tak sampai 6 tahun pun.

Ah....aku menghirup udara yang tak berapa nak segar ni sebelum terbatuk sorang-sorang sebab tersedut terlalu dalam.

Kaki mula mengorak langkah sambil menarik beg bagasi yang berada di sebelah.

Malaysia....I'm home!"

* * *

Home lah sangat!!!Hakpuih!Apasal sebaik sahaja aku masuk ke dalam cafe yang baru bukak ni,aku hanya mendengar carutan dan maki hamun dalam spanish?Menyesal pulak sambung belajar kat Mexico dulu.

"Destornillar!!"

Screw off?Woah....pergaduhan menjadi semakin menarik nampaknya.Aku mula membalikkan kerusi untuk lebih selesa duduk demi meneruskan drama tak berbayar ni.

Air sitrus apa entah yang aku order tadi dihirup sedikit demi sedikit sambil memandang muka lelaki handsome yang matanya berwarna grey tu.

"Mierda...."

Woah....telinga aku terlalu suci lah encik.Kenapa lah aku kene dengar perkataan macam tu sebaik sahaja sampai dekat Malaysia?Hah.....my poor soul.

"Realmente eres el hijo de tu mamá........"

Eh....apa main gaduh libatkan mak sekali ni?

"Asesino."

Okay that's it!!Apa buktilah lelaki tu nak kata lelaki handsome bermata grey tu yang dia pembunuh?Memang.....insane.

Aku mula berjalan mendekati lelaki tu sambil meregangkan bahu yang sengal.Hah....dah lam aku tak pukul orang sejak dua minggu yang lepas.

Chewing gum yang aku kunyah daripada tadi disebabkan dah habis minum air, aku kunyah sampai lunyai.

Tangan kiri aku laju mendarat ke atas bahu kiri lelaki biadab tu.Aku mula menghembuskan nafas demi membuat belon daripada chewing gum ni sambil mengangkat kaki ke balakang.Seluas-luas yang mungkin and then.....

Yeah!!!!It hits jackpot.Memang right timing betul bila belon chewing gum aku meletop masa kaki aku mendarat tepat-tepat kat tempat privacy lelaki tu.

Lelaki yang bermata grey tu mula berjalan ke arah aku lalu menanyakan nama aku sambil menghadiahkan senyumannya.Sejurus selepas aku mengatakan nama aku,dia memperkenalkan dirinya sebagai Arian.

Hilman Arian.

Hilman ArianWhere stories live. Discover now